Tuesday, July 21, 2015

89 : Raya Aidilfitri 1436H:)






بسم الله الرحمن الرحيم

  ألسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ِالحمدلله ثم الحمد لله

Walaupun sudah masuk Syawal ke 5, masih lagi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1346H,

Kesedihan selepas ditinggalkan bulan Ramadan Mubarak masih lagi terasa walaupun hari raya telah menjelma. Ramadan bukanlah seperti bulan-bulan yang biasa kerana dengan Ramadanlah ramai orang berubah, mendekatkan diri kepada RabbNya serta berusaha menambahkan amalan dengan dijanjikan pahala yang berterusan.

Hari Raya merupakan hari kemenangan untuk umat Islam yang berusaha berpuasa bukan sahaja dari makan dan minum bahkan berpuasa dari segi anggota badan dan hati serta mempertingkatkan amalan-amalan kebaikan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah, para sahabat dan para Salafussoleh. 

Hari Raya juga merupakan hari kegembiraan yang sepatutnya disambut oleh semua umat Islam dan kegembiraan ini tidaklah dicampur adukkan dengan kesedihan seperti mengkhususkan menziarahi kubur pada 1 Syawal, menangis serta mengenangkan pemergian orang yang tersayang.Bukannya perkara ini tidak boleh diamalkan,  bahkan ia dianjurkan untuk mengingati kematian  tetapi ia bukanlah dilakukan pada 1 Syawal sahaja, ianya digalakkan pada hari-hari yang lain.


Para Salaf  memberikan nasihat yang bernilai tentang Hari raya antaranya Hasan al Basri :

وكل يوم لا يعصي العبدُ اللهَ فيه فهو عيد
وكل يوم يقضيه المؤمن في طاعة مولاه وذكره وشكره فهو له عيد
" ٍSetiap hari yang padanya tidak dilakukan derhaka kepada Allah maka ia adalah hari raya,
Dan setiap hari seorang mukmin menghabiskan masa dengan mentaatiNya serta mengingatiNya dan mensyukuriNya maka ia adalah hari raya. "

Begitu juga kalam mutiara  daripada al Imam Ibnu Rajab al Hanbali yang dipetik dari kitabnya yang masyur iaitu Lata'if al-Ma'arif fi ma li Mawasim al 'Am min al-Wazaif. Katanya :

ليس العيد لمن لبس الجديد، إنما العيد لمن طاعاته تزيد
ليس العيد لمن تجمل باللباس والمركوب، إنما العيد لمن غفرت له الذنوب
ليس العيد لمن حاز الدرهم والدينار إنما العيد لمن أطاع العزيز الغفار
" Bukanlah hari raya itu pada orang yang memakai pakaian baru, tetapi sebenarnya hari raya itu adalah bagi orang yang bertambah ketaatanNya..
Bukanlah hari raya itu bagi orang yang kelihatan cantik pada pakaian dan kenderaan, tetapi hari raya itu sebenarnya adalah bagi orang yang telah diampunkan baginya segala dosa..
Bukanlah hari raya itu bagi orang yang mempunyai dinar dan dirham, tetapi hari raya itu adalah bagi orang yang ketaatnya sentiasa kepada Rabb al Aziz al Ghafar.. "

 Nukilan oleh para salaf seperti ini  yang perlu kita amalkan serta kita ambil manfaat pada hari raya ini.
Sesetengah orang menjadikan hari raya ini sebagai hari 'mengembangkan' perut serta penambah selera makanan kerana juadah yang disediakan berbeza dengan hari-hari yang lain.akibatnya, ada
diantara kita yang mengalami kesakitan dan 'pengeluaran' makanan dari badan kesan daripada terlebih makan.Jadi, makan sepatutnya perlu dikawal walaupun kita tak tahan dengan kehadiran warna dan kelazatannya.

To conclude, I hope everyone is in an excellent state of imaan and health inshaa Allah.We should keep in mind brothers and sisters that we should celebrate Eid in the way that pleases Allah not going into excess in wasting money on clothes and food. Eid is our day of celebration and we must celebrate it according to the sunnah of our prophet Sallahu alaihi Wasallam. May Allah make us amogst those who have attained taqwa this blessed Month and their righteous deeds have been accepted, Allahumma Ameen.
Best Regards, 
Faiz Yasod

.الله ورسوله اعلم.
.تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال و كل عام وانتم ألف ألف خير


Jazakallahu Khairan Khatira:)

No comments:

Post a Comment