Tuesday, June 5, 2012

Luahan Hati 62 : Kata Hatiku..

In The Name of Allah.

Assalamualaikum~

Tika seluruh alam masih lagi sunyi,
Tika manusia masih lena dibuai mimpi.

Tika sang rumput masih lagi basah disirami embun,
Tika sang suria masih belum memancarkan sinar,
Ku gagahi diri bangun,untuk sujud menghina diri DihadapanMu.

Ya Allah,Aku cemburu!
Betapa kerdilnya aku dihadapanMu,
Langit dan bumiMu terbentang luas mata memandang,
SubhanAllah,aku tertunduk malu,
Malu denganMu Ya Allah,
Aku malu dengan segala makhluk ciptaanMu Ya Allah,
Aku malu pada pohon-pohon hijau,
Aku malu pada batu-batuan,
kerana mereke tidak pernah 'henti' zikir kepadaMu.

Tapi aku?
Aku merasa tersindir pada Alam sekelilingku,
Aku terasa tersindir pada dengan ketaatan Makhluk ciptaanMu,
Sedangkan aku seorang hamba,
Hamba yang kuat kudratnya,
yang mempunyai akal,boleh berfikir,
Kekuasaan dan kehebatnMu.
Allahurabbi..

Ya Allah,Aku cemburu!
Aku cemburu pada mereka ,
Mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi Cinta PadaMU,
Mereka mempunyai semangat juang yang tinggi,
Mereka mempunyai iman yang tebal,
Mereka yang gigih berusaha mencari ilmu,
Mereka tanpa jemu berusaha menyebar kalamMu,
Mereka tidak pernah kecewa dengan ejekan manusia,
Mereka yang mempunya semangat jihad yang tinggi,

Kerana Apa?
Kerana hati mereka asyik dalam manisnya CintaMu,
kerana hati mereka asyik tenggelam dalam kasih sayangMu.

Namun aku?
Dalam kesamaran,terumbang ambing mencari jalan,
jalan untuk aku berubah,
jalan untuk 'renovate' sejadah iman yang telah koyak,
jalan untuk membersihkan sekeping hati,
Hati yang penuh dengan titik-titik hitam.

Aku perlukan kekuatan dariMu ya Allah,
kekuatan untuk aku mengatur langkah hidupku,

Agar aku tidak kecundang dengan arus dunia,

tetapi aku sedar,

Perjuangan seorang hamba bukan mudah,
ianya bukan dihampar dengan permaidani indah,
tapi dipenuhi dengan jalan yang berduri,
Aku menadah tangan menghina diri dihadapanMu,
Aku merayu dan terus merayu,
Agar diampunkan segala dosa-dosaku,
Agar dihadiahi walau setitis dari CintaMu,
Ya Rabb,
Berikanlah aku kekuatan untuk menjadi hamba yang di sayangiMu..

Lamanya aku dalam sebuah penantian.TUHAN yang Maha Rahmat.
kuatkanlah iman.berikan aku kesabaran.Mencintai kerana Allah
bukan semudah yang dibayangkan..=')



Jazakallahu Khairan Khatira:)

No comments:

Post a Comment