Wednesday, December 31, 2014

88 : Welcome 2015 !



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Alhamdulillah siap.
Aku segera melipat cadar dan mengemas katil lalu menyiapkan diri setelah terjaga dari tidur.tak sangka sebulan kat sini ibarat menghabiskan satu 'chapter' dalam kehidupan aku pada tahun ini.aku teringat masa mula-mula langkah di bumi JB ini dengan fikiran yang tdk menentu aku gagahkan demi mencari pengalaman berada di tempat orang.aku hidup seorang diri,tanpa teman.hidup di dalam rumah yang besar bertemankan 'khayalan yang menyepi' mengajar aku mencari erti hidup yang akan aku hadapi pada suatu hari nanti.Pasti!

Sebelum pintu rumah kukunci,aku merenung berkali kali sebahagian ruang yang aku selalu 'bermimpi'.walaupun banyak kedengar kisah daripada jiran dan 'owner' rumah ni perihal makhluk halus yang mengganggui dan perasaan takut itu ada,ianya tidak menghalang aku untuk mencari cinta Rabb yang Abadi.

Perjalanan mencari cinta Tuhan bukan hanya di suatu tempat mahupun sesuatu masa,ianya perlu berterusan agar cinta itu ditemui.Sebahagian orang mengharap cinta tuhan yang kekal abadi terus bersemadi dalam diri tetapi pengharapan itu menjadi tidak bererti jika amal ibadat terus dilalaikan tanpa berdoa kepada illahi.

Sepanjang perjalananku ke Kuala Lumpur,fikiranku melayang terbang mencari idea untuk meneruskan 'chapter' hidup yang seterusnya dan aku terfikir apa akan terjadi kepadaku pada suatu hari nanti.pengajian di tingkatan 6 mempunyai baki selama setahun sebelum aku melangkah jauh membina 'chapter'  yang baru.lalu aku tertidur..

aku terjaga dari tidur untuk berhenti rehat dan mengisi perut yang kekosongan sejak petang tadi.aku gagahkan diri untuk menunaikan kewajipan terhadap illahi.setelah itu aku duduk sebentar merehatkan badan sebelum meneruskan perjalanan yang berbaki. Jam menunjukkan 11.00 malam,Alhamdulillah,sampai jugak aku ke tempat dituju.aku senyum dan terus senyum.ramai yang perasan kadang-kadang aku senyum sendiri,bagi aku dengan senyuman inilah dapat menenangkan hati dan lagi satu ' senyum kan sedekah' :D


Kerja.

Ramai orang menganggap bahawa pekerjaan mendatangkan rezeki kerana ianya hasil titik peluh sendiri.Ya,anggapan itu tidak salah dan aku sokong! Cuma kadang-kadang orang bekerja untuk menjadi hamba duit,tanggungjawab entah kemana.sampaikan anak-anak pun tdk diberi perhatian dan kasih sayang secukupnya.pergi pagi dan balik malam.walaupun waktu kerja memang begitu,tanggungjawab terhadap anak-anak jangan abaikan.
Erkk,anak-anak?-aku.

Alhamdulillah,
Tak sangka.
2014 berlalu dengan begitu cepat.
pelbagai dugaan,pengalaman yang aku tempuhi.bagi aku,tahun ni tkdelah 'berat' sangat macam tahun-tahun sebelum ni.cuma perlu senyum,sabar dan tenang.:)

Tahun 2015 mungkin tahun yang mencabar bagi aku sebab ada dua exam besar:-sem 2 dan 3.
aku berharap tahun ni aku dapat penuhi impian ibuku dan sentiasa penuhi majlis ilmu.bagi aku,segala amal ibadat yang kita buat samada lahiriah dan zahiriyah perlu kita sembunyikan.
Sebagaimana pesan sebahagian salaf, " Sembunyikanlah kebaikanmu seperti mana kamu sebunyikan keburukanmu ".

Dengan membaca athar-athar sahabat dan aqwal para salafussoleh,kita akan dapati 'keindahan' makna yang tersirat dalam ayat yang diucapnya.Cuma kita perlu berubah dan cuba amalkan walaupun sedikit tetapi berterusan.

Walaupun tahun kita tahun hijrah,aku ingin berazam untuk penuhi azam aku yang lepas.
Semoga Allah menthabatkanku di Jalan Nya dan AgamaNya.

