Tuesday, August 13, 2013

81 : Bila yang terang dibiar,yang tersembunyi dicari :)


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركته

- 'Hidup ini kalau hanya untuk bernafas,kemudian mati,alangkah sia-sianya..'

Dalam hadis Muslim, seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata:
“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”
Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya:
“Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.
Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya)
“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).
Maka ada seorang bertanya:
“Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?
Jawab Nabi saw:
“Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.
Demikianlah hadis ini menggambarkan Nabi SAW tidak mendedahkan keaiban orang lain selagi keburukan itu tidak dilakukan secara terang-terang. Juga, amalan soleh seperti solat boleh menghapuskan keburukan yang dilakukan. Ya, Islam memang mengharamkan zina dan maksiat seks. Namun, Islam juga mengharamkan mendedahkan aib orang lain yang bersifat peribadi dan tidak mengancam keselamatan awam dan empunya berusaha menutupinya.
Sesetengah media, memang suka berita sensasi tentang maruah ‘orang lain’ untuk dilelong. Namun Islam menentang cara yang demikian. Maksiat yang dibanteras secara keras oleh Islam adalah maksiat yang berlaku secara terbuka kerana ia menggalakkan aktiviti mungkar dan mencemarkan iklim masyarakat Muslim. Adapun maksiat berlaku secara sembunyi dan hanya membabitkan soal peribadi insan, bukan keselamatan awam, maka ia tidak didedahkan.
Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya ‘Ulum al-Din. telah menyebut mengenai rukun-rukun pelaksanaan Hisbah. Hisbah bermaksud pelaksanaan al-Amr bi al-Ma‘ruf (menyuruh kepada kebaikan) apabila jelas ia ditinggalkan, dan al-Nahy ‘An al-Munkar (pencegahan kemungkaran) apabila jelas ia dilakukan. Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah:
“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta‘ala telah melarang hal ini. Kisah ‘Umar dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”. Dia berkata: Allah Taala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman: (Maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam manamana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya…Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut..” (Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).
 Amatlah dukacita jika penguat kuasa agama ada masa yang cukup untuk pergi mengintip, memecah pintu milik peribadi orang lain bagi memastikan maksiat wujud ataupun tidak, namun dalam masa yang sama tiada masa untuk menghenti suami yang zalim memukul isteri yang sudah berulang kali membuat aduan, tidak cukup masa untuk menyelesaikan kes-kes kezaliman rumah tangga dan seumpamanya.

Aduhai dukacita, jika mereka bersemangat sampai sanggup tunggu pukul 2, 3 pagi untuk mengintip pasangan berkhalwat tetapi tiada cukup tenaga untuk membantah majalah-majalah yang terang-terang siang dan malam dijual yang mempamerkan aksi-aksi panas pasangan yang tidak berkahwin. Kita cari yang tersembunyi, kita biarkan yang nyata.
 Telah berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H):
“Oleh kerana ini menjadi batasan setiap amalan soleh, maka penyuruh kepada makruf dan pencegah daripada munkar itu sendiri wajib memenuhi tuntutan tersebut. Justeru tidak menjadi amalan soleh jika tidak dengan ilmu dan fiqh. Ini seperti kata ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz: Sesiapa yang mengabdikan diri kepada Allah tanpa ilmu, maka apa yang dia rosakkan lebih banyak daripada apa yang dia baik… Ini suatu yang jelas. Sesungguhnya tujuan dan amalan jika tidak dengan ilmu maka ia adalah kejahilan, kesesatan dan mengikut hawa nafsu -seperti yang dijelaskan sebelum ini-. Inilah perbezaan antara golongan jahiliah dan golongan Islam. Pelaksana Al-Amr bi al- Ma‘ruf Dan al-Nahy ‘An al-Munkar mestilah mempunyai ilmu mengenai makruf dan munkar, serta membezakan keduanya. Mestilah juga memiliki ilmu mengenai keadaan orang yang disuruh atau dicegah tersebut”. (rujukan: Ibn Taimiyyah, Majmu‘at al-Fatawa, 14/344-345, Riyadh: Maktabah al-‘Abikan). 
“I know you are there Allah. I know you see my tears. I know you hear my prayers. I know you are testing me. And all I ask from you is to strengthen my Imaan so I can handle the struggles in life and have patience. I love you my Lord. My Allah. Please keep me safe.” Ameen.


Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, August 2, 2013

80 : Raya! Kemenangan dan kesedihan:)


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركته

kembali menaip,
Alhamdulillah,diberi peluang untuk menaip dan menulis lagi =='


Raya,
 Sepatutnya hariraya menjadi hari gembira untuk umat Islam bukannya hari dukacita dan kesedihan seperti yang selalu digambarkan oleh drama atau filem melayu.


Ya, Islam apabila hadir ke dalam sesuatu kaum atau masyarakat, ia tidak menghapuskan budaya atau adat yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam, atau mengubah rupa asli agama yang tulus dan suci ini. Islam tidak membuang jubah orang Arab, atau kurta orang India, atau sampin orang Melayu. Namun Islam memberikan garis panduan dan prinsip umum dalam berpakaian.
Hendaklah juga kita fahami bahawa Islam amat sensitif jika ada amalan sesuatu bangsa atau kaum itu mempunyai iktikad tertentu yang membabitkan prinsip-prinsip akidah di dalam Islam. Ini seperti kepercayaan orang melayu dahulu bahawa bala boleh ditolak dengan upacara beras kunyit, atau tepung tawar atau apa sahaja yang mempunyai unsur yang sedemikian rupa. Ini kerana ia menyentuh soal pokok dan prinsip dalam akidah Islam.
Islam tidak membantah untuk orang melayu menggoreng ikan menggunakan kunyit, atau memasak dengan berempah kunyit. Demikian juga untuk mereka membuat tepung talam atau tepung bungkus atau ‘tepung pelita’. Namun, apabila mereka membuat nasi kunyit, atau beras kunyit atau tepung tawar yang disertai dengan sesuatu kepercayaan khusus yang tidak benar, maka ia bercanggah dengan prinsip Islam iaitu persoalan khurafat dan syirik, maka ia dilarang oleh nas-nas Islam.
Masyarakat Melayu.
Nas-nas Islam tidak pernah menyebut hari raya hari bermaafan, sebaliknya setiap yang bersalah mestilah menyegerakan pemohonan maaf tanpa menunggu hari raya atau hari tertentu. Demikian juga jika maaf-maafan pada hariraya itu ia membawa suasana ‘airmata dan sedih’ maka itu di luar dari tujuan hariraya.
Satu lagi perkara yang disangkakan oleh sesetengah masyarakat sebagai amalan hariraya iaitu bertafakur atau menziarahi kubur dengan taburan bunga dan siraman air. Sesetengah orang suasana hari rayanya bertukar menjadi suasana suram dan tidak ceria selepas solat kerana pergi bersedih dan mengenangkan orang yang mati pada hariraya.
Jika sekadar lalu di kawasan kubur sambil berdoa tidak mengapa. Tetapi melakukan ziarah khas pada hari raya bersama dengan perasaan sedih dan pilu bukan amalan Nabi s.a.w dan menyanggahi tujuan hariraya dalam Islam. Di samping amalan menabur bunga dan menyiram air, bukanlah kenali di zaman salafussoleh sebagai amalan yang dipraktikkan.
Apapun, sempena hari raya kita hendaklah zahirkan kebesaran Allah dan kekuatan umat Islam sebagai umat yang memimpin alam dengan kebaikan dan hidayah. Gema takbir bukan untuk mengundang kesedihan tanpa sebab. Sebaliknya agar jiwa dipenuhi dengan kebesaran Allah, kecintaan kepada perpaduan dan kebahagiaan umat ini. Ia memberikan semangat kepada kita untuk terus sebagai umat yang berdaulat dan mampu melaungkan kebesaran kerajaan Allah yang menguasai langit dan bumi.
Airmata jika pun ada pada hariraya adalah airmata mengenang kebesaran Allah dan perasaan cinta yang mendalam kepada umat ini. Khutbah hari raya adalah khutbah yang penuh semangat dan makna, bukan khutbah yang ‘menidurkan’ makmum pada pagi hari dan penuh kemandulan serta tidak membangunkan jiwa jihad dan pengorbanan. Imam atau khatib hendaklah sedar akan hakikat ini. Selamat hariraya! selamat membina kekuatan umat dan kecintaan kepada setiap saudara muslim kita. Allahu akbar, Allahu akbar walillahil hamd.-DR MAZA-



