Thursday, August 21, 2014

85 : Ada Apa Selepas Ramadhan ? :')


السلام عليكم ورحمت الله وبركته

Setelah berakhirnya bulan tarbiyah,madrasah yang banyak mendidik kita supaya banyak beribadat dengan menjanjikan pahala yang berganda.kini diraikan dengan hari kemenangan umat islam yang dikenali sebagai 
'Hari Raya Eidulfitrti'.

Sungguh banyak amalan kebaikan yang kita lakukan pada bulan Ramadhan , namun apakah kebaikan yang kita lakukan itu terus berkekalan sehingga kini.adakah kita lakukan itu untuk mendapat ganjaran daripada Allah,sekadar ajakan ataupun menarik perhatian kepada manusia?

Telah bersabda Nabi Muhammad Sallahu'alaihi wasallam ':

:عَنْ أَبِي عَمْرو، وَقِيْلَ : أَبِي عَمْرَةَ سُفْيَانُ بْنِ عَبْدِ اللهِ الثَّقَفِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ :يَا رَسُوْلَ اللهِ قُلْ لِي فِي اْلإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَداً غَيْرَكَ . قَالَ : قُلْ آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ[رواه مسلم]
Maksudnya ': Abu Amr,Sufyan bin Abdillah berkata kepada Rasulullah '" Wahai Rasulullah,katakan kepadaku perkataan tentang islam yang tidak aku tanya selain kau !" Beliau bersabda ,' katakanlah 'Amantu billah(Aku beriman kepada Allah),kemudian istiqamahlah".Hadith ini diriwayatkan oleh al Imam Muslim di dalam Sahihnya.
Antara tanda kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-hambaNya adalah Dia tidak mewujudkan sebarang halangan untuk insan memohon ampun atau kembali kepadaNya.Insan diperintahkan berhubung secara 'langsung' tanpa ada halangan dalam hubungan yang suci itu.Tiada sebarang perantaraan antara Allah Azza Wa jalla dengan hamba-hambaNya.

Islam menolak segala unsur keberhalaan yang menjadikan makhluk itu sebagai tuhan jelmaan menggantikan tuhan yang abadi.Islam menganggap perbuatan mengampunkan dosa dan memperkenankan doa dari makhluk adalah syirik.Tidak kira sama ada makhluk itu wali mahupun nabi.

Seorang muslim tidak diizinkan pergi ke kubur dan minta pertolongan (Istighasah) mahupun meminta menyembuhkan penyakit apatah lagi mohon ditenteramkan jiwa daripada makhluk,wali ataupun nabi.

Perbuatan itu adalah syirik yang besar dan boleh jatuh kafir apabila dia beriqtikad kerana perbuatan serupa itu adalah menduakan Allah serta menganggap ada kuasa lain yang lebih hebat daripada Allah.
Seorang mukmin hanya meminta pertolongan daripada Allah.
Firman Allah Azza Wajalla ( maksudnya ) :

Allah jua yang memasukkan malam kepada siang dan memasukkan siang kepada malam (silih berganti), dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagi-Nyalah kuasa pemerintahan; sedangkan mereka yang kamu sembah selain Allah itu tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memperkenankan pemohonan kamu; dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. Dan (ingatlah) tiada yang dapat memberi tahu kepadamu (Wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha mendalam pengetahuan-Nya (surah Fatir: 13-14).

Firman Allah ( mafhumnya ) :

Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (untuk dihitung amalan pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka (surah al- Ahqaf: 5-6).
Maka perbuatan memohon pertolongan selain Allah, sama ada menyeru berhala secara terang-terangan atau memanggil dan memuja nama para wali seperti Imam Abdullah Ahmad Badawi mahupun as Syeikh Abdul Qadir al Jailani atau wali 'songo' atau apa-apapun termasuk perbuatan syirik dan diharamkan oleh nas-nas al Quran serta as Sunnah.

Setelah Allah menceritakan perihal bulan Ramadhan serta kewajiban berpuasa , Allah terus menyebut kemustajaban doa.ia menunjukkan ada kaitan yang kukuh antara puasa Ramadan dan janji Allah untuk memustajabkan doa hamba-hambaNya.Allah berfirman ( mafhumnya ) :

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk (surah al-Baqarah: 186).



