Friday, June 22, 2012

Luahan Hati 67 : Mencari Sakinah!:)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib di sini..
Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan..

Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya,
selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta,kekayaan
Walaupun itu boleh jadi penyumbang tetapi itu bukan segala-galanya.
Betapa ramai orang berada di dalam rumah yang besar,tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak atau lenanya tidak nyenyak bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita.
Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat,lauk pauk yang lazat,tetapi lidahnya tidak enak.
Lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang satu dua mata lauk tetapi lebih enak dan sedap makannya.
Kata Hamka : Lihatlah Bagaimana Allah membahagikan nikmat-nikmatnya.
Semua orang sangka kalau itu ada rumah yang besar dan hidangan yang sedap tentu hidupnya bahagia dan tenang.
Belum Tentu!

Tiada Siapa mampu menghalang ketetapan Allah SWT..

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang,
Dia tidak akan dapat ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun.
Jika Allah menghalang kebahgiaan kepada seseorang,
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.
Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata ,dunia boleh berbuat apa-apa tetapi mereka tidak boleh mencabar kekuasaan Allah.
Jika Allah aturkan untuk kita apa orang sangka tewas,kita akan melihat kemenangan di sisi Allah.
Apa yang orang rasa rugi,Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak sangka tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan.

Apabila kita asyik mengeluh ditimpa musibah..

Tengoklah dunia ini,
kadang-kadang,manusia hilang sesuatu benda dalam dunia ini,macam dia hilang segala-galanya.
berapa banyak dalam kehidupan kita melalui keperitan hidup?Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya,
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik.
Ketika kita ditimpa musibah tertentu,Kita kata " Habislah aku kali ini " Tapi usia kita telah berjalan. Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidupan ini.
Ketika kita kata " Ya Allah,tolonglah aku,aku susah ya Allah " .
Harini kitapun telah lupa akan perkataan itu dan kitapun lupa kadang-kadang untuk bersyukur di atas ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya.
"Ya Allah aku serahkan urusanku padaMu"

Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat..

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat,
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil,kehidupan ini sangat luas.
-Allah bawa pada hari akhirat ,manusia yang paling derita dalam hidup ini,Allah ambil.Allah masukkan dia ke dalam syurga kemudian dia dikeluarkan lalu ditanya " Wahai fulan,Adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?" Dia kata " Aku tidak pernah derita dalam hidup "
Hanya kerana masuk sekelip mata dalam syurga,dia lupa segala cerita derita.
-Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini.Allah masukkan dia secelup sahaja dalam neraka.lalu dikeluarkan dia. Allah kata "pernahkah kau rasa nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata " Tak! Aku tidak pernah rasa nikmat dalam dunia ini ".
Hanya dengan satu celupan sahaja kedalam neraka,manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya.

Masihkan kita teringat akan nikmat Allah berikan selama ini?

Kita selalu bersyukur kalau kita diberi benda baru dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita suatu nikmat yang besar.
Kata Hamka,"Yang ada ini sudah harapan kita ".tetapi insan bukan salah untuk mengharapkan yang belum ada tetapi kita ingat jangan lupa yang telah ada.
" Ya Allah apa sahaja yang aku alami,daripada nikmatMu daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu,tidak ada sesiapa yang ada melainkan Engkau Wahai tuhan.Bagi Engkaulah pujian,Bagi Engkaulah kesyukuran." SubhanAllah.=')
Apa yang Allah kurnia pada kita lebih dari harapan kita sebenarnya.MasyaAllah:)

" Janganlah bersedih,Sesungguhnya Allah bersama kita"

Jazakallahu Khairan Khatira:)

Luahan Hati 66 : Oh,Untungnya kamu.:)


In The Name of Allah.

Assalamualaikum dan salam ukhwah~

Beruntungnya jika seorang perempuan itu
dinikahi oleh seorang lelaki kerana
lelaki itu ingin mendidiknya
dan membimbingnya ke jalan yang
diredhai oleh Allah SWT.