.والله العلم



*Let's Travel.

BOOKS -yee,aku tahu buku adalah benda mati.namun,meluangkan waktu dengan benda mati yang menghidupkan jauh lebih baik dari menghabiskan waktu dengan makhluk hidup yang mematikan.


Jazakallahu Khairan Khatira:)

Wednesday, November 19, 2014

87 : Semester 1 Done !


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمت الله وبركته

Setelah pengawas peperiksaan mengutip kertas soalan terakhir,aku terus mengucap
Alhamdulillah thumma alhamdulillah.
Kegembiraan tidak terkata dikala peperiksaan semester 1 yang sering aku risaukan berakhir juga.Alhamdulillah,setelah 7 bulan berlalu pelbagai kenangan,keseronakan dan rintangan terus aku lalui dalam menghadapi cabaran sebagai pelajar Tingkatan 6.

Tingkatan 6 bukanlah boleh dianggap 'senang' dan dipandang 'remeh' oleh sebahagian orang yang kebanyakkannya menganggap tingkatan 6 satu proses pembelajaran yang agak lama berbanding diploma untuk ke Universiti.sebenarnya proses pembelajaran di tingkatan 6 memerlukan pengorbanan masa,jiwa dan raga(walaupun aku tak korbankan sangat) dalam memahami subjek terutamanya Sejarah.Prosesnya sama seperti belajar di Asasi dan Matrikulasi.

Belajar bukanlah tiket untuk kita mengambil peperiksaan sahaja,bahkan dengan pembelajaran kita dapat mengamalkan apa yang kita belajar terutamanya bab ibadah.sesetengah orang hanya belajar untuk peperiksaan dan setelah peperiksaan ilmu itu terus hilang entah terbang ke mana.

Pesan salaf kita,Sufyan at Thauri :
' Ilmu menginginkan utuk diamalkan.Apabila orang mengamalkannya,maka ilmu itu tetap ada.Namun sebaliknya , jika tidak diamalkan, maka ilmu itu akan hilang dengan sendirinya '.
Sememangnya benar apa yang telah diucapkan imam kita tentang ilmu,cuba kita fikir,surah yang paling susah untuk kita lupa dalam solat ialah surah al Fatihah.

Kenapa ?

Sebab kita selalu ulang.Nak kuat ilmu,ulanglah selalu
Dengan mengulang,apa yang kita pelajari tidak mudah lupa.misalnya,para huffaz Quran jika mrk nak mengingat balik hafalannya pasti mrk ulang.tidak kira ketika berjalan,sebelum tidur ataupun qiyamullail.
Diriwayatkan bahawa anak murid al Imam as Syafie, iaitu al Imam al Muzani membaca kitab karangan gurunya 'ar Risalah' sebanyak 50 kali sehari.betapa istiqamahnya imam al Muzani dalam menelaah ilmu sehinggakan imam al Muzani merupakan antara anak murid imam as Syafi'e yang di sayangi.

Jadikanlah kisah-kisah ulama' salaf dan khalaf dalam menuntut ilmu,Nescaya,kita akan memperoleh manfaatnya.

Selamat Bercuti! :)

والله العلم




Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, September 12, 2014

86 : Insan yang bergelar 'ibu'.:')


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمت الله وبركته

Seringkali kita menyakiti hati seorang insan yang dipanggil 'ibu','ummi' atau 'emak'.Ianya panggilan yang hormat buat insan yang sanggup berkorban waktu dan tenaga demi mengandungkan serta melahirkan kita.Kita dituntut agar berbuat baik kepada ibu mahupun bapa dan tuntutan itu adalah satu tuntutan wajib yang perlu ditunaikan.Islam memandang serius hukum yang berkaitan anak dan ibu bapa.

Kita diperintahkan untuk sentiasa berkelakuan sopan,lemah lembut serta tidak menyakiti hati ibu atau bapa.Lantaran itu kita dilarang keras melakukan kekasaran kepada mereka samada dalam bentuk perbuatan mahupun perkataan serta perbicaraan yang mengundang rasa kecewa oleh ibu atau bapa.

