Saturday, June 2, 2012

Luahan Hati 58 : Forgive me Ya Rabb..



The Name of Allah.

Assalamualaikum~

Aku kata "astaghfirullah" tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata "wa atubu ilaih" tapi jasad masih melakukan dosa sama.
Aku kata "wa nadimna ya Allah" tapi kesilapan lalu masih ku ulangi.

Aku kata "subhanallah" tapi aku tidak mampu menghayatinya.
Aku kata "alhamdulillah" tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurnianNya.
Aku kata "Allahuakbar" tapi cintaku lebih kepada dunia.

Aku kata "ma fi qalbi ghairullah" tapi masih ada ruang hatiku untuk insan yang tidak halal.
Aku kata "aku tidak layak ke syurga,tapi aku tak sanggup ke neraka" namu aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk merasa pedih api neraka.

Aku kata ingin mendekatiMu,
Namun amalku tidak seiring dengan kata-kataku.

Aku malu dengan sepasang mata dengan kurniaanMu ini,
kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.
aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
kerana aku insan yang dinodai dosa...
sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.

Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar DIA ada dihatiku.Aku belum sampai ke tahap MENCINTAINYA,tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk MENCINTAINYA.

Jazakallahu Khairan Khatira:)

No comments:

Post a Comment