Dia tidak menikahi kerana
ingin menakluki,
dia sedar,
bahawa sebenarnya,
bukan dia memiliki,
tetapi hanya meminjam pinjaman ilahi.

Dia tidak menikahi kerana
ingin menguasai,
kerana dia sedar,
dia akan memikul tanggungjawab besar
sebagai seorang suami.

Dinikahi kamu bukan
semata-mata berbekal cinta,
bahkan bermatlamat untuk memperbaiki
agama.
beruntunglah kamu ,
Wahai Wanita yang dimuliakan.

Moga Allah redha.=)

Concern for the world is a darkness for the heart,
and concern for the Hereafter is a light for it.:')

Jazakallahu Khairan Khatira:)

Sunday, June 17, 2012

Luahan Hati 65 : Wahai Akhi dan Ukhti.

In The Name of Allah.

Assalamualaikum .

Do things for others with the intention of pleasing Allah SWT.
He will be happy with you and so will they.

Ya Allah....
Demi nyawaku yang dalam genggam-Mu,
aku bersaksi tiada tuhan selain Allah,
dan Muhammad SAW adalah Nabi seluruh umat

Ya Ghaffar....
menitis titik peluhku,
dalam setiap langkah melawan nafsu,
terhening aku...
melihat dunia di zaman sekarang ya Rabb,
aku terpegun penuh haru dan duka
kerana budaya barat telah mendominasikan kaum muslimin.

Wahai akhi,
engkau telah mengaku bahawa engkau telah beriman denganNya,
tetapi mengapa engkau selalu memungkiriNya?
sedarkah engkau
bahawa hari jumaat adalah hari yang begitu mulia namun mengapa engkau
selalu melewatkan jumaatmu.

Duhai ukhti,
engkau mengaku islam,
namun sudah engkau mematuhi syar'i islam
aurat kau pertontonkan,
rambut kau uraikan
bajumu ketat sehingga nampak tubuhmu yang mempersona,
berlenggang lenggok ke sana sini,
sungguh dimanakah hijab dan malumu,
atau mungkin engkau malah bangga?

Astaghfirullah..
masihkah kita mengaku islam?
Ingatlah semua akan di minta pertanggung jawapannya..

We are under attack psychologically.stop dreaming of going to war
without even understanding the true meaning of "jihad"
Salam ukhwah~ =')


Jazakallahu Khairan Khatira:)

Saturday, June 9, 2012

Luahan Hati 64 : Return This Heart For You,Ya Rabb.=')

In The Name of Allah.

Assalamualaikum and salam ukhwah~

It's normal for us to get sidetracked ,we are human after all.But what's really important is for us to realize the fact that our iman is getting lower or our sensitivity towards sins is reducing
or the fact that we feel like we are the distant of Allah.
And when we feel like this ,it's very crucial for us to act on it immediately.
Return to Allah!The mujahadah won't stop as long as
we're still breathing.

Oh Allah,Im Think my heart is far away from You,
My life is distant from You,
My iman is bit and getting lower ,
And i need a hidayah from you.

Oh Allah,my life also do a wrong path,
i need a friends who always reminds me about You,
Who always invite me to majlis ilmu,dhikir and tazkirah.
Oh Allah,Show me the right path of my life.

My Lord,You blessed me with Islam and i did not ask You for it.
My Lord,blessed me with Jannatul Firdaus and im asking for You to it.:')

"Whoever wants to know how much he loves Allah let me see him;
When he is given choices between two matter,one that Allah loves
and one that he loves,let him see which one he chooses."
p/s: im think this is my last entry before i'm back to my love hostel.haha:D


Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, June 8, 2012

Luahan Hati 63 : Want best Sahabah! =')


In The Name of Allah.

