Friday, April 13, 2012

Luahan Hati 46 : Sahabat Sejati..=')



Ya Allah,jadikanlah aku selembut Saidina Abu Bakar As-Sidiq,
Sebijaksana Saidina Umar Al-Khattab,
Sedermawan Saidina Uthman bin A'fan,
Semulia Saidina Ali Karamullahu Wajhah,
Dan Setabah Saidina Bilal bin Rabah dan Sumaiyah binti Yasir.:)

The Name Of Allah.

Assalamualaikum =)

Sahabat yang baik:

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.:)

Mencari sahabat pada waktu susah:

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.
Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.:(


Sukarnya mencari sahabat sejati:

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.=='

Sahabat sejati pada waktu susah:

Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.

Aku kini ingin menyanyangi sahabat-sahabatku seperti aku menyayangi diriku sendiri...insyaAllah...
Apa yg berlaku baru-baru ini telah mengajar aku erti "SAHABAT SEJATI"
Aku terkilan dan kecewa dengan sikap kalian...
Mungkin aku yg bersalah tapi tak perlulah aku dilayan sebegitu rupa, manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan...Moga apa yg berlaku dijadikan pengajaran...
No matter what kalian semua tetap sahabat aku...uhibbuka :)

Ya Allah berilah pertolongan kepada hamba untuk selalu mengingatiMu, mensyukuriMu dan beribadah dengan baik kepadaMu, Ya Allah bisikkan selalu di hatiku BAHAWA SESUNGGUHNYA ENGKAULAH CINTA AGUNGKU... ='D
Jazakallahu Khairan Khatira:)

No comments:

Post a Comment