Sunday, October 10, 2010

LUAHAN DAKU 5 : FAKTA MENARI DUNIA~

*Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak- kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.

*Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.

*Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.

*Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura - kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.

*Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.

*Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.

*Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.

*Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg.

*Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

*Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.

*Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.

*Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

*Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.

*Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

*Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.

*Seoul adalah ibu negeri Korea . Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.

*Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

*Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling besar dalam sistem solar.

*Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

*Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas
tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.

Jazakallahu Khairan Khatira:)

Saturday, October 9, 2010

LUAHAN DAKU 4 : SOLAT KE SEMBAHYANG~

Assalammualaikum,

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan
istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya,
istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur
"Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan
"Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah"
dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh
penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai
"menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke
Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr
Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada
"menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian
pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada
mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi
Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai
"Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada
"menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun
untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh,"
kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah
hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai
kesedaran Agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa
berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha k
ita. Amin!.
Jazakallahu Khairan Khatira:)

LUAHAN DAKU 3 : LUCUNYA~

Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut..:p

CerItA 2..

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.


CeRiTa 3...

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer


CeRiTa 4..

Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

CeRiTa 5

Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

CeRiTa 6..

A: dari pagi tadi aku makan tak kenyang2 je?
B: kau makan ape?
A: makan angin...............................



Jazakallahu Khairan Khatira:)

Sunday, August 15, 2010

LUAHAN DAKU 2 : KELUARGAKU~

ini ayh aku...nme Yasod...lhir pd tahun 1960..ak sgt syg ayh aku..tpi mlgnye ayh ak tlh meninggalkan ak sekeluarga pde tahun lps..cdih giler..ak arp ak dpt jumpe ayh ak di syurga klk..mis u ayah..:-).
ini ibu ak yg tercinta..nme siti ismunah..lhir tahun 1962..seorg ibu yg baik dn peramah..membimbing anknye ke arah kecermelangan..walaupn ak tau ak xlah secermelangnya...hehe...ak love my mom.."-".
kakak aku..nme faseha..lahir thun 1991..skunk study kat IPB..peramah orgnye..baik dn cntik..suke buat adik2 gembira..ak cyg kakak ak..:-)..
ini lah AKUH...Faiz al-hafiz..sje je tmbah..lhir tahun 1996..skul kat SMKA SEJAYA...suke gembira dn suke tengok org gembira..ak syg sume org yg syg ak,,.love u..(".").
adik laki ak 1...nme Muhammad Farid..lahir thun 1998..skul kt lasalle 1..UPSR tahun nie..tpi malas belajar..arp2 dpt keputusan baek..bleh smbung belajar g SBP..:-)
ini adik pompuan ak..nme dye Nur sakinah fatini..lhir pde 2001..skul kt lasalle 1..baik dn cantik...dye suke wat ak marah..:-)
ini adik ak yg terakhir..comel kan??..nme adik ak syafiq..lahir pde thun 2005...ak cyg adik ak....:-)
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Sunday, July 11, 2010

LUAHAN DAKU 1 : DIRIKU~

Nmeku Muhammad Faiz bin Yasod. ak berumur 14 tahun.ak tinggal di jinjang Utara...ak bersekolah d SMk Segambut Jaya(KAA).ak suke makan Char kueytiow...ak ade seorang ibu yg bernama Siti Ismunah...dan seorang bapa yg bernama Yasod...ttapi bapaku tlah meninggalkanku pada tahun 2009...ak sangat sedih kerana ak tiada bapa...namun ak cekal untuk terus hidup...AK mempunyai bbrapa kwn baik seperti Apiz, Wan, Shukri,khairi,suhaida, ade member2 pompuan laen, naqib,dan Paan(sejaya),...mereka byk membantuku smasa ak dlm kesusahan tpi kdg2 dyeorg banyak wat masalah gak.....tahun dpan adalah tahun yg sgt geting bagiku..iaitu tahun PMR...ak mau blaja bersungguh2 supaya dpt kputusan yg tbaik..harp2 6A ke atasla...lgi2 Math..lps dpt kputusan.tpi arp2 dpt msuk SBP...ak bercita2 mnjadi pakar Biology( Sciencetist)...menjadi HAFIZ juga adlah cita2ku...ak skul rendah di SK LaSalle 1 Jinjang..sekolh yg pling best dn banyak meninggalkan kenangan,,...(".")..
Jazakallahu Khairan Khatira:)