Jazakallahu Khairan Khatira:)

Monday, March 18, 2013

Luahan Hati 79 : 6 Jamadil 'awwal 1434H:')


In the Name of Allah.
Assalamualaikum.

Alhamdulillah,Isnin,06 Jamadil 'Awwal 1434H genaplah umurku 17 tahun.makin meningkat umurku,makin dekatlah kematianku.aku sering merasa risau apabila pantasnya perjalanan waktu kerana kematian semakin menghampiriku.

Pada keheningan maghrib,aku tersentak dan terus menangis sehingga ukhwah sebelah kedengaran tangisanku  dan merasa gembira dengan kehadiranku sebagai hamba Allah yang baru dimuka bumi ini.setelah itu,aku diangkat oleh abiku dan diazan  pada telinga sebelah kanan menghadap kiblat.Kalimah Allah merupakan kalimah pertama kudengari serta kalimah Muhammad selepasnya.aku berasa gembira dan mempunyai perasaan hiba kerana aku dilahirkan diatas muka bumi ini bertujuan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk beribadat kepada-Nya.

Firman Allah Azza Wajalla yang bermaksud : 
"Dan tidaklah Aku menciptakan JIN dan MANUSIA hanyalah untuk beribadat kepada-Ku "
(Az-zariyat:56)

Aku sedih,aku hiba mengenangkan tangungjawabku sebagai seorang muslim yang wajib taat dan patuh kepada perintah Allah.bukan apa,aku takut amanah dan tangungjawab aku sebagai muslim tidak dilaksanakan sepenuhnya mengikut perintah Allah dan RasulNya.
walhal,perkara itulah orang pandang remeh dan temeh.

Oh Tuhan,aku menginsafi diriku yang daif ini,
berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk menempuh dugaan yang hebat ini.
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah taubatku ini..

Di sujudku aku meminta semoga Engkau menerima taubat hamba-Mu ini.
Di hari yang istimewa ini,terimalah amal kebajikan yang pernah ku lakukan dan ampunkanlah segala dosa-dosa silamku yang pernah melanggari perintah-Mu.

Oh,Tuhan.aku merinduiMu.......










Jazakallahu Khairan Khatira:)

Saturday, January 19, 2013

Luahan Hati 78 : Tenanglah duhai hati..


In then name of Allah.

Assalamualaikum.

Setiap hari kita ketawa.setiap hari kita bahagia.setiap hari kita dapat apa yang kita nak.tetapi mengapa 
hati kita tidak gembira?
Setiap hari kita solat .kita berdoa kepada Allah.kita mintak sungguh-sungguh kepada Allah tetapi kenapa Allah tidak mengabulkan doa kita?bukankah Allah Maha Pemberi dan Maha Pengurnia.

Apa masalah kita?
Hati kita tidak gembira kerana kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada.kita tak pernah menghargai setiap nikmat yang kita ada.kita asyik memikirkan benda yang kita tidak ada sampai lupa dan alpa melihat nikmat di sekeliling kita.Memang tak salah memikirkan benda yang belum ada tetapi jangan lupa apa yang telah ada.