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah~

"When you have friends that always reminds you of Allah,
You starts to fall in love with Allah through them,so you start looking only for
those that fear Allah,They don't judge anyone ,They don't backbite about anyone
They are only those that do deeds to please their LORD!
May Allah Make Us Among the Ummah that love each
other for the sake of Ar-Rahman! & Make us Among those who walk together
in the green garden of Jannatul Firdaus" =')
Kadangkala Allah Anugerahkan kita teman yang sejati,
teman yang sentiasa membimbing kita ke jalan yang benar,
teman yang sentiasa bersama dengan kita,
teman yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah,
tetapi mengapa kita menolaknya?
mengapa kita mengasarinya?

Ini disebabkan sifat kita,
ini kerana perangai kita,
ini kerana ego kita.

Tak mahu kenal siapa Rabb kita,
Tak mahu kenal siapa yang memberikan segala-galanya untuk kita.
Kita hanya fikir " Aku hidup sebab nak seronok,nak enjoy"
Sedangkan kita hidup hanya sekali sahaja.
Dan bukankah kita hidup untuk beribadat KepadaNya?

Sahabat-sahabat sekalian ,
Allah telah jadikan manusia ni cantik rupanya,
cantik peribadinya,
cantik Akhlaknya,
Cantik jualah Agamanya.

Sebab itu kalau Allah berikan sahabat yang baik untuk kita,
kita jadikan sebagai teman hidup kita,
teman setia kita,
teman yang sentiasa berbual tentang agamaNya.
Itulah Teman Sejati yang sentiasa di nanti! :')

Pilihlah Sahabat,Dunia ini sebentar sahaja..:'D

May Allah,The Most Merciful,grant you In The Jannatul Firdaus.
I Want Enter Jannah With U Sahabah!





Jazakallahu Khairan Khatira:)

Tuesday, June 5, 2012

Luahan Hati 62 : Kata Hatiku..

In The Name of Allah.

Assalamualaikum~

Tika seluruh alam masih lagi sunyi,
Tika manusia masih lena dibuai mimpi.

Tika sang rumput masih lagi basah disirami embun,
Tika sang suria masih belum memancarkan sinar,
Ku gagahi diri bangun,untuk sujud menghina diri DihadapanMu.

Ya Allah,Aku cemburu!
Betapa kerdilnya aku dihadapanMu,
Langit dan bumiMu terbentang luas mata memandang,
SubhanAllah,aku tertunduk malu,
Malu denganMu Ya Allah,
Aku malu dengan segala makhluk ciptaanMu Ya Allah,
Aku malu pada pohon-pohon hijau,
Aku malu pada batu-batuan,
kerana mereke tidak pernah 'henti' zikir kepadaMu.

Tapi aku?
Aku merasa tersindir pada Alam sekelilingku,
Aku terasa tersindir pada dengan ketaatan Makhluk ciptaanMu,
Sedangkan aku seorang hamba,
Hamba yang kuat kudratnya,
yang mempunyai akal,boleh berfikir,
Kekuasaan dan kehebatnMu.
Allahurabbi..

Ya Allah,Aku cemburu!
Aku cemburu pada mereka ,
Mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi Cinta PadaMU,
Mereka mempunyai semangat juang yang tinggi,
Mereka mempunyai iman yang tebal,
Mereka yang gigih berusaha mencari ilmu,
Mereka tanpa jemu berusaha menyebar kalamMu,
Mereka tidak pernah kecewa dengan ejekan manusia,
Mereka yang mempunya semangat jihad yang tinggi,

Kerana Apa?
Kerana hati mereka asyik dalam manisnya CintaMu,
kerana hati mereka asyik tenggelam dalam kasih sayangMu.

Namun aku?
Dalam kesamaran,terumbang ambing mencari jalan,
jalan untuk aku berubah,
jalan untuk 'renovate' sejadah iman yang telah koyak,
jalan untuk membersihkan sekeping hati,
Hati yang penuh dengan titik-titik hitam.