Allah Azza Wa jalla telah mengingatkan kita dalam Surah Al Isra' ayat 23 yang bermaksud :

Dan tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun).
  Sesuatu yang amat mengecewakan kita pada hari ini ,banyak perkara buruk berlaku anak-anak tidak berlaku baik terhadap ibu-bapa,memaki hamun ibu bapa serta 'membuang' ibu bapa seperti yang disiarkan oleh akhbar mahupun kaca televisyen setiap hari.Sesungguhnya ini perkara yang sangat zalim dilakukan terhadap ibu bapa serta Rasulullah amat bertegas dalam mentaati ibu bapa.

Rasulullah merupakan suri tauladan yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap insan yang bergelar 'islam'. Allah Azza wa Jalla telah menyebut banyak ayat dalam al Quran dalam mengikuti nabi serta mencontohi nabi dalam semua perkara hatta ibadat dan dunia.Keindahan akhlak Rasulullah yang sering kita dengar melalui ayat-ayat Allah mahupun hadith-hadith nabi perlu kita amalkan untuk membentuk hidup yang harmoni.

Rasulullah mengingatkan kita agar berbuat baik dan tidak menderhaka kepada kedua orang tua kita terutamanya insan yang bergelar ibu.Hal ini telah dinyatakan dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh al Imam at Tirmidzi .
Suatu hari,Muawiyah bin Haidah al Qusyairi, seorang sahabat nabi telah datang berjumpa dengan Rasulullah lantas bertanya,
'Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya.'
Rasulullah telah menyebut perkataan 'ibu' sebanyak tiga kali dan diikuti 'bapa' dalam hadith ini.Hal  ini menunjukkan betapa pentingnya 'ibu' dalam kehidupan seseorang .Justeru itu,Islam telah meletakkan penghormatan yang tinggi kepada ibu.Marilah kita sama-sama muhasabah dan berikrar agar tidak menyakiti hati ibu serta menyayanginya dengan sepenuh hati.Berjanjilah pada diri bahawa kita tidak akan mengecewakan ibu serta bapa dan sama sekali tidak menjatuhkan air muka dan menjatuhkan maruah keluarga.

Wallahu Mu'wafiq.




Jazakallahu Khairan Khatira:)

Thursday, August 21, 2014

85 : Ada Apa Selepas Ramadhan ? :')


السلام عليكم ورحمت الله وبركته

Setelah berakhirnya bulan tarbiyah,madrasah yang banyak mendidik kita supaya banyak beribadat dengan menjanjikan pahala yang berganda.kini diraikan dengan hari kemenangan umat islam yang dikenali sebagai 
'Hari Raya Eidulfitrti'.

Sungguh banyak amalan kebaikan yang kita lakukan pada bulan Ramadhan , namun apakah kebaikan yang kita lakukan itu terus berkekalan sehingga kini.adakah kita lakukan itu untuk mendapat ganjaran daripada Allah,sekadar ajakan ataupun menarik perhatian kepada manusia?

Telah bersabda Nabi Muhammad Sallahu'alaihi wasallam ':

:عَنْ أَبِي عَمْرو، وَقِيْلَ : أَبِي عَمْرَةَ سُفْيَانُ بْنِ عَبْدِ اللهِ الثَّقَفِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ :يَا رَسُوْلَ اللهِ قُلْ لِي فِي اْلإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَداً غَيْرَكَ . قَالَ : قُلْ آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ[رواه مسلم]
Maksudnya ': Abu Amr,Sufyan bin Abdillah berkata kepada Rasulullah '" Wahai Rasulullah,katakan kepadaku perkataan tentang islam yang tidak aku tanya selain kau !" Beliau bersabda ,' katakanlah 'Amantu billah(Aku beriman kepada Allah),kemudian istiqamahlah".Hadith ini diriwayatkan oleh al Imam Muslim di dalam Sahihnya.
Antara tanda kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-hambaNya adalah Dia tidak mewujudkan sebarang halangan untuk insan memohon ampun atau kembali kepadaNya.Insan diperintahkan berhubung secara 'langsung' tanpa ada halangan dalam hubungan yang suci itu.Tiada sebarang perantaraan antara Allah Azza Wa jalla dengan hamba-hambaNya.

Islam menolak segala unsur keberhalaan yang menjadikan makhluk itu sebagai tuhan jelmaan menggantikan tuhan yang abadi.Islam menganggap perbuatan mengampunkan dosa dan memperkenankan doa dari makhluk adalah syirik.Tidak kira sama ada makhluk itu wali mahupun nabi.