Kita berdoa kepada Allah tetapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak perkenankan?

sebab kita asyik meminta kepada Allah tetapi kita tidak pernah meminta ampun kepada Allah sedangkan dosa kita terlampau banyak pada Allah.Alangkah tidak malunya kita.kita merintih dan merayu agar Allah memakbukan doa kita.Tetapi selepas kita mendapat kesenangan kita terus lupa pada Allah,kita tak bersyukur pada Allah.Bila dah datang kesusahan,baru nak ingat pada Allah.Baru kita nak menangis,merintih..
minta Allah pandang kita.Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita.agak-agak berapa kali kita berzikir kepada Allah dalam satu minit?dalam satu hari?Pernah tak kita bangun malam,buat solat sunat,solat tahajjud,solat taubat?
Ada..mungkin setiap minggu ,itupun kena ketuk ngan warden atau senior baru nak bangun.selepas itu ada??
Ada..time dah nak exam.waktu rasa aura fail dalam exam.siap buat solat hajat lagi.lepas dapat result ada sujud syukur tak?terus tak buat solat hajat...entahla..!

Hari-hari kita tolong orang,kita buat baik kat orang.kita buat macam-macam tetapi kenapa kita tak dapat rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita buat tu?hati kita tetap tak tenang?kenapa ye.
sebab hati kita takde sifat ikhlas.memang ada ikhlas di mulut tetapi bukan di hati.kita tolong orang sebab kita nakkan balasan,nakkan pujian.Bila dapat kejayaan,kita bangga dengan apa yang kita.Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang.Sampai kita lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan itu kat kita..


Lembutkan hati kita.tundukkan hati kita kepada Allah.Bersukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita.Semua itu pinjaman Allah kepada kita.Bila-bila masa Allah boleh tarik nikmat itu.ikhlaskan hati terhadap perkara yang kita buat kay,!:')

Sesungguhnya Allah sahaja yang berkuasa menilai hati kita.Insha'Allah,kita akan dapat merasai kegembiraan dan kemanisan itu sendiri.Tenangkan dikau wahai hati..

#Kata Hati : Semasa susah ingat Allah,semasa senang wajib ingat Allah.


Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, January 4, 2013

Luahan Hati 77 : Semuanya Daripada-Mu:)


In The Name of Allah.

Assalamualaikum~

Maha suci Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat Hamba-Nya yang diredhai.
Dari-Nya kita didatangkan dan kepada-Nya jualah kita dikembalikan.Sesungguhnya semulia-mulia insan ialah insan yang diciptakan oleh Allah untuk tujuan beribadah.Dikurniakan akal dan fikiran untuk menyempurnakan kejadian dan ciptaan-Nya untuk kita,Hamba-Nya yang kerdil lagi dai'f.

Maha Suci Allah yang lebih mengetahui apakah kedukaan dan kekecewaan itu adalah kifarah atas kekhilafan kita pada masa lalu ataupun didatangkan ujian yang bermacam itu demi untuk meningkat cinta dan taqwa kita kepada-Nya..
Begitu cantik dan tertib takdir yang diberikan oleh Allah kepada setiap hamba-Nya...
Dianugerahkan rasa cinta,kasih sayang,dan rindu untuk mengharmonikan ummah adam dan hawa.
Lantaran suburnya rasa rasa yang tiga ini dalam diri seorang insan maka naluri yang tertanam subur dalam kalbu itu kian bercambah,lantas menyatukan dua hati.Maka lahirlah pohon rendang yang subur dinamakan keluarga yang mana akhirnya menjadi teduhan generasi takwa ,cahaya mata yang lahir hasil kasih sayang yang subur yang dibajai iman dan amal pada yang Esa..:')

Daku berbangga kerana lahir menjadi anakanda tercinta ayahanda dan bonda.Sejak lahirnya daku kedunia ini maka tidak pernah aku jauh daipada kasih sayang mahupun belaian istimewa kedua-duanya.
Maha Suci Allah yang telah mengurniakan daku ayah dan bonda yang begitu sabar mendidik aku serta memberi bekalan ilmu duniawi mahupun ukhrawi untuk daku membawa pergi menemui-Nya kelak.
Jutaan syukur aku titipkan kepada-Mu atas kurniaan rasa bahagia dan tenang sentiasa dan berlindung di dalam rumahku yang mempunyai rasa syurga dunia dan sangat beerti buatku..

