Sunday, December 30, 2012

Luahan Hati 76 : 2013 be a superb ohsem! :)




In the name of Allah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,Ini mungkin entry terakhir dan penghabisan bagi tahun 2012 memandangkan kita akan memasuki tahun baru 2013.Bila kita sebut je tahun baru,sinonim bagi kita yang ragu-ragu ini mempunyai azam baru,niat baru (ade ke?) dan semua orang menjadikan tahun baru ini (Masihi/Hijrah) sebagai titik permulaan menjadi seorang Mu'min,Muslim dan Muslimah yang berguna,taat Agama dan bertaqwa.:')

Sehubungan dengan itu,(cehh,mcm krgan pulak) moga-moga tahun 2013 ini insha'Allah menjadi tahun yang superb duper ohsem bagi semua orang yang ingin berubah.Jadikan tahun 2013 ini sebagai tahun hijrah bagi orang yang ingin berubah dan tahun ini jugak saya akan menghadapi SPM! ohh,Lord!
semoga saya dapat buktikan yang saya juga boleh peroleh keputusan yang membanggakan.Ameen.:')

Tahun Baru,Jalan Orang Mu'min.


Memandangkan kita akan memasuki tahun baru,jadikan diri kita sbgai seorang mu'min yang sejati.pandanglah kehidupan sebagai pandangan yang manis dan indah.sesunggunya,perkara yang lepas merupakan suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan.jadilah orang mu'min yang memandang kesusahan dan kesenangan sebagai suatu ujian dari Tuhan.renungi sabda Baginda S.A.W : 

"Sungguh mengkagumkan keadaan seorang mukmin,keadaan mereka sentiasa baik.
Tidak terjadi yang demikian itu kecuali bagi orang mu'min.
Jika ia mendapat kesenangan ia bersyukur.Hal itu merupakan kebaikan.
Jika ia ditimpa kesusahan ia bersabar.Itu juga merupakan kebaikan." (Sahih Muslim)

Allah sediakan syurga yang indah bagi orang yang bertaqwa kepada-Nya.jadikan  islam sebagai agama yang sempurna bagi kita kerana itulah sifat Islam.

Dikatakan dalam sebuah syair:

Barangsiapa yang menginginkan pelindung,maka cukuplah Allah baginya.
Barangsiapa yang inginkan teladan,maka cukup Rasulullah baginya.
Barangsiapa yang ingin pedoman hidup,maka Al-Quran cukup baginya.
Barangsiapa yang inginkan peringatan,maka kematian cukup baginya.
Barangsiapa yang tidak cukup dengan semua itu,maka neraka menantinya.

Pe pun yang baik sila ambil dan yang kurang baik kita buang jauh-jauh keyh.Selamat menempuh alam baru 2013.Moga Allah redha senantiasa.

#here my wishlisht 2013.scroll down=)


Kata Hati: Selamat menempuh Alam baru.Hadapilah dengan keyakinan dan percayalah Allah sentiasa menjaga kita.
"Tanda Allah sayang,hadir orang yang mengingatkan."=')




Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, December 21, 2012

Luahan Hati 75 : Soal Hati?


In The Name of Allah.

Assalamualaikum.

Wajah yang bakal reput,hancur luluh menjadi makanan ulat dan segala jenis serangga yang bernyawa dibawah sana.Kita taksub menjaga wajah , mahu sentiasa nampak cantik dan menyerlah.
Kalaulah kita menjaga hati kita seperti wajah kita,oh Alangkah indahnya .
Percayalah jika hati cantik,semua akan menjadi cantik.

Bila ingin menjaga hati mesti mahu berubah.Bila sudah ada rasa ingin berubah,teruskan 
 dan jangan mengalah dan pastinya bertahan.Jannah yang tiba akhir nanti pasti indah.
Insha' Allah.

Hati yang bersih ialah hati yang selalu ingat kepada Allah.Hati yang ingin mencari keredhaan Allah.
Hati yang ingin mencari jalan keluar daripada masalah dan pastinya ingin meminta pertolongan kepada Allah,Tuhan semesta alam.:')

" Dan Apabila Hamba-hambaku bertanya kepadamu(Muhammad) tentangku,
maka Sesungguhnya Aku Dekat ".(al-Baqarah:186)

memang Allah sangat dekat dengan kita.sebab itu kita perlu ada sifat muraqabah yakni sifat yang sentiasa di awasi.Ingatlah,sesunggunya Allah  sentiasa menyaksikan hambanya dan para malaikat mengawasi kita.

