Friday, April 27, 2012

Luahan Hati 48 : Cinta Rabbul Izzati. :)




YA ALLAH YA ILAHI
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin ya Rabbal'alamin

The Name of Allah
Assalamualaikum..:D

CINTA..
karya indah Sang Pencipta..
Dimulakan di Syurga..
Dirasukkan dalam jiwa Adam dan Hawa..
Lalu dianak-pinakkan ke setiap jiwa..
Dengan kadar yang berbeza..
Cinta sebenarnya tidak buta..
Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan..
Yang buta adalah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan..
Menyintai atau dicintai itu adalah lumrah sifat kejadian manusia..
Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri..
Pilihan adalah terpulang kepada kita..
Jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati..
Dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan..
Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya..
Sebab keelokan paras dapat menyesatkan..
Jangan pula tertarik kepada kekayaannya..
Kerana kekayaan dapat musnah..
Tapi tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum..
Kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi ceria! :)

Tolong sampaikan kepada si dia,


kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
-Allah Maha Mengetahui-

Ya Allah, kurniakanlah kami seorang pasangan yang solehah…
yang menjaga dirinya…
yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya…
yang senantiasa memperbaiki dirinya…
yang senantiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah…
yang baik akhlaknya…
yang menerima kami apa adanya…
yang akan membawa kami menuju Jannah Mu Ya Rabb…
Amin ya Rabbal'alamin..=D

"Cinta sejati hanyalah pada Rabbul Izzati. Cinta yang takkan bertepuk sebelah tangan. Namun Allah tidak egois mendominasi cinta hamba-Nya. Dia berikan kita cinta kepada anak, istri, suami, orang tua, kaum muslimin"





Jazakallahu Khairan Khatira:)

No comments:

Post a Comment