Friday, January 4, 2013

Luahan Hati 77 : Semuanya Daripada-Mu:)


In The Name of Allah.

Assalamualaikum~

Maha suci Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat Hamba-Nya yang diredhai.
Dari-Nya kita didatangkan dan kepada-Nya jualah kita dikembalikan.Sesungguhnya semulia-mulia insan ialah insan yang diciptakan oleh Allah untuk tujuan beribadah.Dikurniakan akal dan fikiran untuk menyempurnakan kejadian dan ciptaan-Nya untuk kita,Hamba-Nya yang kerdil lagi dai'f.

Maha Suci Allah yang lebih mengetahui apakah kedukaan dan kekecewaan itu adalah kifarah atas kekhilafan kita pada masa lalu ataupun didatangkan ujian yang bermacam itu demi untuk meningkat cinta dan taqwa kita kepada-Nya..
Begitu cantik dan tertib takdir yang diberikan oleh Allah kepada setiap hamba-Nya...
Dianugerahkan rasa cinta,kasih sayang,dan rindu untuk mengharmonikan ummah adam dan hawa.
Lantaran suburnya rasa rasa yang tiga ini dalam diri seorang insan maka naluri yang tertanam subur dalam kalbu itu kian bercambah,lantas menyatukan dua hati.Maka lahirlah pohon rendang yang subur dinamakan keluarga yang mana akhirnya menjadi teduhan generasi takwa ,cahaya mata yang lahir hasil kasih sayang yang subur yang dibajai iman dan amal pada yang Esa..:')

Daku berbangga kerana lahir menjadi anakanda tercinta ayahanda dan bonda.Sejak lahirnya daku kedunia ini maka tidak pernah aku jauh daipada kasih sayang mahupun belaian istimewa kedua-duanya.
Maha Suci Allah yang telah mengurniakan daku ayah dan bonda yang begitu sabar mendidik aku serta memberi bekalan ilmu duniawi mahupun ukhrawi untuk daku membawa pergi menemui-Nya kelak.
Jutaan syukur aku titipkan kepada-Mu atas kurniaan rasa bahagia dan tenang sentiasa dan berlindung di dalam rumahku yang mempunyai rasa syurga dunia dan sangat beerti buatku..

Beralihnya usia,maka jauh kakiku melangkah pergi.Maka sejauh itulah daku menjumpai pelbagai ragam insan  yang seringkali menduga kekuatanku kepada-Mu ya Rabb.Daku yang lemah seringkali rapuh dek hati yang tidak gentar menerima ujian yang begitu indah kau aturkan.Ya Rabb,daku mensyukuri nikmat-Mu menganugerahkan daku ilmu,iman dan amal seterusnya menghadiahkan aku rakan yang sentiasa membuatkan aku mengingati-Mu.Daku ingin menjadi insan yang diredhai-Mu dan sentiasa menurut perintah-Mu tetapi banyak dugaan yang engkau berikan kepadaku.Tahulah daku bahawa setiap kesenangan dan kesusahan itu merupakan ujian dari-Mu.Maha Suci Allah yang mengetahui sebaik-baik dan seburuk-buruk kejadian itu.....


Kata Hati : " Kadang-kadang Allah tidak memberikan apa yang kita mahu.Bukan kerana kita tidak berhak untuk memilikinya tetapi kerana Allah tahu kita berhak lebih baik daripada itu ".


Jazakallahu Khairan Khatira:)

No comments:

Post a Comment