Thursday, December 22, 2011

RESULT PMR 2011

Assalamualaikum sahabat..
segala puji bagi Allah yang patut disembah,yang patut diperbesarkan,yang patut ditaati.Allah Maha Besar yang menciptakan langit dan bumi.Tiada serupa selain Allah.Allah berada diatas Arasy.
Alhamdulillah,tadi saya pergi sekolah ambil result.taklah dapat byk sangat 5A3B1C.sedih dan kecewa turut ada dalam hati.nak buat macam mana,Allah S.W.T dah takdirkan begitu.tapi takpa Spm ade lagi.SPM tu la yang kena buat lebih elok.InsyaAllah.Saya akan belajar lebih lagi untuk menghadapi SPM 2013.:))
mungkin Allah S.W.T merancang lebih baik dari itu.InsyaAllah.
Aku berpegang kalimah Lailahaillallah...teruskan usaha dalam agama.Dakwah dan Tabligh.
Allahuakbar!
(Ayah,angah dapat 5A jer).:((
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, December 9, 2011

LUAHAN DAKU 39: HARI-HARI KERJA


Assalamualaikum sahabat..
bersyukur ke hadrat Allah kerana Allah telah memberikan kita nikmat iman dan islam.segala puji bagi Allah yang patut disembah,diperbesarkan ditaati.bukannya raja nak disembah.yang boleh bagi kita ketenangan,yang boleh bagi kita kejayaan,kesenangan,kebahagian hanya Allah S.W.T.sesiapa yang mintak sesuatu selain dari Allah dia takkan dapat apa-apa.Ingat,Allah S.W.T yang telah memberikan kita rezeki yang turunnya dari langit dan dikeluarkan dari bumi.Maha suci Allah yang Berkuasa dan Berkehendak.

InsyaAllah tuan-tuan,hari-hari rasa penat jer.bukak kedai pakaian macam bukak kedai makan.tapi daripada tak buat ape-ape baik buat kerja kan.minggu ni tak balik K.L,rasa rindu kat semua.bukan ape,lame tak keluar,tak jumpe kawan-kawan.rasa pelik pulak.kat sekolah hari-hari jumpa kawan,rasa boring jugak sebab selalu kena bahan,kalau tak jumpa rasa rindu pula.lumrah manusia kan.tentu ada hikmahnya disebalik semua ni.tinggal kat johor rase berlainan tinggal kat K.L.penduduk kat K.l lebih tinggi taraf daripada duduk kampung ini.apepun,bersyukur sebab ade jugak tempat tinggal daripada orang kat India,Bangladesh yang ekonominya rendah.lagi-lagi saudara kita di Gaza.bilalah Allah nak turunkan bala kat israel tu.
minggu depan hari sabtu insyaAllah aku akan pulang ketempat asalku..hehe..dan ahad aku akan menghadapi final exam untuk tahfiz..setelah 3 tahun belaja kat situ takkan takleh skor kot..cume ambil 2 subjek je,Tajwid dan Hafazan.
doakan ye..

Assalamualaikum..:))
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Thursday, December 8, 2011

LUAHAN DAKU 38 :: TAKUT,,


Assalamualaikum,,indah sungguh ciptaan Allah,tiada pencipta selain dariNya.moga-moga kita ditempatkan dalam syurga kelak..AMIN..
faiz takut,bukan ape,result PMR nak keluar.lagi 2 minggu jer,,bolehke faiz buktikan yang faiz dapat stringht A? saya target 7A jer,saya tau kelemahan saya,Ya Allah,Engkau tunjukkanlah kekuasaanMu kepada resultku,faiz nak dapat yang terbaik dalam result ni,faiz nak buktikan yang faiz boleh,faiz nak banggakan ibu dan Arwah ayah,
Angah minta maaf ayah,,tapi angah berjanji angah dapat yang terbaik masa PMR ni,:((
nak dapat yang cemerlang memang susah,tpi angah buktikan..angah rindu ayah sangat-2,angah doakan supaya ayah aman disana..
Ya Rabbi,izinkanlah aku kembali padaMU..bila lah aku dapat jumpe ayah lagi,mungkin mase di syurga nanti,walaupun susah nak menerimanya,aku akan terima seadanya.,dah 3 tahun ayah meninggalkan aku..

Sedih sangat,,nanti faiz update lagi..Doakan untuk result yang akan keluar ya sahabat!!
Assalamualaikum..
Jazakallahu Khairan Khatira:)

