Saturday, August 8, 2015

90 : Kisah Dari Syurga

 


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Langit mendung. Awan mulai gelap. Angin tiup sepoi-sepoi. Terukir tanda-tanda nak hujan.

Nuh duduk diberanda rumah. Sambil menghirup secawan kopi , matanya ligat membaca sebuah buku yang baru dibelinya tadi yang berjudul ' Kisah Dari Syurga ". Buku yang memaparkan kisah-kisah menarik antara dunia dan akhirat, antara syurga dan neraka, antara bumi dan langit juga manusia dan sang pencipta terus membuatkan Nuh bersungguh membaca kisah selanjutnya.

Helaian demi helaian, patah demi patah dibacanya tanpa henti. 

M/S 25. Nuh berhenti membaca. Tajuk kecil yang tertulis tentang ' kawan as a friend ' menyentak dirinya.Fikirannya mengelamun apabila teringat kawan rapatnya sebilik dan sekepala pergi menemui Rabb yang abadi setahun yang lalu. Air matanya mula berlinangan dari kelopak matanya yang sayu. Peristiwa itu sungguh memedihkan dan meninggalkan kesan yang mendalam kepadanya sehingga sebulan selepas kehilangannya, Nuh tetap lagi terasa. Masakan tidak, sahabatnya yang sentiasa mengingatkan dia dari lalai dan alpa, sahabat yang sentiasa ada bersamanya tidak kira waktu, sahabat yang berjaya mengubah sikapnya dari jahat suatu ketika dahulu menjadi soleh sehingga kini. Nuh terfikir , adakah dia akan menjumpai insan sebaik itu nanti? cuma mengharap redha Illahi.

Nuh masih teringat nota yang diberi oleh sahabatnya sebelum bermusafir untuk mengerjakan umrah..

Bismillah.

Dear Nuh, 
Sometimes in life, you find a special friend.
Someone who changes your life just by being part of it.Someone who makes you laugh until you can't stop.Someone who makes you believes there are really good in the world.Someone who approach and guide you to the straight path and learn knowledge from al-Quran & As Sunnah.Someone who assist you anythings for the sake of Allah.This is forever friendship.When you're down and the world seems dark and empty, your forever friend lift you up in spirit and makes that dark and empty world suddenly seems bright and full.Your forever friend gets you through the hard times, the sad times and the confused times.If you turn and walk away, your forever friend follows.If you lose your way, your forever friend guides you and cheer you on.Your forever friend hold your hand and tells you that everythings is going to be okay.And if you find such friend, you feel happy and complete because you need not worry.You have a forever friend, and forever has no end ..? :)

Setiap kali membaca nota itu, dia pasti sedih. Nota itu ditampal rapi, di belakang pintu almari.

Noktah.

M/S 40. Hidup sebagai seorang insan.

Hidup. Memang perjalanan yang panjang untuk kita lalui sendirian.Sekuat mana manusia itu menjalani hidup, tetap juga dia perlukan seseorang. Maka itu, tuhan ciptakan kita berpasangan.Sebagai teman mengharungi perjalanan hidup yang panjang.

Seorang insan yang sentiasa mengharap reda tuhan, pasti akan melakukan amal kebaikan.
Pertambahan umur dan kekayaan bukanlah menjadi penghalang untuk seseorang mendekatkan dirinya untuk berhubung dengan sang pencipta yang maha Kuasa. semua di atas kehendaknya.
Seseorang yang banyak melakukan dosa tak semestinya tempatnya di neraka dan seseorang yang selalu melakukan pahala bukanlah jaminannya di syurga.Ianya bergantung melalui amal itu sendiri dan paling penting, Redha TuhanNya kepadanya.
Boleh jadi seseorang yang banyak melakukan dosa tempatnya di syurga dan seseorang yang berbuat pahala tempatnya di neraka.Semuanya atas kehendak Allah.Dia yang Maha Mengetahui.

Insan perlu tabah dan kuat. Insan perlu sabar dan taat. 

yang memilih untuk pergi dan mengabaikan kita,lepaskan.Yang masih ada, hargai. Walau yang masih ada itu cuma diri sendiri.

Insan perlu muhasabah diri, mencari cinta abadi sebelum mencari cinta sejati.Pergilah menyendiri dan belajarlah tanpa ditemani.Kadangkala kita perlu menyepi untuk mencari kekuatan yang hilang. Adakal kita menyepi untuk mencari ketenangan hati.Adakala kita perlu menyepi untuk kebaikan diri sendiri.Suatu saat ketika kau dalam kegelapan dan bersendirian, kau sedar kau cuma ada tuhan.
Maka ingatilah Dia kemana sahaja kau berada, nescaya kau tidak sesat selamanya.

Noktah.


M/S 70. Agama bukan permainan.

Ramai orang menjadikan agama sebagai bahan lawak jenaka, bergelak sini sana.Tidak kurang juga yang menjadikan agama sebagai bahan jualan dan mendapatkan keuntungan.Di manakah fikiran kita? adakah kita mahu biarkan agama kita dilakukan sedemikian rupa walaupun yang buat itu sebangsa dan seagama?  Berfikirlah sejenak jiwa.

Islam tidak menjadikan agama untuk dipermainkan dan dibuat sebagai boneka.Lihatlah, betapa ramai ustaz diluar sana hanya menjadikan gelak ketawa dan cerita penglipur lara sebagai modal untuk berceramah.Bukannya tidak boleh untuk ketawa,tetapi jika diamalkan dari mula sampai tamat kuliah ianya satu musibah.

Ramai orang terdesak sampai sanggup jual agama.Ramai orang mendakwa jumpa nabi Sallahualaihi Wasallam, bermimpi jumpa para sahabat, mereka cerita tentang tok guru sufi yang boleh hidup tanpa jantung hati dan ada yang menjual makanan serta pakaian yang dibacakan 30 juzuk al Quran.Sungguh ini satu pendustaan yang nyata,Ini petanda manusia terdesak mencari dunia sehingga sanggup menjual agama.

Semoga kita dijauhkan darinya. Minta petunjuk dari Rabb 'al-Izzati.

Noktah.


M/S 90. Kalau Mati malam ni.

Catatan ringkas dan padat.

Salaf kita, al-Imam Abdullah Ibn Mubarak pernah ditanya :

لو أوحي إليك أنك ميت العشية، ما أنت صانع اليوم؟

Jika diberitahu kepadamu bahawa engkau akan meninggal dunia pada malam ni, apakah perkara yang engkau akan lakukan pada hari ini?

Maka beliau pun menjawab :

أطلب فيه العلم

' Aku akan mencari ilmu dalam keadaan tersebut ' 

[ Tanbih al Ghafilin, Abu-laiths al- Samarqandi ]

Banyakkanlah bertaubat.Banyakkan mencari ilmu.Banyakkanlah mendengar dan kurangkanlah bercakap serta banyakkanlah mengingati mati.Sentiasalah muhasabah diri , adakah engkau hidup di dunia ini kekal abadi ?

Noktah.

M/S 100 : The End.


والله أعلم بالصواب

Muezza,
1:50 AM, 8 Ogos 2015.



Jazakallahu Khairan Khatira:)

No comments:

Post a Comment