Dan apabila hati ingin bersih,selalulah melakukan amal-amal soleh dan mengajak orang kepada Allah.bercakap tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.
Dalam sibuknya kita berbicara tentang Allah,jangan pula kita lupa untuk berbicara Dengan-Nya.
Kita percaya syurga sebab hidup ini tidak lama dan kita percaya kehidupan selepas ini.Kita banyak dosa,tahu mati,tahu neraka dan kenapa kita tidak memperbanyakkan amalan kita?
inilah soal HATI.

Tips Menjaga Hati : 
1- Banyakkan mengingati Allah sebab Dengan Mengingati Allah,Hati akan menjadi Tenang;) 
2- beristighfar kepada Allah.
3- Istiqamah dalam melakukan kebaikan dan amal soleh.
4- Berdoa sebab doa ialah perhubungan kita kepada Allah tapi kan adakalanya aku tidak tahu harus  
    berkata ketika berdoa.tetapi beruntunglah aku ,Dia Maha Mengetahui apa yang aku pendamkan.
    :')
5- Berhubung dengan Allah ialah perhubungan  yang terbaik kita ada.sebab kita yakin Allah 
    yang menjaga kita.Percayalah Allah dan segalanya akan sempurna.:")
6- Menjaga Aurat.jangan kita mudah terpengaruh dengan  fesyen sekarang dan jangan bimbang 
    kerana Allah tidak bertanya fesyen apa yang kita ikut di dunia ini tetapi yang pasti kita tutup 
    aurat atau tidak pasti dihisab.
    
    Mungkin dia jahil,mungkin dia tidak tahu yang halal dan haram,mungkin dia belum lengkap 
    ilmunya tentang islam atau mungkin dia takut melangkah arahnya tentang Islam tetapi tidak 
    seharusnya kita mengutuknya wahai insan,Walau sejahil dia sekalipun ,dia tidak mengumpat
    dan memfitnah kita,apakah kita sudah lengkap berjubah harus kita berbuat begitu padanya?

 Ingatlah kepada kematian kerana setiap yang datang semestinya akan pergi.
Barangsiapa kematian datang menjemputnya,
langit dan bumi takkan mampu melindungnya,
bumi Allah begitu luas terbentang,
namun seakan kecil sempit ketika ajal mendatang
biarkanlah hari-hari ingkar janji setiap saat 
kematian tidak mungkin dicegahnya dengan ubat.

Jagalah hatimu kerana hatimu beragama.=')






Jazakallahu Khairan Khatira:)

Monday, December 3, 2012

Luahan Hati 74 : Sunnah,Relevan ?


In The Name of Allah

Assalamualaikum,

Perbualan antara dua sahabat.
* berlaku di sepanjang jalan bertar baru. Masih berbau tar. Jalan baru katakan.
A: kau camne sekarang? Lama tak dengar khabar?
B: camnilah. Membuncitkan diri.

A: macam2lah kau ni. Hahaha. Emm. Aku dah lama tak tengok post kau kat fb. Dah delete fb k?
B: entahlah. Aku on je tapi tak update2 pun. Malas aku. Buang karen je. Kau je yang rajin update. Rajin kau. Bagus2.

A: takdelah rajin pun. Tapi aku ambil kesempatan untuk berdakwah dalam fb ni. Ni saham akhirat kita. Setiap perbuatan yang kita lakukan walaupun kecil akan di kira tau. So rugilah kalu tak ambil kesempatan yang ada kan?
B: betul3 (sambil buat muka comel upin ipin). Aku setuju sangat2 apa yang kau katakan tu.

A: dah kalu tau asal tak buat? Dulu kau banyak gak post hal2 agama dan dakwah. Tapi kenapa senyap je sekarang?
B: aku bukan tak nak. Tapi aku tak ada kekuatan. Tiap2 manusia Allah jadikan ada kelebihan dan kelemahan. Kelebihan kau, kau suka dakwah dan post2 agama tanpa rasa riak dan takabbur walaupun sikit. Kau selesa dengan cara tu. Baguslah. Tapi kelebihan kau tu adalah kelemahan aku. Aku tak boleh ada orang like dan suka status aku. Nanti ade sedikit perasaan riak dan takabbur dalam hati aku ni.