LUAHAN DAKU 37 : INI JOHOR


Assalamualaikum sahabat semua,,sihat ??
Alhamdulillah,,lame tak update blog nih ehh,dah bersawang doh,,InsyaAllah,tak byk cerita yang nak dikongsikan,sekadar nak release tension,huh!pening..maklumlah,tengah bekerja ni.
faiz kerja sekejap jadi kashier kedai kain@busana muslimah kat Simpang Renggam,Johor.kampung pakcik ni,apepun rase sangat gembira sebelum nak pergi sebab tinggal kat rmh pakcik yang besar ni,lagi2 ade abang sedara yang tinggi ilmu bab Usuluddin dan perbandingan agama,best belaja ngan dia..tau nak bezakan agama-agama.tapi dia tu suka buli faiz lahh~bertuah betul..tapi takpee,dah biasa..:))
keje kat sini banyak cabaran,asyik kena marah ngan pakcik jerr..salah sikit kena marah,biasalah first time berniaga,,hehe,,susah nak berniaga tau,ingat senang ker,sanggup tanggung risiko.kalau untung bagus,Alhamdulillah..penat jugak kerja ni,hari-hari kena kerja,nasib baik ada time untuk tidor..haha,apapun enjoy jer,,kalau boring,pandai2 cari pasal..:D
InsyaAllah,setakat ni jer aku nak cerita,nanti aku cerita lagi yer..:d
Assalamualaikum..:))
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Saturday, October 29, 2011

KEMBARA BERBASIKAL KE PENGHUJUNG BENUA ASIA


ASsalamualaikum tuan-tuan,,,
Alhamdulillah,,saya masih hidup lagi..
dah lame aku tak update blog,,sebelum raya sampai sekarang,,mungkin banyak cerita aku nak kongsikan..Insyaallah..
22-26 oktober merupakan hari bersejarah dalam hidup aku,,,sebab itu pertama kali aku mengayuh basikal sejauh 412KM dari SMK segambut Jaya ke TG.piai,pontian,johor..aduh,,terasa penat jugak,namun kekuasaan Allah,aku dapat mengayuh dengan baik tanpa tercedera pun ..Alhamdulillah..

22 OKTOBER 2011

bermula di Sejaya pada pukul 7:30 pagi berkayuh hingga pukul 12:30 di IKTBN sepang,,dan mkn tengahari seterusnya solat disitu,,bersama Arash Mohd..
Alhamdulillah,seterusnya meneruskan perjalanan terakhir pada hari itu dan berhenti pada pukul 5 petang di SMK Yam Tuan Radin,Port Dickson,negeri 9..dan menginap di situ.

23 OKTOBER 2011


Alhmdulillah,masih dikurniakan nikmat hidup oleh Allah,,selepas solat subuh,bersedia untuk memulakan kayuhan..pada pukul 7:15 pagi,kami memulakan kayuhan dan berhenti rehat untuk makan tenghari di Tg.Agas Melaka dan seterusnya di Kg.Paya Rumput Jaya..
seterusnya kami memulakan kayuhan dan berhenti di SMK telok Mas Melaka.sepanjang perjalanan itu,,aku sungguh rasa gembira menikmati panorama bandar Melaka..sungguh indah ..


24 OKTOBER 2011.

Seperti biasa selepas solat subuh,streching dan memulakan kayuhan di SMK Telok Mas,,sambutan sungguh hangat..dan kami berkayuh sehingga pukul 10pgi dan berhenti di SM sains Muar(SAMURA)....seterusnya kami ke SK Orangkaya Ali,,kami mendapat sambutan hangat daripada warga sekolah..terima kasih SK Orangkaya Ali.slps solat zuhur jama' qasar kami meneruskan perjalanan ke Kem Jubli Intan,Senggarang yakni destinasi terakhir perjalanan pada hari itu untuk menginap disitu..Alhamdulillah,,pada malam itu kami tidur diatas lantai..dah kata kem..memanglah..


25 OKTOBER 2011


Alhamdulillah,hari ini hari terakhir berkayuh untuk sampai ke destinasi dituju iaitu TANJUNG PIAI,..
kami memulakan kayuhan pada pukul 7:30 pagi,,dn berhenti di SMK Tun Sardon..untuk berhenti minum pagi..
sterusnya,kami berkayuh dan memasuki bandar pontian,,aduh!! lega rasanya kerana sikit lagi hendak sampai..seterusnya kami berhenti untuk makan tengahari di SK Bandar Pontian,,kami mendapat sambutan yang sangat panas..heehe..
selepas solat zuhur kami meneruskan kayuhan..
Alhamdulillah,,bersyukur ke hadrat ALLAH,,tepat pukul 4 petang,kami telah sampai ke destinasi yg dituju..TANJUNG PIAI,tempatnya sungguh indah,,pemandangan yang sangat cantik yang diciptakan oleh ALLAH AZZA WA JALLA...nampak Singapore dari situ,,kecik je singapore..
tapi itu bukan perkayuhan terakhir,,perkayuhan terakhir di Tama Negara Tanjung Piai,,yakni Penghujung benua asia..huh!sunggu hebadd!!..
kami bermalam di Tanjung Piai Resort..


26 OKTOBER 2011


Alhamdulilah,,masih hidup lagi,,seperti biasa kami memulakan kayuhan pada pukul 8 pagi,,ke taman negara,,taklah jauh sangat ke taman negara tu,,sejauh 3 KM je...di situ kami berphotography..bersama tugu disitu..ini telah manandakan kami sampai di penghujung benua asia..tepat jam 11pagi,kami telah bertolak ke resort untuk majlis penutup..
Majlis penutup dirasmikan oleh Dato'wijet kot...
seterusnya kami menikmati jamuan makan..makan kambing panggang kot.tapi liat..
pada pukul 1 tengahari kami bertolak pulang ke K.Lumpur menaiki bas SMAKL..sampai-2 dah pukul 9 malam..lama sgt,byk berhenti di RNR...pasti kami dibenarkan pulang...;D



Alhamdulillah...kami merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan program

" KEMBARA BERBASIKAL KE HUJUNG BENUA ASIA"
"TANJUNG PIAI,PONTIAN,JOHOR"

ALLAHUAKBAR~!!

