Saturday, April 28, 2012

Luahan Hati 49 : Jika Semuanya semudah itu..




YA ALLAH YA ILAHI
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin ya Rabbal'alamin


The Name of Allah.

Assalamualaikum..:) 

Jika semua yang kita kehendaki terus dapat kita miliki,
dari mana kita dapat tahu erti keikhlasan.

Jika semua yang kita termimpi menjadi nyata,
dari mana dapat kita belajar erti kesabaran.

Jika doa yang dipanjat terus dikabulkan,
bagaimana kita dapat belajar,berusaha dan berikhtiar.

Jika setiap detik ini terisi dengan kebahagian,
bagaimana dapat kita bertaqarrub,mengenal lebih dekat kuasa tuhan.

Yakinlah,setiap ketentuanNya adalah yang terbaik,
daripada pelajaran keikhlasan,taqarrub,ikhtiar,kesabaran kepada Allah itulah yang mengajar kita erti kehidupan.

Apa erti hidup ini,dari mana kita datang,tujuan kita didatangkan serta di mana kita dikembalikan..

Jangan sesekali berputus asa kerana Allah itu sentiasa dekat dengan kita..

Kerana Allah Lebih Mengetahui apa yang terlafaz,tersimpan dan dirahsiakan.
Wa'allahu a'lam.=D

Jazakallahu Khairan Khatira:)

No comments:

Post a Comment