Saturday, July 30, 2011

LUAHAN DAKU 32: SELAMAT BERPUASA


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah,kita bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana kita masih hidup diatas bumi yang barakah ini dengan menghirup udaraNya tanpa membayar sesen pun..MasyaAllah..dan kita masih dikurniakan Nikmat yang paling besar iaitu Nikmat Iman dan Amal..SubhanAllah..
InsyaAllah,esok akan bermulanya Bulan Ramadhan yakni umat islam akan berpuasa..Aku kena balk Asrama petang ni..Adoi..itulah rutin harian sebagai pelajar asrama..dan yang paling dahsyat lagi,Rabu ni bermulanya Trial PMR..hmm,,InsyaAllah aku akan buat yang terbaik kerana result Trial ni la yang akan aku mohon ke SBP InsyaAllah..
esok bermulanya Puasa,moga-2 kita perbanyakkan amalan semasa di bulan puasa ini,kerana kita beribadah pada bulan puasa ini tak sama dengan bulan yang lain..Pahalanya berlipat kali ganda,dan pada bulan puasa ni la ade malam yang teristimewa yakni malam Lailatul Qadar..SubhanAllah..yang mana malam lailatul qadar ni lebih baik daripada malam 1000 bulan jika kita beribadah pada malam itu.Nak kata 1000 bulan ini bersamaan 83 tahun.MasyaAllah,cuba tuan-2 byangkan betapa lamanya 83 tahun kita beribadah walhal umur kita tak sampai 60 tahun dah out..sebab itu pada bulan Ramadha ini kita mesti meningkatkan Ibadah kita,Selalu solat malam,Bykkan baca Al-quran dan bersedekah.Hadith mengatakan “Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang dinamakan ‘pintu Rayyan’, ertinya; orang yang sudah kenyang kerana minum, iaitu pintu yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat nanti…”..MasyAllah..hebat bukan ganjaran bagi orang berpuasa ini..
Sampai setakat ini sahaja yang sya sampaikan..InsyaAllah moga-2 Allah beri taufik dan hidayat kepada kita..InsyAllah..
hmm,,tuan-2,tolong doakan saya dalam peperiksaan percubaan PMR pada hari rabu ini,supaya saya mndapat result yg cemerlang..InsyAllah...

_________________________________________________________________________________

P/S : Selamat berpuasa bagi seluruh Umat Islam diatas muka bumi Allah ini..InsyAllah..;D
Jazakallahu Khairan Khatira:)

No comments:

Post a Comment