Aku telah banyak mempelajari sesuatu daripada program ini...banyak sungguh manfaat diperoleh daripada program ini dan kenangan manis yang tak dapat aku lupakan seumur hidup aku..semoga program ini akan diadakan pada tahun depan Insyaallah..;))
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, August 19, 2011

LUAHAN DAKU 35 : RUMAH


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
salam sejahtera,ape khabar semua??
Alhamdulillah,Allah telah mengurniakan kita nikmat iman dan islam,iman ni sangat penting bagi kita,kalau tak de iman,bukan setakat setakat syurga,bau syurga pun tak dapat..sebab itu kita ni hari kena mempebaharui iman.dengan apa? dengan kalimah Thayyibah Lailahaillallah....
kongsi ilmu sedikit,,
kita ni umat nabi Muhammad S.A.W..jadi kita kena ikut cara Nabi Muhammad dan para sahabat la,kalau tak nak ikut cara sapa lagi , Obama,Akon ke? Masyaallah,,
kita nak ikut cara nabi ni,ada 3 cara,
1.Surah(penampilan)
2.Sirah(perjalanan hidup nabi)
3.Sarirah(fikir nabi0

pertama surah,yakni penampilan nabi,,
nabi pakai serban,jubah,gamis,pakai seluar atas buku lali,insyaallah,kita boleh ikut sedikit-2 walaupun susah.

kedua sirah,yakni perjalanan hidup nabi,
macam mana adab-2 nabi ,adab-2 makan,minum,bercakap,dan perjalanan nabi bangun hingga nabi tidur balik,

ketiga Sarirah,yakni fikir nabi,mcm mane nabi fikir umatnya,,
insyaallah,kita boleh ikut cara-2 nabi,bererti kita ikut sunnah,kalau kita ikut sunnah,kita dah dapat pahala,Subhanallah..
tapi zaman sekarang ni wajib pun tak buat lagilah sunnah,sebab tu diadakan usaha dakwah ini,untuk menegakkan agama Allah,untuk mengikut sunnah Rasulullah..

_____________________________________________________________________________________

Alhamdulilah,akhirnya aku sampai jugak kat rumah,tepat jam 4 petang,rasa bahagia pun ada..hari ini aku berbuka puasa di rumah,best nyer,,selalu berbuka puasa kat asrama..
insyaallah,minggu depan merupakan minggu terakhir sekolah sebelum balik raya aidilfitri,,bestnyer..
dan selepas aidilfitri ni,ade ujian trial PMR ke-2...tu yang tak best tu,,raya tahun ni dengan buku la jawabnya...:((
tapi takpe untuk persedian PMR ini,aku akan buat sungguh-2..harap-2 trial kali ini mendapat result yang tinggi sikit sebelum PMR..
result trial jabatan aku dapat 1A je..sedihnya..tapi takpe,aku kena berjuang lagi..untuk PMR ini..harap-2 dapat yang terbaik lah..doakan ye sahabat-2..
wallahu'alam,setakat sini saja jari ini dapat menaip,insyaallah,akan di postkan entry seterusnya pada minggu depan..Assalamualaikum!!..;;D


Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, August 12, 2011

LUAHAN DAKU 34: TRIAL TAMAT.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
kaifahalukum??
Alhamdulillah,bersykur ke hadrat Ilahi dengan kekuasaanya,dapat juga aku menikmati nikmat iman dan amal..bukan senang nak dapat nikmat macam ini.ramai yang islam tpi tak beriman,,Subhanallah..
Alhamdulillah,tepat 10/8/2011,jam 1.10 ptg..ARAB.trial PMR akhirnya tamat.umpama hilangnya satu beban yang berat di bahu pelajar PMR tingkatan 3 ,,tetapi kami masih sedar yang kami ada beban yang berat yang kami tanggung,
iaitu PMR..
bagi sesetengah orang ade yang sudah bebas,tapi bagi aku belum lagi..sebab aku ni masih byk yang perlu dipelajari,sbb aku ni tak pandai sgt dlm kelas tu..
tapi papehal,
aku bersyukur,lepas ni aku boleh fokus terus untuk PMR..Insyaallah,aku akan buat yang terbaik,aku nak belajar sungguh-2,impian aku nak masuk SBP taun dpn,,,insyallah boleh,..
sekarang ni genaplah 12 hari berpuasa,aku tak tinggal lagi puasa tau..syukur-2..
sebenarnya,takde pape aku nak bagi tau..malas story la..
Wallahu'alam..Insyallah,nanti post lagi
Assalamualaikum..;D
_____________________________________________________________________________________

cuak ,tunggu result keluar..

Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, August 5, 2011

LUAHAN DAKU 33 : TADI..