A: bro, semua orang macam tu. Tak boleh lari dari perasaan tu. Tapi alah bisa tegal biasa. Lama2 hilanglah perasaan tu.
B: betul. Tapi sebab aku tak ada kekuatanlah aku tak mampu buat.

A: aku faham. Ok macam ni. Cuba kau bayangkan. Dengan kehebatan sains dan teknologi yang begitu canggih ni. Apa kata kau create akaun fb baru tapi letak nama lain. Hamba Allah ke. Pemuda Islam ke.
B: kalu buat camtu, boleh hilang ke perasaan riak dan takabbur aku ni?

A: at least kau dakwah kan? Rugilah kalu tak gunakan teknologi yang serba canggih ni.
B: betul tu. Tapi apa yang aku tau. Tu memang kelemahan aku. Aku tak dapat nak atasinya.

A: cubalah. Takkan sebab tu kau nak tinggalkan dakwah? Sayanglah.
B: aku tak tinggalkan bro. Tapi aku gunakan cara dakwah yang lagi mendapat ganjaran yang tinggi.

A: ek? Kau tulis novel k?
B: ape ke bende kau ni. Aku nak tanya soalan simple kat kau. Apa cara Nabi dakwah? Dari zaman Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad?

A: emm. Apa yang aku tau. Pergi ke tiap2 rumahlah.
B: konsep sama tak ngan fb?

A: apa tak samanya. Lagi baguslah guna fb. Lagi cepat dan pantas. Hanya satu klik sahaja dah semua orang boleh baca. Tak yah bazirkan tenaga ketuk pintu.
B: jadi cara atau kaedah Nabi ni tak sesuailah pada zaman sekarang?

A: bukan tak sesuai. Tapi kitakan ada teknologi. Kenapa tak gunakan je. Membazirlah kalu camtu.
B: ok. Jadi cara ni adalah sunnah ke tak?

A: aku tak pastilah. Tapi tak wajib pun kena pi ketuk2 pintu ni. Kat fb pun boleh gak. Dapat pahala.
B: ok. Apa maksud sunnah yang kau faham?

A: yang aku faham la. Sunnah ni apa2 yang dilakukan oleh Nabi adalah sunnah dan mendapat pahala bagi yang laksanakannya.
B: jadi adakah sunnah cara dakwah dari rumah ke rumah pintu ke pintu?

A: sunnah kot. Tak pastilah.
B: pulak. Emm. So masih releven tak cara ni pada zaman sekarang?

A: aku rasa tak kot sebab tak sesuaila. Sekarang kan semua orang ade internet dan fb. Dakwah je dalam tu. Kalu rumah ke rumah ni. Makan masa dan tenaga la. Malu weh nak cakap2 depan orang ni.
B: emmm. Ok. Satu soalan lagi. Sugi sunnah ke tak?

A: sunnah tapi kan ke ada dalam hadis yang Nabi kata lebih kurang maksudnya. Kalu tak memberatkan umat ku. Akan ku wajibkan bersiwak sebelum solat. Tak semestinya bersugi kan? Berus gigi pun boleh. Lagi bagus kalu guna ubat gigi yang boleh menguatkan gigi tu.
B: nabi pun guna berus gigi k sugi?

A: sugila. Mana ada berus gigi masa tu.
B: jadi sugi ni sunnahlah?
A: sunnah kot tapi kan bagus guna ubat gigi yang di syorkan oleh doktor? Sesuai dengan masalah gigi kita.
B: hemm (sambil2 menggaru kepala yang tak gatal). Ok. Dari segi pakaian pula. Apa pakaian kesukaan Nabi? Yakni sunnah pakai?

A: mestilah jubah.
B: jadi masih releven ke jubah pada masa sekarang?

A: releven tapi kena pada tempatla. Takkan nak pakai jubah time pi meeting kot (sambil tersenyum kambing). Buat semayang oklah.
B: hemm(semakin rumit. Garu dan garu lagi). Ok. Last question. Apa sistem kerajaan yang Nabi gunakan? Yakni sunnah.

A: mestilah sistem khalifah. Sistem perbankan Islam. Sistem hudud. Banyak kot.
B: masih releven kah semua tu di zaman serba moden ni?

A: mestilah. Itulah titik tolak kepada pembangunan insaniah. Apabila sistem Islam terlaksana barulah aman damai dunia ni.
B: betul k releven? Aku cam tak yakin je?