Seorang muslim tidak diizinkan pergi ke kubur dan minta pertolongan (Istighasah) mahupun meminta menyembuhkan penyakit apatah lagi mohon ditenteramkan jiwa daripada makhluk,wali ataupun nabi.

Perbuatan itu adalah syirik yang besar dan boleh jatuh kafir apabila dia beriqtikad kerana perbuatan serupa itu adalah menduakan Allah serta menganggap ada kuasa lain yang lebih hebat daripada Allah.
Seorang mukmin hanya meminta pertolongan daripada Allah.
Firman Allah Azza Wajalla ( maksudnya ) :

Allah jua yang memasukkan malam kepada siang dan memasukkan siang kepada malam (silih berganti), dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagi-Nyalah kuasa pemerintahan; sedangkan mereka yang kamu sembah selain Allah itu tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memperkenankan pemohonan kamu; dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. Dan (ingatlah) tiada yang dapat memberi tahu kepadamu (Wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha mendalam pengetahuan-Nya (surah Fatir: 13-14).

Firman Allah ( mafhumnya ) :

Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (untuk dihitung amalan pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka (surah al- Ahqaf: 5-6).
Maka perbuatan memohon pertolongan selain Allah, sama ada menyeru berhala secara terang-terangan atau memanggil dan memuja nama para wali seperti Imam Abdullah Ahmad Badawi mahupun as Syeikh Abdul Qadir al Jailani atau wali 'songo' atau apa-apapun termasuk perbuatan syirik dan diharamkan oleh nas-nas al Quran serta as Sunnah.

Setelah Allah menceritakan perihal bulan Ramadhan serta kewajiban berpuasa , Allah terus menyebut kemustajaban doa.ia menunjukkan ada kaitan yang kukuh antara puasa Ramadan dan janji Allah untuk memustajabkan doa hamba-hambaNya.Allah berfirman ( mafhumnya ) :

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk (surah al-Baqarah: 186).



Demikian, Allah itu sentiasa hampir dengan kita,mendengar dan memperkenankan doa kita.Sesiapapun boleh sampai kepadaNya.Tiada 'bodyguard' mahupun orang tengah yang menghalang seseorang insan untuk bertindih dan merayu kepada RabbNya.Sesiapapun hamba itu,tidak kira dari bangsa mana,latar belakangnya,apapun bahasa doanya.Apapun sejarah buruk baiknya.Allah tetap sudi mendengar lalu memustajabkan doa mereka menurut cara yang dikehendakiNya.Bertambah hajat dan permohonan seorang hamba, makin dekat dan bertambah kasih sayang Allah kepadanya.

Amat berbeza dengan tabiat makhluk yang lemah ini.Walau bagaimana pun baik seseorang itu dengan kita , namun jika kita terlalu meminta,perasaan jemu dan bosan akan timbul dalam jiwanya.Doa sentiasa diterima oleh Allah.Namun,jika doa tidak diterima, mungkin ada beberapa faktor yang mengganggu.Mungkin ada permohonan itu tidak membawa kebaikan kepadanya lalu Allah tidak memustajabkan.Allah Maha Mengetahui. Seperti hasrat kita ingin mengahwini seseorang itu,lalu kita berdoa agar Allah menjadikan dia pasangan kita.Allah tidak memustajabkan mungkin kerana orang yang kita suka itu tidak sesuai dan boleh membawa mudarat serta kekusutan kepada kita.Allah yang Maha Adil menggantikan pasangan yang lebih baik dan membawa manfaat kepada kita,lalu kita bahagia.Segalanya Mungkin.

Namun doa tidak sia-sia.Pahala tetap diberikan,kebaikan yang lain pula diganti di dunia dan akhirat.
Telah bersabda Nabi Muhammad maksudnya :

Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada disegerakan kemakbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepandan dengannya. (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya‘la dengan sanad yang sahih). 
Maka,ada doa kita kepada Allah diterima olehNya di dunia. Ada yang tidak diberi disebabkan hikmat yang Allah lebih mengetahuinya,lalu disimpan doa iti disisiNya untuk diberi pada hari akhirat yang lebih baik dan lebih utama untuk kita.Ataupun doa itu ditukarkan dengan kebaikan-kebaikan yang lain seperti diselamatkan kita dari pelbagai rintangan dan bahaya yang sebahagian besarnya tidak pernah diduga.