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah..
Allah masih mengurniakan saya nikmat hidup,nikmat iman dan Islam..yang mana,bukan semua orang dapat nikmat seperti ini.Masyallah...
ehh,lame jugak saya tak mengupdate blog yg terchenta ini,,huhu..mungkin bizi kot...ha,skunk ni sya tgh exam Trial PMR,,cuak siot..mula hari Rabu lepas,,tdi(Jumaat) exam mathematics,Subjek kegemaran...Kertas 2 punyela senang,tapi kertas 1,emm..Allah je yang tahu betapa susahnya...mcm nk pecah kepala pun ade jugak.dok pikir tntg soalan tu..1 soalan pikir smpai 5-6 minit..kalau dpt jwpn tape,ni tak dpt..aduh,,buang mase saje..
hari ini,Jumaat minggu balik,tpi kne balik malam sebab ade Majlis berbuka puasa asrama peringkat negeri,dan majlis pelancaran wakaf tabung surau SEJAYA..rmai tetamu yang datang..ada 13 buah sekolah asrama kat wilayah ini..salah satu sekolah lame saya,SMK Petaling,..Senior-2 lepas dtg jugak..
emm,,nak citer ape pulak ha..tak de idea ni..nak bgi tazkirah,tak byk ilmu sgt...Para sahabat tu ilmu tingggi menggunung,mereka belajar drpd Rasullullah bkn sbb nk tmbah ilmu,tpi nak jadikan ilmu tu sbgai cara hidup mereka..kata-2 ulamak pulak,ilmu ni tnye tntg soalan kt kubur je..yg lain tu bkn ilmu...huh,,pelik jugak..;)
Bulan puase ni ,setiap minggu balik rumah,jadi kne blaja kt rmh lha,,bkn boleh blaja sgt..tido je lebih,hee.biasela budakk asrama...;))
ok lah..mls nak taip,dah ta'de idea ni,,mata pun nak tutup,jadi kne minta maaf kalau ade terkasar bhasa ye..hee..;DD
Insyaallah,moga02 Allah beri taufik dan hidayat kpada kita..insyallah..;))
Wallahu'alam.Assalamualaikum..!
_____________________________________________________________________________________

p/s: besok hari sabtu,kena wat kerja lah,trial ta abis lagi ni..;D
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Saturday, July 30, 2011

LUAHAN DAKU 32: SELAMAT BERPUASA


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah,kita bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana kita masih hidup diatas bumi yang barakah ini dengan menghirup udaraNya tanpa membayar sesen pun..MasyaAllah..dan kita masih dikurniakan Nikmat yang paling besar iaitu Nikmat Iman dan Amal..SubhanAllah..
InsyaAllah,esok akan bermulanya Bulan Ramadhan yakni umat islam akan berpuasa..Aku kena balk Asrama petang ni..Adoi..itulah rutin harian sebagai pelajar asrama..dan yang paling dahsyat lagi,Rabu ni bermulanya Trial PMR..hmm,,InsyaAllah aku akan buat yang terbaik kerana result Trial ni la yang akan aku mohon ke SBP InsyaAllah..
esok bermulanya Puasa,moga-2 kita perbanyakkan amalan semasa di bulan puasa ini,kerana kita beribadah pada bulan puasa ini tak sama dengan bulan yang lain..Pahalanya berlipat kali ganda,dan pada bulan puasa ni la ade malam yang teristimewa yakni malam Lailatul Qadar..SubhanAllah..yang mana malam lailatul qadar ni lebih baik daripada malam 1000 bulan jika kita beribadah pada malam itu.Nak kata 1000 bulan ini bersamaan 83 tahun.MasyaAllah,cuba tuan-2 byangkan betapa lamanya 83 tahun kita beribadah walhal umur kita tak sampai 60 tahun dah out..sebab itu pada bulan Ramadha ini kita mesti meningkatkan Ibadah kita,Selalu solat malam,Bykkan baca Al-quran dan bersedekah.Hadith mengatakan “Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang dinamakan ‘pintu Rayyan’, ertinya; orang yang sudah kenyang kerana minum, iaitu pintu yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat nanti…”..MasyAllah..hebat bukan ganjaran bagi orang berpuasa ini..
Sampai setakat ini sahaja yang sya sampaikan..InsyaAllah moga-2 Allah beri taufik dan hidayat kepada kita..InsyAllah..
hmm,,tuan-2,tolong doakan saya dalam peperiksaan percubaan PMR pada hari rabu ini,supaya saya mndapat result yg cemerlang..InsyAllah...