Beralihnya usia,maka jauh kakiku melangkah pergi.Maka sejauh itulah daku menjumpai pelbagai ragam insan  yang seringkali menduga kekuatanku kepada-Mu ya Rabb.Daku yang lemah seringkali rapuh dek hati yang tidak gentar menerima ujian yang begitu indah kau aturkan.Ya Rabb,daku mensyukuri nikmat-Mu menganugerahkan daku ilmu,iman dan amal seterusnya menghadiahkan aku rakan yang sentiasa membuatkan aku mengingati-Mu.Daku ingin menjadi insan yang diredhai-Mu dan sentiasa menurut perintah-Mu tetapi banyak dugaan yang engkau berikan kepadaku.Tahulah daku bahawa setiap kesenangan dan kesusahan itu merupakan ujian dari-Mu.Maha Suci Allah yang mengetahui sebaik-baik dan seburuk-buruk kejadian itu.....


Kata Hati : " Kadang-kadang Allah tidak memberikan apa yang kita mahu.Bukan kerana kita tidak berhak untuk memilikinya tetapi kerana Allah tahu kita berhak lebih baik daripada itu ".


Jazakallahu Khairan Khatira:)

Sunday, December 30, 2012

Luahan Hati 76 : 2013 be a superb ohsem! :)




In the name of Allah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,Ini mungkin entry terakhir dan penghabisan bagi tahun 2012 memandangkan kita akan memasuki tahun baru 2013.Bila kita sebut je tahun baru,sinonim bagi kita yang ragu-ragu ini mempunyai azam baru,niat baru (ade ke?) dan semua orang menjadikan tahun baru ini (Masihi/Hijrah) sebagai titik permulaan menjadi seorang Mu'min,Muslim dan Muslimah yang berguna,taat Agama dan bertaqwa.:')

Sehubungan dengan itu,(cehh,mcm krgan pulak) moga-moga tahun 2013 ini insha'Allah menjadi tahun yang superb duper ohsem bagi semua orang yang ingin berubah.Jadikan tahun 2013 ini sebagai tahun hijrah bagi orang yang ingin berubah dan tahun ini jugak saya akan menghadapi SPM! ohh,Lord!
semoga saya dapat buktikan yang saya juga boleh peroleh keputusan yang membanggakan.Ameen.:')

Tahun Baru,Jalan Orang Mu'min.


Memandangkan kita akan memasuki tahun baru,jadikan diri kita sbgai seorang mu'min yang sejati.pandanglah kehidupan sebagai pandangan yang manis dan indah.sesunggunya,perkara yang lepas merupakan suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan.jadilah orang mu'min yang memandang kesusahan dan kesenangan sebagai suatu ujian dari Tuhan.renungi sabda Baginda S.A.W : 

"Sungguh mengkagumkan keadaan seorang mukmin,keadaan mereka sentiasa baik.
Tidak terjadi yang demikian itu kecuali bagi orang mu'min.
Jika ia mendapat kesenangan ia bersyukur.Hal itu merupakan kebaikan.
Jika ia ditimpa kesusahan ia bersabar.Itu juga merupakan kebaikan." (Sahih Muslim)

Allah sediakan syurga yang indah bagi orang yang bertaqwa kepada-Nya.jadikan  islam sebagai agama yang sempurna bagi kita kerana itulah sifat Islam.

Dikatakan dalam sebuah syair:

Barangsiapa yang menginginkan pelindung,maka cukuplah Allah baginya.
Barangsiapa yang inginkan teladan,maka cukup Rasulullah baginya.
Barangsiapa yang ingin pedoman hidup,maka Al-Quran cukup baginya.
Barangsiapa yang inginkan peringatan,maka kematian cukup baginya.
Barangsiapa yang tidak cukup dengan semua itu,maka neraka menantinya.

Pe pun yang baik sila ambil dan yang kurang baik kita buang jauh-jauh keyh.Selamat menempuh alam baru 2013.Moga Allah redha senantiasa.

#here my wishlisht 2013.scroll down=)


Kata Hati: Selamat menempuh Alam baru.Hadapilah dengan keyakinan dan percayalah Allah sentiasa menjaga kita.
"Tanda Allah sayang,hadir orang yang mengingatkan."=')




Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, December 21, 2012

Luahan Hati 75 : Soal Hati?


