Sunday, June 22, 2014

84 : Ramadhan,Al-Quran dan Kita.


                                                                السلام عليكم ؤرحمت الله وبركته

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah,
Selepas berlalu Rajab,sekarang bulan Sya'ban dan inshaa Allah akan ke bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan.

Tidak terhitung masa dan waktu,tidak terkira hari yang berlalu dan tidak menyangka Ramadhan yang selama ini dinanti akan menghampiri.Bertapaku syukuri sungguh dengan kenikmatanmu yang masih memberikan aku hidup walaupun aku berasa betapa banyak aku melakukan kemaksiatan dan daku berharap taubatku yang terus akan diterima oleh-Mu.

Ramadhan dan al Quran satu ikatan yang tersimpul mati.Apabila Disebut ramadhan,disamping kita berpuasa,kita akan teringat suatu peristiwa yang cukup besar bagi sejarah umat islam iaitu Nuzul al Quran.Bulan Ramadhan bulan yang mana diturunkan al Quran.Penurunan al Quran itu dua peringkat; pertama,dari Luh Mahfuz ke Baitul 'Izzah(Langit Kedua).Dan yang kedua dari langit dunia terus kepada Nabi kita Muhammad Sallahu 'alahi wasallam secara berperingkat-peringkat dalam tempoh sejak Nabi Muhammad ditabal menjadi rasul sehingga baginda wafat iaitu 23 tahun.

Para sarjana tidak berbeza pendapat bahawa al-Quran turun (Nuzul al-Quran) dalam bulan Ramadan. Ini kerana Allah sendiri yang menjelaskan bahawa al-Quran itu turun dalam bulan Ramadan. Firman Allah: (maksudnya)
“Bulan Ramadan yang Kami turunkan dalamnya al-Quran yang menjadi pertunjuk untuk manusia” (Surah al-Baqarah, 185).
Namun begitu sarjana berbeza pendapat tentang berapa haribulankah Ramadan penurunan itu berlaku? Ada yang berpendapat ia diturunkan pada 21hb Ramadan. Pendapat ini dipegang oleh beberapa orang ulama, antaranya tokoh Sirah yang terkenal al-Syeikh Safiyy ar-Rahman al-Mubarakfuri seperti yang beliau sebut dalam karyanya Rahiq al-Makhtum. Ada juga yang berpendapat 24hb Ramadan kerana bersandarkan hadis riwayat al-Imam Ahmad yang menyebut: “…Allah turunkan al-Quran pada 24hb Ramadan”. Hadis ini disahihkan oleh sebahagian ulama, dihasankan oleh sebahagian yang lain. Terdapat juga sarjana yang mendaifkannya disebabkan kritikan terhadap salah seorang rawi iaitu Imran bin al-Qattan. Namun ada riwayat lain daripada Ibn ‘Abbas yang boleh menyokong riwayat ini. Di sana ada lain-lain pendapat tentang haribulan Nuzul al-Quran ini.

Penghayatan.
Lebih penting dari itu semua, kita hendaklah menghayati tujuan al-Quran itu diturunkan kepada manusia. Ia bukan sebuah kitab sekadar untuk dibaca dan diperlagukan tanpa memahami tujuan ia diturunkan. Jika ramai orang boleh membaca al-Quran, melagukannya, menghiasinya dengan ukiran dan solekan yang indah namun enggan mendalami dan menghayati tujuan penurunannya, maka al-Quran tidak akan berfungsi dalam kehidupan manusia. Ia seakan seorang pesakit yang membaca jadual ubatnya, menulisnya dengan indah dan cantik tetapi tidak memakannya. Firman Allah: (maksudnya):
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”. (Surah al-Baqarah, 185).
Itulah tujuan penurunan al-Quran. Ia menjadi petunjuk, menjelaskan petunjuk tersebut serta memampukan pembacanya membezakan antara yang benar dan yang salah. Antara haq dan batil. Itulah cahaya insan dalam menerangi cabaran kehidupan di dunia ini. Hal ini tidak mungkin diperolehi jika kita sekadar berlagu dan menggantungnya di dinding rumah dan pejabat tanpa melakukan tadabbur (penelitian kandungan).

Kita semua ada kelemahan, kita juga mungkin tidak berjaya menjadi insan yang melaksanakan seratus peratus isi kandungan al-Quran tetapi kita sentiasa wajib beriman bahawa jalam hidup ini ialah mengikuti isi kandungan al-Quran, bergerak dan berusaha menghayatinya dari masa ke semasa adalah tanggungjawab seorang yang beriman. Kejayaan kita ialah dengan memahami dalam melaksanakan isi kandungan al-Quran. Kita hendaklah membaca al-Quran sehingga dapat membezakan antara yang benar dan yang salah. Antara yang ikhlas dan yang pura-pura. Antara yang membela kebenaran dan yang memperjudikan kebenaran. Ini amat penting sepanjang masa, apatahlagi di zaman dunia yang penuh kekaburan dan kekeliruan. Tidak berpada sekadar melagukan, bertanding dan menggantung di dinding-dinding tanpa memperdulikan isi yang tersurat dan tersirat di sebalik tulisan yang tersemat.
Jangan juga kita lupa bahawa pada zaman ini akan ada yang menggunakan al-Quran untuk mendapatkan wang ataupun harta dunia dari manusia. Sabda Nabi
“Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, bertaraf hasan).
Jangan hairan jika kita bertemu dengan mereka yang meminta wang bacaan al-Quran kononnya sebagai bayaran pahala kepada si mati, ataupun membaca al-Quran dengan segala lengangan lagunya hanya semata-mata untuk mendapatkan wang. Bukan itu tujuan al-Quran diturunkan!

-ADVISE FOR RAMADHAN-
As we enter this blessed month of mercy, I give this advice to myself first, and then to you:
Don’t let this Ramadan be just a holiday of rituals. Don’t finish reading the Quran without it transforming you. Don’t feed your body at suhoor, but starve your heart of Qiyam. Don’t reduce this downpour of mercy to just a month of sweets and lavish iftars. Seek Him, you will find. Take a sincere step towards change, transformation, redemption. If you do, you will find Him in front of you. Find Him this month. He’s been there all along. Closer than your jugular vein. Look and you’ll find. Walk and you’ll arrive.

Wallahu 'alam.:)

Jazakallahu Khairan Khatira:)

No comments:

Post a Comment