A: kau biar betul. Yang ni lah kita kena dakwahkan. Kembali kepada Allah, kembali kepada sunnah. Hidupkan sistem Islam. Hudud.
B: aku tak percaya ianya releven sebab macammana orang tak percaya sunnah Nabi yang simple tu tak releven nak naikkan sunnah Nabi yang berat?

A: maksud kau?
B: sunnah yang kecil di tinggalkan tetapi ingin lakukan sunnah yang besar. Sedangkan sunnah yang kecil itulah baru bermulanya sunnah yang besar. Dalam sunnah ada kejayaan. Macammana nak capai kejayaan jika sunnah di anggap tak releven dan tak sesuai? Sunnah Nabi pun ada masa dan tempat pulak tu. Sepatutnya sunnah Nabi di dahulukan dari apa2 prkara baru. Sunnah nabi sesuai tak kira tempat, keadaan dan masa. Hatta planet namek pun pakai jubah tau(sambil teringat muka pikor yang warne hijau dan dende yang pakai jubah)

A: (masih lagi bingung)
B: (sambung lagi). Kita syok sendiri sebenarnya….

A: err. Maksud kau?
B: kita anggap apa kita lakukan merupakan cara yang paling berkesan untuk dakwah orang. Sedangkan Nabi sudah buatkan jalan kerja yang sempurna untuk dakwah. Tapi kita degil dan nak gunakan cara mengikut kepandaian sendiri. Cara kita takkan sempurna.
Tukar lagi ubah lagi sampailah rasa sesuai dan releven dengan semasa. Sedangkan cara Nabi, sunnah Nabi adalah yang paling sesuai tak kira dimana anda berada (macam iklan digilah plak).

A: ubah sampai sesuai? Tak faham.
B: cuba kau bayangkan. Sebelum adanya teknologi internet. Apa dakwah yang di lakukan?

A: mestilah melalui radio, surat khabar, sekolah2, madrasah2.
B: jika sampai saat internet sudah tiada dan bekalan letrik sudah habis. Apa cara dakwah yang paling sesuai?

A: rumah ke rumahla. Yang tu je boleh buat
B: itulah yang aku ingin katakan. Orang akan cari dan cari dakwah yang paling sesuai dengan dirinya. Sedangkan Nabi telah ajar caranya. Buat ape susah2 cari kaedah lain. Kalau cara Nabi tak releven buat masa moden ni. Nabi takkan tunjuk cara dakwah ni. Tapi kerana ianya melampaui zaman. Nabi ajarkan satu2.

A: so maksud kau. Berdosakah kalu aku tak guna cara Nabi ni?
B: bukan berdosa tapi rugi yang amat kerana suatu masa nanti, kau akan ubah cara dakwah kau mengikut keselesaian kau. Bukan mengikut cara sunnah lakukan. Dalam sunnah ada kejayaan percayalah.

A: (telan air liur)
B: dakwah cara moden. Tinggalkan kopiah tinggalkan jubah tinggalkan pakaian2 nabi tinggalkan cara sunnah2 nabi semata2 untuk berdakwah. Aku rase macam perli sunnah pun ada. Dan declare. Saya tak pakai kopiah sebab nak mudah dakwah orang. Kalu pakai kopiah nanti orang lari. Nafsu2. Gunakan nafsu fikiran untuk melawan sunnah. Tah ape2.

A: (telan air liur lagi. Gurlp)
B: untuk dunia sanggup bercakap lama2, tapi akhirat. Tak leh lama2, panas katanya.
Untuk dunia sanggup tinggalkan isteri 3 hari, 40 hari, 4 bulan. Tapi untuk akhirat tak sanggup tinggalkan isteri untuk 2,3 hari, 39,40 hari, 3,4 bulan.
Untuk dunia sanggup bazirkan wang ke jalan yang tak de faedah. Tapi untuk akhirat tak sanggup masuk tabung masjid walaupun seringgit seminggu di waktu tabung sedang digerakkan ketika khutbah sedang di baca.
Untuk dunia sanggup tinggalkan sunnah semata2 untuk akhirat. TAPI UNTUK AKHIRAT SANGGUP TINGGALKAN SUNNAH SEMATA2 UNTUK DUNIA.Wa'allahu'alam.:')


Jazakallahu Khairan Khatira:)

Wednesday, November 21, 2012

Luahan Hati 73 : Berlari Pulang kepada Allah:)



In The Name of Allah.