In The Name of Allah.

Assalamualaikum.

Wajah yang bakal reput,hancur luluh menjadi makanan ulat dan segala jenis serangga yang bernyawa dibawah sana.Kita taksub menjaga wajah , mahu sentiasa nampak cantik dan menyerlah.
Kalaulah kita menjaga hati kita seperti wajah kita,oh Alangkah indahnya .
Percayalah jika hati cantik,semua akan menjadi cantik.

Bila ingin menjaga hati mesti mahu berubah.Bila sudah ada rasa ingin berubah,teruskan 
 dan jangan mengalah dan pastinya bertahan.Jannah yang tiba akhir nanti pasti indah.
Insha' Allah.

Hati yang bersih ialah hati yang selalu ingat kepada Allah.Hati yang ingin mencari keredhaan Allah.
Hati yang ingin mencari jalan keluar daripada masalah dan pastinya ingin meminta pertolongan kepada Allah,Tuhan semesta alam.:')

" Dan Apabila Hamba-hambaku bertanya kepadamu(Muhammad) tentangku,
maka Sesungguhnya Aku Dekat ".(al-Baqarah:186)

memang Allah sangat dekat dengan kita.sebab itu kita perlu ada sifat muraqabah yakni sifat yang sentiasa di awasi.Ingatlah,sesunggunya Allah  sentiasa menyaksikan hambanya dan para malaikat mengawasi kita.

Dan apabila hati ingin bersih,selalulah melakukan amal-amal soleh dan mengajak orang kepada Allah.bercakap tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.
Dalam sibuknya kita berbicara tentang Allah,jangan pula kita lupa untuk berbicara Dengan-Nya.
Kita percaya syurga sebab hidup ini tidak lama dan kita percaya kehidupan selepas ini.Kita banyak dosa,tahu mati,tahu neraka dan kenapa kita tidak memperbanyakkan amalan kita?
inilah soal HATI.

Tips Menjaga Hati : 
1- Banyakkan mengingati Allah sebab Dengan Mengingati Allah,Hati akan menjadi Tenang;) 
2- beristighfar kepada Allah.
3- Istiqamah dalam melakukan kebaikan dan amal soleh.
4- Berdoa sebab doa ialah perhubungan kita kepada Allah tapi kan adakalanya aku tidak tahu harus  
    berkata ketika berdoa.tetapi beruntunglah aku ,Dia Maha Mengetahui apa yang aku pendamkan.
    :')
5- Berhubung dengan Allah ialah perhubungan  yang terbaik kita ada.sebab kita yakin Allah 
    yang menjaga kita.Percayalah Allah dan segalanya akan sempurna.:")
6- Menjaga Aurat.jangan kita mudah terpengaruh dengan  fesyen sekarang dan jangan bimbang 
    kerana Allah tidak bertanya fesyen apa yang kita ikut di dunia ini tetapi yang pasti kita tutup 
    aurat atau tidak pasti dihisab.
    
    Mungkin dia jahil,mungkin dia tidak tahu yang halal dan haram,mungkin dia belum lengkap 
    ilmunya tentang islam atau mungkin dia takut melangkah arahnya tentang Islam tetapi tidak 
    seharusnya kita mengutuknya wahai insan,Walau sejahil dia sekalipun ,dia tidak mengumpat
    dan memfitnah kita,apakah kita sudah lengkap berjubah harus kita berbuat begitu padanya?

 Ingatlah kepada kematian kerana setiap yang datang semestinya akan pergi.
Barangsiapa kematian datang menjemputnya,
langit dan bumi takkan mampu melindungnya,
bumi Allah begitu luas terbentang,
namun seakan kecil sempit ketika ajal mendatang
biarkanlah hari-hari ingkar janji setiap saat 
kematian tidak mungkin dicegahnya dengan ubat.

Jagalah hatimu kerana hatimu beragama.=')






Jazakallahu Khairan Khatira:)

Monday, December 3, 2012

Luahan Hati 74 : Sunnah,Relevan ?