Aku perlukan kekuatan dariMu ya Allah,
kekuatan untuk aku mengatur langkah hidupku,

Agar aku tidak kecundang dengan arus dunia,

tetapi aku sedar,

Perjuangan seorang hamba bukan mudah,
ianya bukan dihampar dengan permaidani indah,
tapi dipenuhi dengan jalan yang berduri,
Aku menadah tangan menghina diri dihadapanMu,
Aku merayu dan terus merayu,
Agar diampunkan segala dosa-dosaku,
Agar dihadiahi walau setitis dari CintaMu,
Ya Rabb,
Berikanlah aku kekuatan untuk menjadi hamba yang di sayangiMu..

Lamanya aku dalam sebuah penantian.TUHAN yang Maha Rahmat.
kuatkanlah iman.berikan aku kesabaran.Mencintai kerana Allah
bukan semudah yang dibayangkan..=')



Jazakallahu Khairan Khatira:)

Luahan Hati 61 : Tersenyum Melihat Langit..


Bila dia menjauh,

bila masa membina jarak,
dan jarak membina tembok.

Jangan pernah lupa bahawa kita
pernah bertanya pada DIA tentang dia.

Jangan lupa bahawa kita pernah
meminta DIA menjauhkan dia,
bila dia bukan untuk kita.

maka bila dia semakin jauh,
Mungkin ini petunjuk DARINYA.
belajarlah kembali menjalani hari
dengan sendiri.
belajarlah menerima dengan redha
dan lapang dada.
kerana aturan Allah lebih baik dan indah
apa yang dijangka.

Jangan pernah lupa,
semua hanya boleh berlaku dengan
Izin dan Redha-NYA.
maka bila bukan namanya yang
tertulis dalam rencanaNYA,
maka,
biarlah DIA menjarakkan dia dari
kita...=')


The best love is when you find someone who makes your imaan rise,
who make you more picous and who helps you here in the Dunya because that person
wants to meets you again in the Jannah..='D


Jazakallahu Khairan Khatira:)

Sunday, June 3, 2012

Luahan Hati 60 : A Good Muslimah..


In The Name of Allah.

Assalamualaikum..

"feeeewitt","Cantiknya Mata..","Comelnya dia...", adalah antara ayat-ayat pujian dari lelaki-lelaki yang berpenyakit hatinya.
Oleh itu,walau apapun gaya hijabmu; tudung labuh ,tudung moden,purdah,baju kurung ,blouse labuh,jubah mahupun kebaya,janganlah sesekali dihilangkan manfaat berhijab dari dirimu ; iaitu sebagai benteng keselamatan,tirai malu serta pengawal iffah agar dirimu dikenali sebgai muslimah yang beriman dan bertaqwa.

Justeru,jangan mengikut arus berpakaian yang memadankan blouse pendek dan skinny jean atau T-shirt labuh dan legging walau tudung yang digayakan labuh melepasi dada kerana pakaian seumpama itu masih belum sempurna menutup keindahan tubuh seorang wanita yang mempersona.ia mungkin cantik pada nilaian manusia dan belum tentu cantik pada nilaian Allah dan Rasul-Nya.

Sebaiknya,pakailah blouse labuh palazo atau skirt labuh .ia tetap manis dan cantik jua pada pandangan mata.
Nabi S.A.W bersabda bermaksud : " janganlah kamu menjadi 'pak turut ' yang sering berkata :'jika orang sekelilingku baik,nescaya baiklah aku.namun jika mereka zalim,aku jua menjadi zalim". Hendaklah kamu menetapkan jiwa dan pendirianmu sehingga jika manusia baik,kamu baik bersama mereka,tetapi jika mereka buruk,maka kamu tidak menjadi buruk dan zalim bersama mereka (at-Tirmizi).

Pemilik hati yang bersinar dengan sifat-sifat mahmudah akan terus melakukan ketaatan walau disekelilingnya dipenuhi perkara-perkara keingkaran dan kemaksiatan .
Muslimah solehah sifatnya bukan seumpama "Lalang".!