Assalamualaikum.

Allah Azza Wajalla telah berfirman : "Sesungguhnya orang-orang beriman itu hanyalah mereka yang yang apabila disebut nama Allah , gementarlah hati mereka ; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya ,bertambahlah iman mereka(keranaNya).Kepada Tuhanlah mereka bertawakal.(al-Anfal:2)

Orang mukmin merupakan orang yang sentiasa taqwa dan taat kepada Allah SWT dan tidak mendustakanNya.Menurut Syed Qutb ,ayat ini mengisahkan getaran perasaan seseorang mukmin apabila disebut Nama Allah dalam sesuatu perintah atau larangan.ia merasa tutup dengan keagunganNya,meluap rasa takutnya kepadaNya dan terbayang olehnya kekuasaan Allah dan keagunganNya.=')

Orang yang dekat denganNya mesti selalu berdoa.Doa penting dalam kehidupan.,Banyak kesusahan yang kita tempuhi dengan doa  dan kita dapat menempuhnya.Berdoalah kita dengan rendah diri dan tawaddu' kepada Allah,bukan bersyair ataupun bernasyid.dan paling penting kita berdoa supaya Allah memberikan hidayah untuk kita.Hidayah milik Allah sebab itu kita kena mintak,macam syurga Firdaus.Syurga Firdaus milik Allah,kita pun kena minta.Memang kita tak layak untuk syurga Firdaus ttapi Nabi SAW suruh kita minta.dengan rahmat Allah kita boleh masuk Syurga.Moga Allah redha:)

Ya Allah,
Jika aku berlaku dosa ampunilah aku,
dan masukkanlah aku kesyurga FirdausMu,

Jika aku beramal dengan kurang ikhlas
Ampunilah aku serta masukkan aku kedalam SyurgaMu.

Jika Aku beramal untuk mengejar pahalaMu,
maka terimalah aku serta masukkan aku kedalam Syurga Firdaus.

Jika aku terlalu banyak buat dosa,
Ampunilah daku dan masukkan aku kedalam Syurga Firdaus.

Ya Allah,
Engkau berilah pertolongan kepada HambaMu di Palestin 
yang sedang tenat itu.
Hancurkanlah Zionis Laknatullah yang kejam itu.

Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Allahumma Ameen.:')



Jazakallahu Khairan Khatira:)

Tuesday, November 20, 2012

Luahan Hati 72 : Palestin, aku Datang :')



Assalamualaikum,

In the name of Allah.

Alhamdulillah,setelah beberapa bulan tidak meng'update' blog ni rasa macam tak biase pulak taip-menaip ni.
Sedih aku rasa bila Palestin diserang bertubi-tubi.mereka ini tidak ada hati perut ke?tak ada belas kasihan ke?

UNTUK ISRAEL :

Jangan kau merasa bangga dengan adanya bom ditangan,senjata yang lengkap,tentera yang kuat , engkau boleh mengalahkan Gaza dan menawannya.Engkau perlu ingat bahawa Gaza bukan keseorangan tetapi dia mempunyai Allah,tuhan sekalian Alam.Walaupun Jurucakap Tentera zionis telah menegaskan bahawa Gaza tidak akan tenang dan aman tetapi Allah menegaskan bahwa jika Dia menolong sesuatu,tiada siapa dapat mengalahkannya.(3:160).Sampai bila engkau mahu menyerang Gaza? ingat,bila-bila masa sahaja engkau dapat dikalahkan oleh Islam.engkau boleh bunuh Gaza,tetapi engkau tidak boleh bunuh Islam.Suatu hari nanti,InsyaAllah engkau, Israel akan dikalahkan oleh Islam jua.Tunggulah saatnya!!!