In The Name of Allah

Assalamualaikum,

Perbualan antara dua sahabat.
* berlaku di sepanjang jalan bertar baru. Masih berbau tar. Jalan baru katakan.
A: kau camne sekarang? Lama tak dengar khabar?
B: camnilah. Membuncitkan diri.

A: macam2lah kau ni. Hahaha. Emm. Aku dah lama tak tengok post kau kat fb. Dah delete fb k?
B: entahlah. Aku on je tapi tak update2 pun. Malas aku. Buang karen je. Kau je yang rajin update. Rajin kau. Bagus2.

A: takdelah rajin pun. Tapi aku ambil kesempatan untuk berdakwah dalam fb ni. Ni saham akhirat kita. Setiap perbuatan yang kita lakukan walaupun kecil akan di kira tau. So rugilah kalu tak ambil kesempatan yang ada kan?
B: betul3 (sambil buat muka comel upin ipin). Aku setuju sangat2 apa yang kau katakan tu.

A: dah kalu tau asal tak buat? Dulu kau banyak gak post hal2 agama dan dakwah. Tapi kenapa senyap je sekarang?
B: aku bukan tak nak. Tapi aku tak ada kekuatan. Tiap2 manusia Allah jadikan ada kelebihan dan kelemahan. Kelebihan kau, kau suka dakwah dan post2 agama tanpa rasa riak dan takabbur walaupun sikit. Kau selesa dengan cara tu. Baguslah. Tapi kelebihan kau tu adalah kelemahan aku. Aku tak boleh ada orang like dan suka status aku. Nanti ade sedikit perasaan riak dan takabbur dalam hati aku ni.

A: bro, semua orang macam tu. Tak boleh lari dari perasaan tu. Tapi alah bisa tegal biasa. Lama2 hilanglah perasaan tu.
B: betul. Tapi sebab aku tak ada kekuatanlah aku tak mampu buat.

A: aku faham. Ok macam ni. Cuba kau bayangkan. Dengan kehebatan sains dan teknologi yang begitu canggih ni. Apa kata kau create akaun fb baru tapi letak nama lain. Hamba Allah ke. Pemuda Islam ke.
B: kalu buat camtu, boleh hilang ke perasaan riak dan takabbur aku ni?

A: at least kau dakwah kan? Rugilah kalu tak gunakan teknologi yang serba canggih ni.
B: betul tu. Tapi apa yang aku tau. Tu memang kelemahan aku. Aku tak dapat nak atasinya.

A: cubalah. Takkan sebab tu kau nak tinggalkan dakwah? Sayanglah.
B: aku tak tinggalkan bro. Tapi aku gunakan cara dakwah yang lagi mendapat ganjaran yang tinggi.

A: ek? Kau tulis novel k?
B: ape ke bende kau ni. Aku nak tanya soalan simple kat kau. Apa cara Nabi dakwah? Dari zaman Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad?

A: emm. Apa yang aku tau. Pergi ke tiap2 rumahlah.
B: konsep sama tak ngan fb?

A: apa tak samanya. Lagi baguslah guna fb. Lagi cepat dan pantas. Hanya satu klik sahaja dah semua orang boleh baca. Tak yah bazirkan tenaga ketuk pintu.
B: jadi cara atau kaedah Nabi ni tak sesuailah pada zaman sekarang?

A: bukan tak sesuai. Tapi kitakan ada teknologi. Kenapa tak gunakan je. Membazirlah kalu camtu.
B: ok. Jadi cara ni adalah sunnah ke tak?

A: aku tak pastilah. Tapi tak wajib pun kena pi ketuk2 pintu ni. Kat fb pun boleh gak. Dapat pahala.
B: ok. Apa maksud sunnah yang kau faham?

A: yang aku faham la. Sunnah ni apa2 yang dilakukan oleh Nabi adalah sunnah dan mendapat pahala bagi yang laksanakannya.
B: jadi adakah sunnah cara dakwah dari rumah ke rumah pintu ke pintu?

