Friday, September 12, 2014

86 : Insan yang bergelar 'ibu'.:')


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمت الله وبركته

Seringkali kita menyakiti hati seorang insan yang dipanggil 'ibu','ummi' atau 'emak'.Ianya panggilan yang hormat buat insan yang sanggup berkorban waktu dan tenaga demi mengandungkan serta melahirkan kita.Kita dituntut agar berbuat baik kepada ibu mahupun bapa dan tuntutan itu adalah satu tuntutan wajib yang perlu ditunaikan.Islam memandang serius hukum yang berkaitan anak dan ibu bapa.

Kita diperintahkan untuk sentiasa berkelakuan sopan,lemah lembut serta tidak menyakiti hati ibu atau bapa.Lantaran itu kita dilarang keras melakukan kekasaran kepada mereka samada dalam bentuk perbuatan mahupun perkataan serta perbicaraan yang mengundang rasa kecewa oleh ibu atau bapa.

Allah Azza Wa jalla telah mengingatkan kita dalam Surah Al Isra' ayat 23 yang bermaksud :

Dan tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun).
  Sesuatu yang amat mengecewakan kita pada hari ini ,banyak perkara buruk berlaku anak-anak tidak berlaku baik terhadap ibu-bapa,memaki hamun ibu bapa serta 'membuang' ibu bapa seperti yang disiarkan oleh akhbar mahupun kaca televisyen setiap hari.Sesungguhnya ini perkara yang sangat zalim dilakukan terhadap ibu bapa serta Rasulullah amat bertegas dalam mentaati ibu bapa.

Rasulullah merupakan suri tauladan yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap insan yang bergelar 'islam'. Allah Azza wa Jalla telah menyebut banyak ayat dalam al Quran dalam mengikuti nabi serta mencontohi nabi dalam semua perkara hatta ibadat dan dunia.Keindahan akhlak Rasulullah yang sering kita dengar melalui ayat-ayat Allah mahupun hadith-hadith nabi perlu kita amalkan untuk membentuk hidup yang harmoni.

Rasulullah mengingatkan kita agar berbuat baik dan tidak menderhaka kepada kedua orang tua kita terutamanya insan yang bergelar ibu.Hal ini telah dinyatakan dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh al Imam at Tirmidzi .
Suatu hari,Muawiyah bin Haidah al Qusyairi, seorang sahabat nabi telah datang berjumpa dengan Rasulullah lantas bertanya,
'Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya.'
Rasulullah telah menyebut perkataan 'ibu' sebanyak tiga kali dan diikuti 'bapa' dalam hadith ini.Hal  ini menunjukkan betapa pentingnya 'ibu' dalam kehidupan seseorang .Justeru itu,Islam telah meletakkan penghormatan yang tinggi kepada ibu.Marilah kita sama-sama muhasabah dan berikrar agar tidak menyakiti hati ibu serta menyayanginya dengan sepenuh hati.Berjanjilah pada diri bahawa kita tidak akan mengecewakan ibu serta bapa dan sama sekali tidak menjatuhkan air muka dan menjatuhkan maruah keluarga.

Wallahu Mu'wafiq.




Jazakallahu Khairan Khatira:)

No comments:

Post a Comment