Saturday, October 29, 2011

KEMBARA BERBASIKAL KE PENGHUJUNG BENUA ASIA


ASsalamualaikum tuan-tuan,,,
Alhamdulillah,,saya masih hidup lagi..
dah lame aku tak update blog,,sebelum raya sampai sekarang,,mungkin banyak cerita aku nak kongsikan..Insyaallah..
22-26 oktober merupakan hari bersejarah dalam hidup aku,,,sebab itu pertama kali aku mengayuh basikal sejauh 412KM dari SMK segambut Jaya ke TG.piai,pontian,johor..aduh,,terasa penat jugak,namun kekuasaan Allah,aku dapat mengayuh dengan baik tanpa tercedera pun ..Alhamdulillah..

22 OKTOBER 2011

bermula di Sejaya pada pukul 7:30 pagi berkayuh hingga pukul 12:30 di IKTBN sepang,,dan mkn tengahari seterusnya solat disitu,,bersama Arash Mohd..
Alhamdulillah,seterusnya meneruskan perjalanan terakhir pada hari itu dan berhenti pada pukul 5 petang di SMK Yam Tuan Radin,Port Dickson,negeri 9..dan menginap di situ.

23 OKTOBER 2011


Alhmdulillah,masih dikurniakan nikmat hidup oleh Allah,,selepas solat subuh,bersedia untuk memulakan kayuhan..pada pukul 7:15 pagi,kami memulakan kayuhan dan berhenti rehat untuk makan tenghari di Tg.Agas Melaka dan seterusnya di Kg.Paya Rumput Jaya..
seterusnya kami memulakan kayuhan dan berhenti di SMK telok Mas Melaka.sepanjang perjalanan itu,,aku sungguh rasa gembira menikmati panorama bandar Melaka..sungguh indah ..


24 OKTOBER 2011.

Seperti biasa selepas solat subuh,streching dan memulakan kayuhan di SMK Telok Mas,,sambutan sungguh hangat..dan kami berkayuh sehingga pukul 10pgi dan berhenti di SM sains Muar(SAMURA)....seterusnya kami ke SK Orangkaya Ali,,kami mendapat sambutan hangat daripada warga sekolah..terima kasih SK Orangkaya Ali.slps solat zuhur jama' qasar kami meneruskan perjalanan ke Kem Jubli Intan,Senggarang yakni destinasi terakhir perjalanan pada hari itu untuk menginap disitu..Alhamdulillah,,pada malam itu kami tidur diatas lantai..dah kata kem..memanglah..


25 OKTOBER 2011


Alhamdulillah,hari ini hari terakhir berkayuh untuk sampai ke destinasi dituju iaitu TANJUNG PIAI,..
kami memulakan kayuhan pada pukul 7:30 pagi,,dn berhenti di SMK Tun Sardon..untuk berhenti minum pagi..
sterusnya,kami berkayuh dan memasuki bandar pontian,,aduh!! lega rasanya kerana sikit lagi hendak sampai..seterusnya kami berhenti untuk makan tengahari di SK Bandar Pontian,,kami mendapat sambutan yang sangat panas..heehe..
selepas solat zuhur kami meneruskan kayuhan..
Alhamdulillah,,bersyukur ke hadrat ALLAH,,tepat pukul 4 petang,kami telah sampai ke destinasi yg dituju..TANJUNG PIAI,tempatnya sungguh indah,,pemandangan yang sangat cantik yang diciptakan oleh ALLAH AZZA WA JALLA...nampak Singapore dari situ,,kecik je singapore..
tapi itu bukan perkayuhan terakhir,,perkayuhan terakhir di Tama Negara Tanjung Piai,,yakni Penghujung benua asia..huh!sunggu hebadd!!..
kami bermalam di Tanjung Piai Resort..


26 OKTOBER 2011


Alhamdulilah,,masih hidup lagi,,seperti biasa kami memulakan kayuhan pada pukul 8 pagi,,ke taman negara,,taklah jauh sangat ke taman negara tu,,sejauh 3 KM je...di situ kami berphotography..bersama tugu disitu..ini telah manandakan kami sampai di penghujung benua asia..tepat jam 11pagi,kami telah bertolak ke resort untuk majlis penutup..
Majlis penutup dirasmikan oleh Dato'wijet kot...
seterusnya kami menikmati jamuan makan..makan kambing panggang kot.tapi liat..
pada pukul 1 tengahari kami bertolak pulang ke K.Lumpur menaiki bas SMAKL..sampai-2 dah pukul 9 malam..lama sgt,byk berhenti di RNR...pasti kami dibenarkan pulang...;D



Alhamdulillah...kami merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan program

" KEMBARA BERBASIKAL KE HUJUNG BENUA ASIA"
"TANJUNG PIAI,PONTIAN,JOHOR"

ALLAHUAKBAR~!!

Aku telah banyak mempelajari sesuatu daripada program ini...banyak sungguh manfaat diperoleh daripada program ini dan kenangan manis yang tak dapat aku lupakan seumur hidup aku..semoga program ini akan diadakan pada tahun depan Insyaallah..;))
Jazakallahu Khairan Khatira:)

No comments:

Post a Comment