_________________________________________________________________________________

P/S : Selamat berpuasa bagi seluruh Umat Islam diatas muka bumi Allah ini..InsyAllah..;D
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Saturday, July 2, 2011

LUAHAN DAKU 31 : TAK LAMA LAGI


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
kira-kira hampir 1 bulan aku ta update blog ini...kalau ikutkan aku HARUS mengupdatenye stiap minggu..ini ta'...ohh yee,mungkin kesibukan masa yang tak dpt aku curi...lagipun exam dah makin dekat,so aku kena study bersungguh-2 dan buad yang t'baek...bkn untuk sesiape tapi untuk aku jugak...
Bulan demi bulan,hari demi hari,aku kira-2 balik tinggal 92 hari lagi untuk ak hadapi exam besar dlm Menengah Rendah,,persiapan masih dibuat..Trial tinggal sebulan je lagi ....result trial tu la yg dpt aku mohon kemasukan MRSM or SBP...SubhanAllah!! harap-2 dptlah..tinggal dulu citer tu....sbnrnye ak ta'de cerita nk bgtau..;))
ohh ha..Hari ni 2 Sya'ban...lgi bbrpe hari tinggal untuk kita umat Islam menjalani ibadat puasa dalam bulan Ramadhan..Adakah kamu sudah sedia??
Aku sntiasa sedia,sbb dah lme ta puasa...bkn ssah sgt puasa ni..dah la stahun skali..tu pun ssh nk buad ke??
Ibadah puasa ni tmsuk dalam rukun islam..jadi kalau kita ta puasa dalam bulan ramadha,bkn islam la kita..Bila kita berpuasa bererti kita mengajak diri kita bersabar terhadap keinginan kerana ALLAH, bukan kerana lain-lain. Dan kalau ini dilatih, dibiasakan selama sebulan, ertinya kita membuat latihan jiwa untuk bersabar, untuk patuh menanggung kesusahan kerana ALLAH..Seseorang yang merasakan puasanya selama ini tidak membuatkan jiwanya mahu bersabar dengan keinginan yang tidak tercapai, kesusahan dan kegagalan, samalah dengan orang yang tidak berpuasa. Maka kalau puasa tidak membuahkan akhlak yang mulia dengan ALLAH dan sesama manusia, maka jadilah puasa itu sepertimana sabda Rasulullah; "Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan hanya lapar dan dahaga."
Iman ni juga penting untuk kita menjaga kita,kalau ta'de iman..sng la kita terpengaruh untuk makan ,minum dan lain-2..
Kita perlu jumpa rakan-2 dan hari-2 cakap pasal IMan dan Amal...supaya kita dapat yakin tentang kebesaran Allah S.W.T..
KIta ni kalau miskin tapi iman kita ada, Allah kasi kita syurga Spuluh ganda besar dunia,Tapi kalau kita Kaya,Harta 10x dunia..Iman kita ta'de..Bukan setakat syurga,bau Syurga pun Allah ta' kasi..Betul kan??
Sebab itulah kita disuruh menjaga iman..Iman sahajalah yg dpt menjauhkan kita dari api neraka..
MasyaAllah,lupe pulak yang aku kena study ni...InsyaAllah,Dalam mase 2 minggu lgi aku akan update lagi..masa ni cepat berlalu..WaAllahu'Alam..Assalamualaikum..;))
__________________________________________________________________________________


P/S : Hari ini cuti,jadi ta balik la..seronoknye..Esok baru balik..;DD
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, June 3, 2011

LUAHAN DAKU 30 : NAK KE TAK?


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sehad???
sudah lame jugak aku tidak Meng'UPDATE' blog yang tercinta ini,,huh,,
Bak kate pepatah Arab," Masa itu Ibarat Pedang,Jika Kita tidak memotongnya,Dia akan memotong kita"...
Masa pantas berlalu,,tgk-2 tinggal lagi seminggu saje untuk menghabiskan cuti sekolah pertengahan tahun 2011 ini....Kalau tolak cuti,makan , tidor lepak, mandi,DLL..agak-2 berape jam lagi Aku nak PMR..huh!!..cuak jugak...Jangan panic Faiz...Kau buleh Buat...
Adoy,,
Korang peenahh pergi Solat Kat Masjid Jamek Seri Petaling tak??
kalau korang nak tahu..aku akan ceritakan sedikit tentang Masjid Jamek Seri Petaling ni..
Hari Rabu lepas,aku pergi Masjid ni bersama 2 orang Tabligh..Tabligh ni orang-2 alim yang memberi dakwah kepada umat islam...Sebenarnye kita ni semua Tabligh jugak,,tetapi ade yang tak alim dan alim..
okay berbalik kpd cerita tadi,,
Masjid tu merupakan markas Tabligh-2..seluruh Malaysia..Orang-2 dari luar negara pun bermarkas disitu(Tabligh sahaja)..kalau nak tahu ken..Kat sini semua orang mengamalkan sunnah RAsullullah S.A.W...Semua jemaah pakai JUbah putih berserban...kalau korang tgk kt masjid lain ade ke mcm ni..pasar dia semua lelaki..berkopiah plak tu..??
Terkejot dan aku rasa kagum pabila aku melangkah masuk ke masjid ini...semua mengamalkan sunnah..
tetapi ibu aku ni..tak kasi aku pergi sini...dan ikut Tabligh tu..aku bukan buat salah pun...aku buat kerja baik ape??..bkn aku pergi clubbing..ade la sesetengah remaja di luar sana..
pada pendapat korang mcm mne?? (komen lha)..
Ibu aku marah sangat aku pergi masjid tu...ntah ape la salahnyer...ade yang kate tabligh ni berjihad sehingga melupakan anak isteri,,pergi keluar negara selama 3 hari,40 hari dan ade yang berbulan lamenya..kalau korang nak tau tentang tabligh ni kan..norang beli buku bertajuk---
" KUPAS TUNTAS" dye ade brpe jilid ha?? lupe plak.heee.,;D
buku itu menceritakan tentang jemaah tabligh..adakah ia gerakan baru?? meninggalkan anak isteri?? kenapa bermarkas di masjid?? dibiayai oleh orang yahudi??..semua persoalan terjawab di dalam buku itu..buku itu ada dijual di kedai buku-2 agama..seperti di Sri petaling,,area dlm masjid tu..
Tapi memang aku nak ikut Tabligh...bkn pe..berjihad di Jalan Allah..
Dalam Hadis Nabawi di dalam Kitab MUNTAKHAB AHADITH menyebut Rasulullah bersabda:
"sesaat di jalan Allah,lebih baik daripada membuat kebaikan bersama keluarga(dirumahnya).."
Tapi aku bknnyer berkeluarga pon..
Setakat tu sahaja aku nak tulis ni ..
InsyaAllah..Lain kali aku akan mengUPDATE lagy..insyaAllah..
Wallahu'Alam..Assalamualaikum..;D
---------------------------------------------------------------------------------
P/S: Malam ahad ni..04062011..ade kuliyah Maghrib di Masjid Jamek Seri Petaling..aku tak tau buleh pergi ke tak..Harap-2 Boleh pergi..;))
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, May 27, 2011

