Saturday, April 30, 2011

LUAHAN DAKU 24 : KUBUR BERKATA KETIKA JENAZAH SAIDATINA FATIMAH DIMASUKKAN KE DALAM KUBUR~

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian...

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antaranya adalah:

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatimah r.a)

3. Husin (anak Faimah r.a)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."


Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata jika seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia bersedekah

3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta

2. Jangan mengkhianat

3. Jangan mengadu-domba.

4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud,

"Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah.

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Wasallam.
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, April 1, 2011

LUAHAN DAKU 23: RILEX SUDE~

Salam semua..
dah lme x berBLOGGER niyh,,,,
dah bersawang blog ni lhaa,
Hmm...skunk dh bln 4..
spt btul mse...lgi 6 bln da PMR...
aaaa..PMR..takotnyer..kne study lbih sket ni..
"STUDY SMART NOT STUDY HARD..."
adoy2x...
bln 5 ade ujian Diagnostik ni..
target 7A tu...harp2 tercapai lhaa,,INSYAALLAH...
Kalau PMR tahun ni dpt yg tbaek..7A-9A..
INSYAALLAH nak msok skula SBP...SDAR ke...
Bleh wat punyer...
oke lhaa,malas nak menaip..otak BLUR...
ASsalamulaikum!!

















Jazakallahu Khairan Khatira:)