Dalam hadith,kita diajar berdoa ketika sujud dan selepas membaca tasyahhud sebelum memberi salam. Disitulah antara waktu yang mustajabnya doa.sabda Nabi ( mafhumnya ) :

Paling dekat hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud. (Riwayat Muslim).

Nabi memberitahu mustajabnya doa selepas tasyahhud sebelum memberi salam dalam solat:

Berdoalah pasti mustajab, mintalah pasti akan diberikan. (Riwayat al-Nasai, sanadnya sahih).

Bukan bererti kita tengok orang tidak mengangkat tangan berdoa kuat-kuat berjemaah selepas solat itu tidak berdoa.kita yang seringkali salah faham dan mungkin orang itulah yang sering memperbanyak doa di dalam solatnya melebihi kita.Jika seseorang berdoa selepas memberi salam,tentulah dalam banyak hal.hajat imam dan makmum pasti tidak sama.so,jangan marah jika kita lihat orang berdoa bersendirian.

Nasihatilah mereka orang yang berdoa tanpa mengetahui maksudnya serta orang yang mengaminkan doa tanpa mengerti isinya.Lebih menyedihkan,kadangkala doa dibaca dengan nada dan irama yang tidak menggambarkan seseorang hamba yang merintih memohon kepada Allah.Sebahagian nada itu,jika bercakap dengan kita pasti kita pertikaikannya.Layakkah nada seperti itu sebagai doa kepada Allah yang Maha Agung?

Benarlah sabda Rasulullah yang bermaksud :

Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa. (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

Pelajarilah nas-nas agama tentang doa mahupun ibadat yang lainnya menurut al Quran dan as Sunnah yang sahih.ianya amat penting bagi kehidupan kita didunia dan diakhirat.
Wallahu' Muwafiq.




Jazakallahu Khairan Khatira:)

Sunday, June 22, 2014

84 : Ramadhan,Al-Quran dan Kita.


                                                                السلام عليكم ؤرحمت الله وبركته

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah,
Selepas berlalu Rajab,sekarang bulan Sya'ban dan inshaa Allah akan ke bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan.

Tidak terhitung masa dan waktu,tidak terkira hari yang berlalu dan tidak menyangka Ramadhan yang selama ini dinanti akan menghampiri.Bertapaku syukuri sungguh dengan kenikmatanmu yang masih memberikan aku hidup walaupun aku berasa betapa banyak aku melakukan kemaksiatan dan daku berharap taubatku yang terus akan diterima oleh-Mu.

Ramadhan dan al Quran satu ikatan yang tersimpul mati.Apabila Disebut ramadhan,disamping kita berpuasa,kita akan teringat suatu peristiwa yang cukup besar bagi sejarah umat islam iaitu Nuzul al Quran.Bulan Ramadhan bulan yang mana diturunkan al Quran.Penurunan al Quran itu dua peringkat; pertama,dari Luh Mahfuz ke Baitul 'Izzah(Langit Kedua).Dan yang kedua dari langit dunia terus kepada Nabi kita Muhammad Sallahu 'alahi wasallam secara berperingkat-peringkat dalam tempoh sejak Nabi Muhammad ditabal menjadi rasul sehingga baginda wafat iaitu 23 tahun.

Para sarjana tidak berbeza pendapat bahawa al-Quran turun (Nuzul al-Quran) dalam bulan Ramadan. Ini kerana Allah sendiri yang menjelaskan bahawa al-Quran itu turun dalam bulan Ramadan. Firman Allah: (maksudnya)
“Bulan Ramadan yang Kami turunkan dalamnya al-Quran yang menjadi pertunjuk untuk manusia” (Surah al-Baqarah, 185).
Namun begitu sarjana berbeza pendapat tentang berapa haribulankah Ramadan penurunan itu berlaku? Ada yang berpendapat ia diturunkan pada 21hb Ramadan. Pendapat ini dipegang oleh beberapa orang ulama, antaranya tokoh Sirah yang terkenal al-Syeikh Safiyy ar-Rahman al-Mubarakfuri seperti yang beliau sebut dalam karyanya Rahiq al-Makhtum. Ada juga yang berpendapat 24hb Ramadan kerana bersandarkan hadis riwayat al-Imam Ahmad yang menyebut: “…Allah turunkan al-Quran pada 24hb Ramadan”. Hadis ini disahihkan oleh sebahagian ulama, dihasankan oleh sebahagian yang lain. Terdapat juga sarjana yang mendaifkannya disebabkan kritikan terhadap salah seorang rawi iaitu Imran bin al-Qattan. Namun ada riwayat lain daripada Ibn ‘Abbas yang boleh menyokong riwayat ini. Di sana ada lain-lain pendapat tentang haribulan Nuzul al-Quran ini.

