Sunday, June 3, 2012

Luahan Hati 59 : Maafkanlah Duhai HATI...


The Name of Allah.

Assalamualaikum..

Duhai HATI maafkanlah....

1.Maaflah supaya kita diampunkan.
"......dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunimu?Dan Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang." (an-nur:22)

2.Maafkanlah supaya Allah menjadi sayang.
".....dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka) ,maka sungguh, Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang."(at-thagabun:14)

3.Maafkanlah supaya kita tidak sama dengan orang bodoh.
"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan ma'ruf,serta jangan pedulikan orang yang bodoh." (al-A'raf:199)

4.Maafkanlah kerana orang mulia sentiasa memaafkan.
"Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan,sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia." (as-Syuara':43)

5.Maafkanlah agar kau termasuk di kalangan orang yang gagah menahan marah.
"....menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain." (ali-'Imran:134).

Orang yang pemaaf itu selalunya mudah tidur,
boleh makan apa sahaja dengan berselera
dan tinggal di mana sahaja bagaikan istana.
justeru,
jika sukar tidur pada waktu malam ,
asyik mengeluh tidak berselera dan
suka merungut tentang rumah yang kecil...
mungkin disebabkan oleh sikap kita
yang sukar memaafkan.
Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri.


Jazakallahu Khairan Khatira:)

No comments:

Post a Comment