UNTUK GAZA/PALESTIN :

Bersabarlah Wahai Saudaraku yang mulia,engkau adalah manusia yang dipilih oleh Allah untuk syahid di jalanNya.Bersabarlah,bukankah Allah telah memberikan kekuatan untuk engkau mengharungi perjuangan ini.Allah juga tidak mengujimu melainkan kesanggupanmu.maknanya Allah tahu engkau boleh menempuhnya.jadi teruskan perjuanganmu.Kami disini sentiasa berdoa kepada Rabbul Izzati agar engkau dapat bertahan dan engkau akan dibantu oleh tentera islam lain.Kerana engkau,Gaza milik Islam dan kami juga islam.jadi kami akan membantu mempertahankanmu dengan doa.Palestin,InsyaAllah engkau akan bebas jua.Tunggulah penghujungnya,! :')

P/S : kita sebgai umat islam perlulah mendoakan perjuangan saudara kita dan kita perlu membantu mereka dengan harta atau apa sahaja demi meringankan bebannya.Berkobanlah hartamu demi Islam yang tercinta.=')



Jazakallahu Khairan Khatira:)

Sunday, July 29, 2012

Luahan Hati 71 : Berbaiklah sangka pada Allah.=)


Assalamualaikum.

In The Name of Allah.

Dan bila kita menyayangi sesorang ,
apapun yang dia lakukan,
terkadang tak akan mengubah rasa sayang kita.

Dan bila kita menyayangi seseorang,
apapun perlakuannya yang melukakan,
masih tak mengurangkan rasa sayang kita.

kita pujuk hati,
"Mungkin dia ada sebabnya sendiri ,melakukan ini padaku"

itulah kita,
bila menyayangi seseorang manusia ,
kita akan berbaik sangka padanya.

Namun,
muhasabalah kembali,
bila yang 'menyakiti' itu adalah takdir dari illahi,
mengapa mudahnya kita berprasangka?
bila yang menguji itu adalah Rabbi,
mengapa mudahnya kita berpaling dan berburuk sangka?

Adakah kita lupa.
Siapa yang lebih besar kasih sayangnya pada kita?
Manusia atau Dia?

Adakah kita lupa ,
siapa yang lebih patut kita percaya?
Manusia atau Dia?

Wahai Hamba illahi,
Percayakanlah Allah lebih dari segalanya,
kerana Allah lah tempat kita mengadu selama ini,
Jika dengan manusia boleh berbaik sangka,dengan Allah mesti boleh jugak kan?

Wahai Hamba yang Diredhai,
sesungguhnya setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersendiri,
setiap kesedihan,kesusahan yang kita alami walaupun penderitaan
adalah ujian dari Allah.
Hadapilah dengan redha dan tenang.
Sesungguhnya Allah bersamamu.

Walaupun engkau miskin,
walaupun engkau melarat,
jika Allah nak berikan kebahagiaan kepadamu,
Dia tidak akan dapat dihalang oleh apa-apa tangan sekalipun.

Walaupun mereka kaya,
Walaupun mereka berupa,
Jika Allah nak halang kebahagiaan kepada mereka,
Dia tidak akan dapat dihulur oleh sesiapa sekalipun.

Bahagialah diri dengan cinta illahi,
kepada siapa patut kita berharap?
Cukuplah Allah bagi kami.=')




Jazakallahu Khairan Khatira:)

Saturday, July 21, 2012

Luahan Hati 70 : Welcome Ramadhan~

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Kareem.Have blessed in this month.
Recharge our imaan.May Allah blees=')

*Puasa,jangan tak puasa tau:)


Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, July 13, 2012

Luahan Hati 69 : Ujian Keimanan.=')

In The Name of Allah

Assalamualaikum.

SubhanaAllah!
Sungguh indah kuasa dan takdir ilahi..
Dia biarkan kamu kesedihan,kesusahan kerana
Dia Sayangkan kamu....

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ;
"Kami telah beriman ", sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang -orang sebelum mereka...."
( al-Ankabut:2-3)

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN?

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu,dan boleh pula kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu,Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. "
(al-Baqarah:216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

" Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai kesanggupannya. "
(al-Baqarah:286)

RASA KECEWA?

" Janganlah kamu Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati,padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman. "
(al-Imran:139)

RASA SEDIH?

" ....Janganlah sedih!Sesungguhnya Allah bersama kita. "
(al-Taubah:40)

BAGAIMANA AKU MENGHADAPINYA?

" Dan mintalah pertolongan ( Kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan mengerjakan sembahyang ; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali orang-orang yang khusyuk."
(al-Baqarah:45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mu'min diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..."
(al-Taubah:111)

KEPADA SIAPA HARUS AKU BERHARAP?

" Cukuplah Allah bagiku,tidak ada tuhan selain dari-Nya.
Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. "
(al-Taubah:129)

AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI?