Penghayatan.
Lebih penting dari itu semua, kita hendaklah menghayati tujuan al-Quran itu diturunkan kepada manusia. Ia bukan sebuah kitab sekadar untuk dibaca dan diperlagukan tanpa memahami tujuan ia diturunkan. Jika ramai orang boleh membaca al-Quran, melagukannya, menghiasinya dengan ukiran dan solekan yang indah namun enggan mendalami dan menghayati tujuan penurunannya, maka al-Quran tidak akan berfungsi dalam kehidupan manusia. Ia seakan seorang pesakit yang membaca jadual ubatnya, menulisnya dengan indah dan cantik tetapi tidak memakannya. Firman Allah: (maksudnya):
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”. (Surah al-Baqarah, 185).
Itulah tujuan penurunan al-Quran. Ia menjadi petunjuk, menjelaskan petunjuk tersebut serta memampukan pembacanya membezakan antara yang benar dan yang salah. Antara haq dan batil. Itulah cahaya insan dalam menerangi cabaran kehidupan di dunia ini. Hal ini tidak mungkin diperolehi jika kita sekadar berlagu dan menggantungnya di dinding rumah dan pejabat tanpa melakukan tadabbur (penelitian kandungan).

Kita semua ada kelemahan, kita juga mungkin tidak berjaya menjadi insan yang melaksanakan seratus peratus isi kandungan al-Quran tetapi kita sentiasa wajib beriman bahawa jalam hidup ini ialah mengikuti isi kandungan al-Quran, bergerak dan berusaha menghayatinya dari masa ke semasa adalah tanggungjawab seorang yang beriman. Kejayaan kita ialah dengan memahami dalam melaksanakan isi kandungan al-Quran. Kita hendaklah membaca al-Quran sehingga dapat membezakan antara yang benar dan yang salah. Antara yang ikhlas dan yang pura-pura. Antara yang membela kebenaran dan yang memperjudikan kebenaran. Ini amat penting sepanjang masa, apatahlagi di zaman dunia yang penuh kekaburan dan kekeliruan. Tidak berpada sekadar melagukan, bertanding dan menggantung di dinding-dinding tanpa memperdulikan isi yang tersurat dan tersirat di sebalik tulisan yang tersemat.
Jangan juga kita lupa bahawa pada zaman ini akan ada yang menggunakan al-Quran untuk mendapatkan wang ataupun harta dunia dari manusia. Sabda Nabi
“Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, bertaraf hasan).
Jangan hairan jika kita bertemu dengan mereka yang meminta wang bacaan al-Quran kononnya sebagai bayaran pahala kepada si mati, ataupun membaca al-Quran dengan segala lengangan lagunya hanya semata-mata untuk mendapatkan wang. Bukan itu tujuan al-Quran diturunkan!

-ADVISE FOR RAMADHAN-
As we enter this blessed month of mercy, I give this advice to myself first, and then to you:
Don’t let this Ramadan be just a holiday of rituals. Don’t finish reading the Quran without it transforming you. Don’t feed your body at suhoor, but starve your heart of Qiyam. Don’t reduce this downpour of mercy to just a month of sweets and lavish iftars. Seek Him, you will find. Take a sincere step towards change, transformation, redemption. If you do, you will find Him in front of you. Find Him this month. He’s been there all along. Closer than your jugular vein. Look and you’ll find. Walk and you’ll arrive.

Wallahu 'alam.:)

Jazakallahu Khairan Khatira:)

Thursday, March 20, 2014

83 : Menangislah Wahai Mata ! :'(


 Assalamualaikum.