LUAHAN DAKU 29 : SEPI


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
penat betoi ari ini...
tady bru balik dari asrama..pkl 6 ptg bru sampai rumah..sblum pulang aku pergi ke K.L jap..teman ibu aku beli tudung..hee,,;D
Alhamdulillah...
Akhirnya,tiba juga saat yang dinantikan..iaitu..
CUTI 2 MINGUU..horay!!..
bolehla rilex-2 kat rumah ni..tapi kena belajar jugak..coz ..trial tak lame lgi...cuak pulak....trial tu la yg memohon skula taun dpn.....;P
cuti 2 minggu ni la yang bahaya...sebab tak duduk asrama..kalau kat rumah ni susah nak lakukan amal ibadah..sebab syaitan sentiasa menghasut diri kita..tapi takpe..insyaAllah aku akan lawan..aku ni kan bukan betol kdg-2..kadang-2 betol..kadang-2 tak betol...aduh!!..siapa diri aku yang sebenar..=='
semalam khamis pagi...
sebelum solat subuh..aku letak MP3 aku bwh tilam..lps naik solat subuh..ak tengok ..dah tak de MP3 aku..hilang!!..kena curi ,,sedih betol..siapala yang jahat sgt tu..kalau nak pinjam cakapla..aku tak mara pon...ni sampai mencuri..aku target budak dorm aku..sbb dorm lain ta tao aku ltk bwh tilam tu...aku syak budak sorg ni...tapi aku ta nak la menuduh..sebab takde saksi..!!
mcm mane la..MP3 tu la satu-2 yg aku ader...aku tak nak kehilangannya..harap-2..lps cuti nnty..ak dpt jumpe...atao org yg curi tu kasi kt aku balik..ak ta mara pon..nak pinjam cakap je la..ni sampai mencuri..menyusahkan orang tao ta???
aku ni tak la kaya sangat sampai nak beli 1 lagi..kalau aku wat sala tego aku...kita settle cara baik..takpe la..lupekan dulu yang tu!!
Hmm,,ape perancangan cuti korg???
perancangan aku..aku nk wat folio Geografi dan folio Sejarah..pastu nak blaja,,nak ulgkaji balik ape yang aku mase f1 n f2..aku rase aku ta balik kampung kot!!.
okayla..stakat ni la aku taip..idea dah lari la...kalau korg perasan aku akan update blog ni seminggu skali...jd..klu nak bace entry seterusya..tunggula seminggu lagi.hee.;;D
okayla Faiz.."STUDY SMART NOT STUDY HARD"...
Wallahu'alam..
Assalamualaikum..;)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
P/s: esok nak pergi belajar kat library lhaa,'..
kat rumah ni bukan bole blaja pon..slagi ade pc ni..selAgi tula asik mengadap jer...
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Sunday, May 22, 2011