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir. "
(Yusuf: 12)


"if Allah is your friends,who dares to be your enemy?" =')



Jazakallahu Khairan Khatira:)

Luahan Hati 68 : Deen Over Dunya


In The Name of Allah

Welcome to the Dunya,
where things are not always what they seem
And your reality is more just like really long dream ,
More like a traveller
stopping for shade under a tree,
More like a commercial break and you are already
forgot what you watching ,
silly rabbit,every soul shall have
its taste of Death And to Allah you will be brought right back.:)

i get overjoyed when i see people around me changing,change
unconditionally into this beautiful Deen and i feel so proud of those took that step,
that one step that everybody fears.
dont get me wrong,im not far off and new at this too.
but to see that you have joined the crew,
how can i not be happy too?:D
i hope that Allah constantly give us the will and the Hidayah
to be a better person to his Deen.
May Allah gives His Hidayah to our friends who are still searching
for contentment and answer to his life..
Allahumma Ameen..:)

Ya Allah! i leave everythings up to you.While im know what i want,
only You know what i need .
You know whats the best for me and i trust that.
So Ya Allah , I ask you to grant me whats best for me and keep away
that which will not benefits to me.=')




Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, June 22, 2012

Luahan Hati 67 : Mencari Sakinah!:)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib di sini..
Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan..

Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya,
selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta,kekayaan
Walaupun itu boleh jadi penyumbang tetapi itu bukan segala-galanya.
Betapa ramai orang berada di dalam rumah yang besar,tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak atau lenanya tidak nyenyak bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita.
Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat,lauk pauk yang lazat,tetapi lidahnya tidak enak.
Lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang satu dua mata lauk tetapi lebih enak dan sedap makannya.
Kata Hamka : Lihatlah Bagaimana Allah membahagikan nikmat-nikmatnya.
Semua orang sangka kalau itu ada rumah yang besar dan hidangan yang sedap tentu hidupnya bahagia dan tenang.
Belum Tentu!

Tiada Siapa mampu menghalang ketetapan Allah SWT..

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang,
Dia tidak akan dapat ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun.
Jika Allah menghalang kebahgiaan kepada seseorang,
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.
Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata ,dunia boleh berbuat apa-apa tetapi mereka tidak boleh mencabar kekuasaan Allah.
Jika Allah aturkan untuk kita apa orang sangka tewas,kita akan melihat kemenangan di sisi Allah.
Apa yang orang rasa rugi,Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak sangka tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan.

Apabila kita asyik mengeluh ditimpa musibah..

Tengoklah dunia ini,
kadang-kadang,manusia hilang sesuatu benda dalam dunia ini,macam dia hilang segala-galanya.
berapa banyak dalam kehidupan kita melalui keperitan hidup?Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya,
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik.
Ketika kita ditimpa musibah tertentu,Kita kata " Habislah aku kali ini " Tapi usia kita telah berjalan. Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidupan ini.
Ketika kita kata " Ya Allah,tolonglah aku,aku susah ya Allah " .
Harini kitapun telah lupa akan perkataan itu dan kitapun lupa kadang-kadang untuk bersyukur di atas ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya.
"Ya Allah aku serahkan urusanku padaMu"

Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat..

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat,
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil,kehidupan ini sangat luas.
-Allah bawa pada hari akhirat ,manusia yang paling derita dalam hidup ini,Allah ambil.Allah masukkan dia ke dalam syurga kemudian dia dikeluarkan lalu ditanya " Wahai fulan,Adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?" Dia kata " Aku tidak pernah derita dalam hidup "
Hanya kerana masuk sekelip mata dalam syurga,dia lupa segala cerita derita.
-Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini.Allah masukkan dia secelup sahaja dalam neraka.lalu dikeluarkan dia. Allah kata "pernahkah kau rasa nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata " Tak! Aku tidak pernah rasa nikmat dalam dunia ini ".
Hanya dengan satu celupan sahaja kedalam neraka,manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya.

Masihkan kita teringat akan nikmat Allah berikan selama ini?