Ada orang berkata ‘aku tidak mahu menangis dalam hidup ini’. Ada pula yang berkata ‘apalah faedahnya menangis?! Ia tidak dapat mengubah apa-apa’. Ada juga yang berkata ‘aku bencikan airmata’. Ungkapan-ungkapan seumpama ini mungkin dikeluarkan oleh mereka yang merasa tekanan dalam hidup. Namun, hakikatnya dalam hidup ini, insan memerlukan airmata tangisan dalam membentuk peribadi yang halus dan luhur antara dia dengan jiwanya, antara dia dengan Allah S.W.T.

Jenis Tangisan
 
Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam Zad al-Ma’ad menyebut tentang jenis-jenis tangisan (al-bukaa). Ada tangisan kasihan dan simpati (ar-rahmah wa ar-ra`fah). Ada tangisan takut dan gerun (al-khauf wa al-khashyah). Ada tangisan cinta dan rindu (al-mahabbah wa ash-syauq). Ada tangisan suka dan gembira (al-farh wa as-surur). Ada tangisan kerana dukacita (al-hazn).



Perbezaan antara tangisan dukacita dengan tangisan takut ialah dukacita berkaitan yang sudah berlaku sementara takut berkaitan yang belum berlaku. Tangisan gembira airmatanya sejuk dan jantung hati sukacita. Tangisan sedih airmatanya panas dan jantung hati pula berdukacita.
Ada pula tangisan tewas dan lemah (al-khaur wa ad-dha’f).

Ada pula tangisan munafiq (an-nifaq) di mana mata menangis sedangkan kalbu keras. Dia menzahirkan kusyuk padahal dialah orang yang paling keras jantung hatinya. Ada tangisan yang diupah dan dibayar. Ini seperti tangisan meratapi mayat yang dibayar upahnya. Ada tangisan mengikut (al-muwafaqah) di mana seseorang menangis kerana melihat orang lain menangis. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Zad al-Ma’ad 1/184-185. Beirut: Muassasah ar-Risalah).

Tangisan Indah

Tangisan kerana takutkan Allah atau tangisan kerana merindui Allah adalah tangisan yang lahir jiwa yang khusyuk. Suatu perasaan yang begitu indah yang tidak dapat difahami melainkan mereka yang mendapat kurnia Allah untuk matanya menangis kerana rindukan Tuhan, ataupun gerun kepadaNYA. Suatu perasaan kudus lagi nikmat yang meliputi roh akan dirasai oleh sesiapa yang Allah rezekikannya tangisan jenis ini. Matanya menangis, jiwanya tenggelam dalam nikmat rindu, cinta dan gerun kepada kebesaranNYA.

Tidaklah dapat difahami hal ini melainkan mereka yang telah merasainya. Bak kata sebahagian orang sufi “sesiapa yang tidak merasa, dia tidak akan memahaminya”.

Hanya jiwa-jiwa yang hampir dengan Allah sahaja yang akan merasai nikmat ini. Lebih hampir seseorang dengan Allah, lebih seringlah zahirnya nikmat ini pada diri seseorang.
Al-Quran pada banyak tempat memuji tangisan ini. Firman Allah memuji para rasulNYA: (maksudnya)

 “..apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Ar-Rahman (Allah), mereka segera sujud serta menangis”. (Surah Maryam: 58).

 Firman Allah memuji orang-orang soleh pula: (maksudnya)

 “..sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud. Sambil mereka berkata (dalam sujudnya): “Maha suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk” (Surah al-Isra`: 107-109)

 Al-Quran juga mengutuk mereka yang keras jiwa mempersenda dan tidak menangis terhadap ayat-ayat Allah. Firman Allah: (maksudnya)

 “maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan ini (al-Quran)? Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis?” (Surah al-Najm: 59-60).

 Berusaha

Kita hendaklah berusaha agar dapat menangis kerana takut dan juga kerana rindukan Allah. Rindukan Tuhan itu suatu nikmat yang amatlah rugi sesiapa yang tidak pernah merasainya. Rindu itu membersihkan jiwa dari kekotoran yang menyalutinya. Ia adalah ubat kepada segala dukacita dunia. Apabila rindu itu menyelinap masuk ke dalam jiwa, ia bagaikan satu sentapan yang mengeluarkan dunia dari perasaan, yang menjelma ialah lautan kenikmatan rohani yang tidak dapat digambarkan oleh bahasa. Airmata kusyuk itu amat segar dan menyejukkan jiwa.
Nikmat inilah yang disebut oleh para ulama salaf. Nikmat inilah yang selalu dibayangkan oleh golongan sufi yang luhur.