LUAHAN DAKU 28 : KEM@SEMINAR


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
aLHAMDULILLAH...
selamat sampai ke rumah..coz..bru balik seminar...
20052011-22052011...
hari sabtu hingga hari ahad..
seminar PMR/SPM 2011 fasa 1....anjuran UMNO bahagian kepong...
huh!!..pnat jugak..dah la minggu ni asrama tak balik..aku sorg je blik..hee.best yaw!!
but,,aku kne pergi seminar PMR/SPM fasa 1...aku mestilah PMR..huh..mula-2..rase nak pergi tu malas..tapi apekan daye..menuntut ilmu hinggalah ke serata dunia..(aku wat pepatah sendiri)..hee;D
mase nak pergi tu kumpul dkt Pusat Rekreasi UMNO..kat jln kuching...kat dlm tu..fuh..dah rmai daftar..aku antara orang yg terlambat..hee..mase tu plak hujn...hmm,,mmg best lhaa,'..smpai-2..rmai jugak yg aku kenal..semua yg aku kenal..dri skula lama aku..SK Lasalle 1 jinjang dan SMK jinjang..naseb baek..
tpi kebanyakan perempuan ramai tak pakai tudung..Astagfirullah..tapi iman masih dalam dada..hehe,
Ade jugak aku jumpe perempuan pkai tudung cantik jugak..tergugat jgk iman aku ni..tak silap nme dye siti nur izzati..dri SMK jinjang..haisshhh!!jgn citer psl tu lak..
selepas itu..aku naek lhaa bas..aku bas A...seminar tu diadakan kat Royal Puteri beach Resort,Melaka...fuh!!..mmg best..tido sorang 1 katil..
perjalan mengambil mse 4 jam jgk..sbb pedalaman..mula-2 smpai situ..hmm,,salah hotel..nak tergelak pun ade..(dah tergelak pun)..;P
tapi,,kat kem tu..solat ta terjaga..kebanyakan member aku tak solat..takyah la cita psl tu..
kem tu brjln selama 3 hari 2 mlm..huh..pdt taww!!..naseb baek fasilatator dye best-2..enjoy jgk..
mlm tdy mrupakan mlm terakhir..sedih jugak..coz esok nak blik..yela..dah la dpt mkn fre..tido bwh akon..mandi dlm bathtuff..spe tanak...klu boleh hari2 nk dok si2..hmm,,tpi kebetulan mlm tu..duit aku kne curi sbyk RM 47 ringgit..semua kne kebas..apelah naseb aku ni..hmm,,naseb baek PN Bibi Zaitun ganti..RM 50 tu..
Alhamdulillah...
grk dari resort tdy pkl 230..smpai-2 pkul 6..huhh..lme jgk...wal hal..tak jaoh pun..melaka jerk..dalam bas tido jerk..coz pnt sgt..!
esok dah nak kena balik asrama..aku kena jlnkn tgunggjwb aku sebagai pelajar..aku nak jadi yg terbaik antara terbaek..InsyaAllah aku boleh berjaya dalam PMR tahun 2011 ini..Amin..;)
aku nak jadi pelajar yang soleh...yg taat pade Allah,guru dan ibu..ak boleh buat..tpi sikap malas tu mesti ade dalam diri aku..susah nak tangani..tpi kne lwn..nafsu jugak kne lwn..sbb jihad yang paling besar ialah jihad melawan nafsu..;D
tady turun surau..jd bilal..tpi lps abis azan tu...kne tegur..sbb bace kuat-2..tasbih,tahmid..tu aku tak pasti boleh ke tak..nnty aku tanye ustaz aku..
tpi slps aku solat tadi..ak bce artikel kat dlm surau..yg mengatakan sblum azan tak boleh bace tasbih,atau tahmi atau takbir...bace mmg boleh..tpi tak boleh bace kuat-2..stkt dlm hati jerk...insyaAllah aku akan prattikkan..
okeylhaa,'..byk sgt aku menaip...jari dah tak boleh berhenti sbb idea-2 senantiasa mencurah-2..
WallahuAlam..
stakat ni jerk aku nak cerita..insyaAllah..laen kli aku update..
Assalamualaikum..
-----------------------------------------------------------------------------------------
huh!!..esok kne blik asrama..boring jgk..tpi apepun..selamat pulang ke Asrama Faiz..hee!.;D
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Saturday, May 14, 2011

LUAHAN DAKU 27: PUSING


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
sprti hari-hari sblumnye...
badan terasa pnt jgk..
coz..stiap hari wat bende same jerk...
hari ni 13052011..
aku pergi belajar..ehem..maklumla..periksa nak dekat...kne struggle abis-abisan...
aku pergi belajar kat perpustakaan negara...
pergi pkl 10 stgh..blik pkl 4..
punyela jnji ngan anip..hmm..anip ngan umar(kwn aku)...pergi KLCC...ish2..dyeorg ni nak kne gak ngan aku ni..=='
pastu kt sana blaja la...boring jgk..blaja sorg2 x de teman...
prut rse lapa..trun bawah jap..makan kt kafeteria dye tu..pas mkn rilex jp..dpn pintu msuk perpustakaan negara...
aku nmpak pulak tehah ngan ieqa..member aku tu..thah tutup muka..
pastu aku naik blik..smbung blaja.
rasa ngantok..pastu tertidur plak kejap kt situ..malu siot..~
adoy!
esok da kne balik asrama lhaa,'
rse malaz plak,,
esok jgk ade tahfiz..kne hafaz surah maarij..ustaz arif tasmik..klu x dpt..ape lgy..diri la..
lenguh jgk kaki...tpi..klu dpt hafal..dpt RM 10 kot..tu yg best tu..
tpi niat ni..bkn nk dptkn RM10...nk lncrkn lgy bacaan Al-quran...bru dpt pahala berganda2..btul ta??
oke laa..x de pape nk taip dah ni..otak kosong..pikir nk blaja je ni...
Wallahu'alam..
jmpe lgy..
Assalamualaikum~..;D
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Saturday, May 7, 2011

LUAHAN DAKU 26: PERIKSA?