Kita selalu bersyukur kalau kita diberi benda baru dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita suatu nikmat yang besar.
Kata Hamka,"Yang ada ini sudah harapan kita ".tetapi insan bukan salah untuk mengharapkan yang belum ada tetapi kita ingat jangan lupa yang telah ada.
" Ya Allah apa sahaja yang aku alami,daripada nikmatMu daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu,tidak ada sesiapa yang ada melainkan Engkau Wahai tuhan.Bagi Engkaulah pujian,Bagi Engkaulah kesyukuran." SubhanAllah.=')
Apa yang Allah kurnia pada kita lebih dari harapan kita sebenarnya.MasyaAllah:)

" Janganlah bersedih,Sesungguhnya Allah bersama kita"

Jazakallahu Khairan Khatira:)

Luahan Hati 66 : Oh,Untungnya kamu.:)


In The Name of Allah.

Assalamualaikum dan salam ukhwah~

Beruntungnya jika seorang perempuan itu
dinikahi oleh seorang lelaki kerana
lelaki itu ingin mendidiknya
dan membimbingnya ke jalan yang
diredhai oleh Allah SWT.

Dia tidak menikahi kerana
ingin menakluki,
dia sedar,
bahawa sebenarnya,
bukan dia memiliki,
tetapi hanya meminjam pinjaman ilahi.

Dia tidak menikahi kerana
ingin menguasai,
kerana dia sedar,
dia akan memikul tanggungjawab besar
sebagai seorang suami.

Dinikahi kamu bukan
semata-mata berbekal cinta,
bahkan bermatlamat untuk memperbaiki
agama.
beruntunglah kamu ,
Wahai Wanita yang dimuliakan.

Moga Allah redha.=)

Concern for the world is a darkness for the heart,
and concern for the Hereafter is a light for it.:')

Jazakallahu Khairan Khatira:)

Sunday, June 17, 2012

Luahan Hati 65 : Wahai Akhi dan Ukhti.

In The Name of Allah.

Assalamualaikum .

Do things for others with the intention of pleasing Allah SWT.
He will be happy with you and so will they.

Ya Allah....
Demi nyawaku yang dalam genggam-Mu,
aku bersaksi tiada tuhan selain Allah,
dan Muhammad SAW adalah Nabi seluruh umat

Ya Ghaffar....
menitis titik peluhku,
dalam setiap langkah melawan nafsu,
terhening aku...
melihat dunia di zaman sekarang ya Rabb,
aku terpegun penuh haru dan duka
kerana budaya barat telah mendominasikan kaum muslimin.

Wahai akhi,
engkau telah mengaku bahawa engkau telah beriman denganNya,
tetapi mengapa engkau selalu memungkiriNya?
sedarkah engkau
bahawa hari jumaat adalah hari yang begitu mulia namun mengapa engkau
selalu melewatkan jumaatmu.

Duhai ukhti,
engkau mengaku islam,
namun sudah engkau mematuhi syar'i islam
aurat kau pertontonkan,
rambut kau uraikan
bajumu ketat sehingga nampak tubuhmu yang mempersona,
berlenggang lenggok ke sana sini,
sungguh dimanakah hijab dan malumu,
atau mungkin engkau malah bangga?

Astaghfirullah..
masihkah kita mengaku islam?
Ingatlah semua akan di minta pertanggung jawapannya..

We are under attack psychologically.stop dreaming of going to war
without even understanding the true meaning of "jihad"
Salam ukhwah~ =')


Jazakallahu Khairan Khatira:)

Saturday, June 9, 2012

Luahan Hati 64 : Return This Heart For You,Ya Rabb.=')

In The Name of Allah.

Assalamualaikum and salam ukhwah~

It's normal for us to get sidetracked ,we are human after all.But what's really important is for us to realize the fact that our iman is getting lower or our sensitivity towards sins is reducing
or the fact that we feel like we are the distant of Allah.
And when we feel like this ,it's very crucial for us to act on it immediately.
Return to Allah!The mujahadah won't stop as long as
we're still breathing.

Oh Allah,Im Think my heart is far away from You,
My life is distant from You,
My iman is bit and getting lower ,
And i need a hidayah from you.

Oh Allah,my life also do a wrong path,
i need a friends who always reminds me about You,
Who always invite me to majlis ilmu,dhikir and tazkirah.
Oh Allah,Show me the right path of my life.

My Lord,You blessed me with Islam and i did not ask You for it.
My Lord,blessed me with Jannatul Firdaus and im asking for You to it.:')

"Whoever wants to know how much he loves Allah let me see him;
When he is given choices between two matter,one that Allah loves
and one that he loves,let him see which one he chooses."
p/s: im think this is my last entry before i'm back to my love hostel.haha:D


Jazakallahu Khairan Khatira:)