Sahabat,Pilihan itu di tangan kita ,Dunia ini sebentar Sahaja".=')


M.U.S.L.I.M.A.H did you know?

There is WHOLE SURAH in Al-Quran about women. (Surah An-Nisaa').
The FIRST MARTYR in Islam was a women. (Saidatina Sumayaa R.A)
The FIRST person who BELIEVED in Prophet Muhammad S.A.W was a women (Saidatina Khadijah R.A).

The recommendation Prophet Muhammad S.A.W gave to his nation before he died was to TREAT women /female well.
You are half society,and you raise other half ,how HIGH your status is!
And because you are PRECIOUS ,Islam honoured you WITH HIJAB to preserving your CASHTITY and PURITY.

"BE PROUD YOU ARE MUSLIMAH".

HIJAB your aurat and your heart if u want a be GOOD MUSLIMAH.





Jazakallahu Khairan Khatira:)

Luahan Hati 59 : Maafkanlah Duhai HATI...


The Name of Allah.

Assalamualaikum..

Duhai HATI maafkanlah....

1.Maaflah supaya kita diampunkan.
"......dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunimu?Dan Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang." (an-nur:22)

2.Maafkanlah supaya Allah menjadi sayang.
".....dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka) ,maka sungguh, Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang."(at-thagabun:14)

3.Maafkanlah supaya kita tidak sama dengan orang bodoh.
"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan ma'ruf,serta jangan pedulikan orang yang bodoh." (al-A'raf:199)

4.Maafkanlah kerana orang mulia sentiasa memaafkan.
"Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan,sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia." (as-Syuara':43)

5.Maafkanlah agar kau termasuk di kalangan orang yang gagah menahan marah.
"....menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain." (ali-'Imran:134).

Orang yang pemaaf itu selalunya mudah tidur,
boleh makan apa sahaja dengan berselera
dan tinggal di mana sahaja bagaikan istana.
justeru,
jika sukar tidur pada waktu malam ,
asyik mengeluh tidak berselera dan
suka merungut tentang rumah yang kecil...
mungkin disebabkan oleh sikap kita
yang sukar memaafkan.
Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri.


Jazakallahu Khairan Khatira:)

Saturday, June 2, 2012

Luahan Hati 58 : Forgive me Ya Rabb..



The Name of Allah.

Assalamualaikum~

Aku kata "astaghfirullah" tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata "wa atubu ilaih" tapi jasad masih melakukan dosa sama.
Aku kata "wa nadimna ya Allah" tapi kesilapan lalu masih ku ulangi.

Aku kata "subhanallah" tapi aku tidak mampu menghayatinya.
Aku kata "alhamdulillah" tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurnianNya.
Aku kata "Allahuakbar" tapi cintaku lebih kepada dunia.

Aku kata "ma fi qalbi ghairullah" tapi masih ada ruang hatiku untuk insan yang tidak halal.
Aku kata "aku tidak layak ke syurga,tapi aku tak sanggup ke neraka" namu aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk merasa pedih api neraka.

Aku kata ingin mendekatiMu,
Namun amalku tidak seiring dengan kata-kataku.

Aku malu dengan sepasang mata dengan kurniaanMu ini,
kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.
aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
kerana aku insan yang dinodai dosa...
sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.

Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar DIA ada dihatiku.Aku belum sampai ke tahap MENCINTAINYA,tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk MENCINTAINYA.

Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, June 1, 2012

Luahan Hati 57 : Ingatlah Muslimah Sejati..

The Name of Allah
Assalamualaikum.

Muslimah Sejati tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,
tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuh badannya yang mempersona itu.

Muslimah Sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya,
tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah Sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya,
tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Muslimah Sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,
tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.

Ketahuilah Muslimah Sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand,
tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah Sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang ditepi jalanan,
tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.

Muslimah Sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani,
tetapi dilihat dari sejauh mana menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.

Dan Ingatlah Muslimah Sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul ,
tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul..=')

Jazakallahu Khairan Khatira:)