Sunday, April 1, 2012

Luahan Hati 43 : Kamu yang "TERTINGGAL" di hatiku.=D



The Name of Allah,
Assalamualaikum ukhti wa akhi sekalian,
Syukran atas anugerahNya,kita dapat hidup udaranya yang segar,dengan atas nikmat hidup kita dapat menikmati nikmat Iman dan Islam seterusnya memperjuangkan syariat islam dan menegakkan Kalimah Thaiyyibah diatas muka bumi ini.InsyaAllah.:)
Cinta?
Tahukah wahai kamu yang tertinggal di hatiku? Hatiku sakit sewaktu berbicara bahawa tiada aku dalam kamus cintamu. Sememangnya sakit, sakit yang terasa begitu perit. Namun 1000 kali rasa itu lebih baik di saat aku mengerti bahawa senyum mu adalah sesuatu yang bererti bagiku dan aku mengerti bahawa aku harus mengalah.

Wahai kamu yang telah tinggal di hatiku, aku hanya mampu bermohon kepada Tuhan mu, Tuhan ku dan Tuhan semua manusia, kesudahan yang terbaik terhadap kisah kita. Ku pinta kepadaNya agar iman yang tipis ini mampu bertahan dan meminta kepadaNya agar tetap menetapkan malu ini pada tempatnya. Biarlah aku simpan dalam hati sambil berdoa semoga engkau yang Allah pilihkan sebagai Bidadariku kelak. InsyaAllah!

Sukar untuk mencari diri mu kerana diri mu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tapi, aku pasti jika nama mu yang tertulis di Luh Mahfuz untuk diri ku, nescaya rasa cinta itu akan Allah terbitkan dari dalam diri kita.

Tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri. :)

Aku ingin ke syurga bersama mu. Jika benar cinta kerana Allah, mestilah bercinta & sayang sampai syurga kan?

Since Jannah is a place no eye has ever seen, I make dua to Allah to reserve it for you ♥
Jazakallahu Khairan Khatira:)

No comments:

Post a Comment