Nikmat inilah yang dirasai oleh sesiapa yang mengikut jalan salafus soleh dengan ikhlas dan mencari hidayah Allah.

Setiap insan hendaklah berusaha mencapai keadaan itu. Walaupun ia kadang-kala hanya hadir dalam waktu-waktu tertentu, namun ia adalah amat bermakna untuk jiwa. Bukan semua orang lunak jiwanya sehingga takut dan rindukan Allah. Dalam hadis, Nabi s.a.w menyebut tujuh golongan yang mendapat perindungan Allah pada hari Akhirat kelak, salah satunya:

 “lelaki yang mengingati Allah secara sendirian lalu matanya menangis” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

 Kata Abdullah bin ash-Shakhir:

 “Aku masuk kepada Rasulullah s.a.w, baginda sedang bersolat, dalam dada baginda bagaikan bekas air yang mendidih kerana menangis” (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dll. Ibn Hajar dalam Fath al-Bari menilainya sahih)




Mata yang menangis kerana takutkan Allah, mengenang kekurangan dirinya dalam mentaati Allah, mengenang dosa-dosanya terhadap Allah adalah mata yang soleh. Tangisan keinsafan adalah satu kurniaan Allah buat jiwa insaf. Tangisan itu memelihara mata dari api neraka. Nabi s.a.w menyebut:

 “Dua jenis mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka; mata yang menangis kerana takutkan Allah, dan mata yang berjaga malam berkawal di jalan Allah” (Riwayat al-Tirmizi, katanya: hasan gharib. Al-Albani menyatakan sahih).

Menangislah

 Maka menangislah wahai mata! Berusahalah menangis untuk mencapai tangisan nikmat itu. Berusahalah menangis untuk mencapai rasa takut kepada Allah atas kekurangan diri terhadap hak-hak Allah yang kita telah cabul ataupun kurangkan. Malu kepada Allah. Rasa bersalah terhadapNYA. Rindukan cintaNYA dan gerunkan kebesaranNYA. Dalam kalangan salafussoleh ada menyebut:

 “Menangislah kerana takutkan Allah. Jika engkau tidak menangis, berusahalah menangis” (Zaad al-Ma’ad, 1/185).

 saya suka dengan kisah Salman al-Farisi sebelum beliau meninggal. Ketika dia dalam kesakitan, Sa’ad bin Abi Waqqas menziarahinya. Salman menangis. Sa’ad bertanya:


 “Apakah yang membuat engkau menangis wahai saudaraku? Tidakkah engkau telah bersahabat dengan Rasulullah s.a.w. Tidakkah ini dan itu telah kau lakukan?” Jawab Salman: “Daku tidak menangis kerana salah satu dari dua perkara. Aku tidak menangis kerana cintakan dunia ataupun bencikan akhirat. Namun daku menangis kerana mengenang Rasulullah s.a.w telah berjanji denganku satu perjanjian yang mana aku berpendapat aku telah melanggarnya”. “Apakah yang Rasulullah janji dengan engkau” Tanya Sa’ad. Jawab Salman: “Baginda berjanji bahawa cukuplah seseorang kamu mengambil dunia dengan kadar seorang pengembara. Daku rasa daku telah melanggarnya”. (Riwayat Ahmad, Ibn Majah, al-Hakim dalam al-Mustadrak. Hadis sahih)

 Padahal, dalam Sahih Ibn Hibban diriwayatkan Salman meninggal hanya lima belas dirham sahaja yang berbaki dari hartanya.
Kita semua lebih patut menangis dibandingkan Salman al-Farisi sahabi Nabi s.a.w yang mulia itu. Menangis mengenang diri kita dan kekurangan yang telah kita lakukan terhadap hak-hak Allah. Menangislah wahai mata! Di sana engkau temui nikmat hubunganmu dengan tuhanmu.:)

Wa'allahu a'lam.

Via : Drmaza.com

Jazakallahu Khairan Khatira:)