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam sejahtera...
hemm..kay..
Alamak!!
ujian diagnostik dah mula lhaa,'..
bru mula smalam..07052011...hari sabtu..pelik kan??
ni la seumur hidup aku..aku exam ari sabtu..ish2..
semalam subjek Bahasa Malaysia..kertas 1 n 2...
kertas 1 agak susah...kertas 2 Alhamdulillah..boleh jawab....
esok isnin,,subjek Mathematik..sub kegemaran aku..
doakan aku boleh jawab yep...
aku nak sangat dapat result yang baek ujian Diagnostik ni...
sebab..hem,,ujian ni..ibu yang ambil resultnyer~..
so,ibu kne jumpe cikgu la..tanye mcm2..perangai aku kt skula...tu ujian ni aku nak pulun habis2..aku nak dpt skurang2 nyer 6A ke atas...InsyaAllah..
aku akan mencuba sedaya upaya...
Hari ni..Ahad..08052011
Hari Ibu kan??
SELAMAT HARI IBU..semoga ibu panjang umur...
ibu seorang yang baik dan tabah menghadapi ujian...
walaupun Angah bukan anak yang baik..tapi angah senantiasa doakan ibu bahagia dunia dan akhirat...InsyaAllah..
ANGAH SAYANG IBU DAN AYAH!!!
okai lhaa,'..setakat ni saje dapat aku menaip...
nak balik asrama ni...hmmm,,,;D
Assalamualaikum!!
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Sunday, May 1, 2011

LUAHAN DAKU 25 : INGAT



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
salam sejahtera,,,,
haish!!
dah lme x update blog ni..bersawang dh..heee..;D
maklumlah..bizi sikit...dah nak dkt DIAGNOSTiK PMR 2011 ni...
tu yg kne belaja lebih skit...nk dptkn yg terbaek...bkn pe..sbb ujian diagnostik ni,,result dye..ibu yg kne ambik..tu yg cuak sikit tu,,,
member2 ak sume pandai2..aku nak lah jugak lwn diorang...
but..Agama kena jaga jugak..sbb Allah jgk yg member nikmat kpd kita...kalau kita jaga prhubungan kita dengan Allah..insyAllah..kita akan mendapat yang terbaek...hehe..(dah mcm bgi tazkirah dah..)
huh! cpt btul mase berlalu..petang ni dah nak kne balik asrama...dah 3 hari cuti..isnin cuti sbb ade hari pekerja..tu yang best sikit tu..hari Isnin kan ade perhimpunan sekolah..kalau dengar pengetua ckp..1 jam x abes lgi..(merungut)..=='
------------------------------------------------------------------------------------

JANUARI

FEBRUARI

MAC

APRIL

MEI

dah lima bln dah..lgi bbrp bln lagi ak akan menghadapi peperiksaan besar dalam seumur hidup aku..
iaitu PMR EXAMINATION.,,
cuak dgr..bkn pe..cume nk dptkn result yg t'baek jer...klu ok..nk pindah SBP,,InsyaAllah..

oke lah...mase pun dah time~
ngee~
aku nak mengundur diri...
WaAllahu'Alam..
Assalamualaikum...
(nak balik asrama dah)..
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Saturday, April 30, 2011

LUAHAN DAKU 24 : KUBUR BERKATA KETIKA JENAZAH SAIDATINA FATIMAH DIMASUKKAN KE DALAM KUBUR~

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian...

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antaranya adalah:

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatimah r.a)

3. Husin (anak Faimah r.a)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."


Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata jika seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia bersedekah

3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta

2. Jangan mengkhianat

3. Jangan mengadu-domba.

4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud,

"Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah.

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Wasallam.
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, April 1, 2011

LUAHAN DAKU 23: RILEX SUDE~

Salam semua..
dah lme x berBLOGGER niyh,,,,
dah bersawang blog ni lhaa,
Hmm...skunk dh bln 4..
spt btul mse...lgi 6 bln da PMR...
aaaa..PMR..takotnyer..kne study lbih sket ni..
"STUDY SMART NOT STUDY HARD..."
adoy2x...
bln 5 ade ujian Diagnostik ni..
target 7A tu...harp2 tercapai lhaa,,INSYAALLAH...
Kalau PMR tahun ni dpt yg tbaek..7A-9A..
INSYAALLAH nak msok skula SBP...SDAR ke...
Bleh wat punyer...
oke lhaa,malas nak menaip..otak BLUR...
ASsalamulaikum!!

















Jazakallahu Khairan Khatira:)

Thursday, February 3, 2011

LUAHAN DAKU 22 : UJIAN INTERVENSI 2011~

ADoy!!!!
Intervensi mkin dkt..
cuak plak.....
dh la x study lagi...
macam mne ekk???
hahaha..
intervensi mula 14.02.2011...
ade mse bbrpe hari sblum intervensi...
hrp2 bleh jwb...
target 4A ke atas......hrp2 dpt sasaran..
dh la 9 subjek...uish,,,
Bahasa Malaysia,Bahasa inggeris,mathematatics,sejarah,geografi,kemahiran hidup,sains.B.arab,Pendidikan islam...
arp2 4 drpde tu dpt " A" ..
Doakan semua ekk,,,


OTAK KELABU.,
OTAK GUA BUNTU....




Jazakallahu Khairan Khatira:)