Demikian, Allah itu sentiasa hampir dengan kita,mendengar dan memperkenankan doa kita.Sesiapapun boleh sampai kepadaNya.Tiada 'bodyguard' mahupun orang tengah yang menghalang seseorang insan untuk bertindih dan merayu kepada RabbNya.Sesiapapun hamba itu,tidak kira dari bangsa mana,latar belakangnya,apapun bahasa doanya.Apapun sejarah buruk baiknya.Allah tetap sudi mendengar lalu memustajabkan doa mereka menurut cara yang dikehendakiNya.Bertambah hajat dan permohonan seorang hamba, makin dekat dan bertambah kasih sayang Allah kepadanya.

Amat berbeza dengan tabiat makhluk yang lemah ini.Walau bagaimana pun baik seseorang itu dengan kita , namun jika kita terlalu meminta,perasaan jemu dan bosan akan timbul dalam jiwanya.Doa sentiasa diterima oleh Allah.Namun,jika doa tidak diterima, mungkin ada beberapa faktor yang mengganggu.Mungkin ada permohonan itu tidak membawa kebaikan kepadanya lalu Allah tidak memustajabkan.Allah Maha Mengetahui. Seperti hasrat kita ingin mengahwini seseorang itu,lalu kita berdoa agar Allah menjadikan dia pasangan kita.Allah tidak memustajabkan mungkin kerana orang yang kita suka itu tidak sesuai dan boleh membawa mudarat serta kekusutan kepada kita.Allah yang Maha Adil menggantikan pasangan yang lebih baik dan membawa manfaat kepada kita,lalu kita bahagia.Segalanya Mungkin.

Namun doa tidak sia-sia.Pahala tetap diberikan,kebaikan yang lain pula diganti di dunia dan akhirat.
Telah bersabda Nabi Muhammad maksudnya :

Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada disegerakan kemakbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepandan dengannya. (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya‘la dengan sanad yang sahih). 
Maka,ada doa kita kepada Allah diterima olehNya di dunia. Ada yang tidak diberi disebabkan hikmat yang Allah lebih mengetahuinya,lalu disimpan doa iti disisiNya untuk diberi pada hari akhirat yang lebih baik dan lebih utama untuk kita.Ataupun doa itu ditukarkan dengan kebaikan-kebaikan yang lain seperti diselamatkan kita dari pelbagai rintangan dan bahaya yang sebahagian besarnya tidak pernah diduga.

Dalam hadith,kita diajar berdoa ketika sujud dan selepas membaca tasyahhud sebelum memberi salam. Disitulah antara waktu yang mustajabnya doa.sabda Nabi ( mafhumnya ) :

Paling dekat hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud. (Riwayat Muslim).

Nabi memberitahu mustajabnya doa selepas tasyahhud sebelum memberi salam dalam solat:

Berdoalah pasti mustajab, mintalah pasti akan diberikan. (Riwayat al-Nasai, sanadnya sahih).

Bukan bererti kita tengok orang tidak mengangkat tangan berdoa kuat-kuat berjemaah selepas solat itu tidak berdoa.kita yang seringkali salah faham dan mungkin orang itulah yang sering memperbanyak doa di dalam solatnya melebihi kita.Jika seseorang berdoa selepas memberi salam,tentulah dalam banyak hal.hajat imam dan makmum pasti tidak sama.so,jangan marah jika kita lihat orang berdoa bersendirian.

Nasihatilah mereka orang yang berdoa tanpa mengetahui maksudnya serta orang yang mengaminkan doa tanpa mengerti isinya.Lebih menyedihkan,kadangkala doa dibaca dengan nada dan irama yang tidak menggambarkan seseorang hamba yang merintih memohon kepada Allah.Sebahagian nada itu,jika bercakap dengan kita pasti kita pertikaikannya.Layakkah nada seperti itu sebagai doa kepada Allah yang Maha Agung?

Benarlah sabda Rasulullah yang bermaksud :

Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa. (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

Pelajarilah nas-nas agama tentang doa mahupun ibadat yang lainnya menurut al Quran dan as Sunnah yang sahih.ianya amat penting bagi kehidupan kita didunia dan diakhirat.
Wallahu' Muwafiq.




Jazakallahu Khairan Khatira:)

No comments:

Post a Comment