A: sunnah kot. Tak pastilah.
B: pulak. Emm. So masih releven tak cara ni pada zaman sekarang?

A: aku rasa tak kot sebab tak sesuaila. Sekarang kan semua orang ade internet dan fb. Dakwah je dalam tu. Kalu rumah ke rumah ni. Makan masa dan tenaga la. Malu weh nak cakap2 depan orang ni.
B: emmm. Ok. Satu soalan lagi. Sugi sunnah ke tak?

A: sunnah tapi kan ke ada dalam hadis yang Nabi kata lebih kurang maksudnya. Kalu tak memberatkan umat ku. Akan ku wajibkan bersiwak sebelum solat. Tak semestinya bersugi kan? Berus gigi pun boleh. Lagi bagus kalu guna ubat gigi yang boleh menguatkan gigi tu.
B: nabi pun guna berus gigi k sugi?

A: sugila. Mana ada berus gigi masa tu.
B: jadi sugi ni sunnahlah?
A: sunnah kot tapi kan bagus guna ubat gigi yang di syorkan oleh doktor? Sesuai dengan masalah gigi kita.
B: hemm (sambil2 menggaru kepala yang tak gatal). Ok. Dari segi pakaian pula. Apa pakaian kesukaan Nabi? Yakni sunnah pakai?

A: mestilah jubah.
B: jadi masih releven ke jubah pada masa sekarang?

A: releven tapi kena pada tempatla. Takkan nak pakai jubah time pi meeting kot (sambil tersenyum kambing). Buat semayang oklah.
B: hemm(semakin rumit. Garu dan garu lagi). Ok. Last question. Apa sistem kerajaan yang Nabi gunakan? Yakni sunnah.

A: mestilah sistem khalifah. Sistem perbankan Islam. Sistem hudud. Banyak kot.
B: masih releven kah semua tu di zaman serba moden ni?

A: mestilah. Itulah titik tolak kepada pembangunan insaniah. Apabila sistem Islam terlaksana barulah aman damai dunia ni.
B: betul k releven? Aku cam tak yakin je?

A: kau biar betul. Yang ni lah kita kena dakwahkan. Kembali kepada Allah, kembali kepada sunnah. Hidupkan sistem Islam. Hudud.
B: aku tak percaya ianya releven sebab macammana orang tak percaya sunnah Nabi yang simple tu tak releven nak naikkan sunnah Nabi yang berat?

A: maksud kau?
B: sunnah yang kecil di tinggalkan tetapi ingin lakukan sunnah yang besar. Sedangkan sunnah yang kecil itulah baru bermulanya sunnah yang besar. Dalam sunnah ada kejayaan. Macammana nak capai kejayaan jika sunnah di anggap tak releven dan tak sesuai? Sunnah Nabi pun ada masa dan tempat pulak tu. Sepatutnya sunnah Nabi di dahulukan dari apa2 prkara baru. Sunnah nabi sesuai tak kira tempat, keadaan dan masa. Hatta planet namek pun pakai jubah tau(sambil teringat muka pikor yang warne hijau dan dende yang pakai jubah)

A: (masih lagi bingung)
B: (sambung lagi). Kita syok sendiri sebenarnya….

A: err. Maksud kau?
B: kita anggap apa kita lakukan merupakan cara yang paling berkesan untuk dakwah orang. Sedangkan Nabi sudah buatkan jalan kerja yang sempurna untuk dakwah. Tapi kita degil dan nak gunakan cara mengikut kepandaian sendiri. Cara kita takkan sempurna.
Tukar lagi ubah lagi sampailah rasa sesuai dan releven dengan semasa. Sedangkan cara Nabi, sunnah Nabi adalah yang paling sesuai tak kira dimana anda berada (macam iklan digilah plak).

A: ubah sampai sesuai? Tak faham.
B: cuba kau bayangkan. Sebelum adanya teknologi internet. Apa dakwah yang di lakukan?

A: mestilah melalui radio, surat khabar, sekolah2, madrasah2.
B: jika sampai saat internet sudah tiada dan bekalan letrik sudah habis. Apa cara dakwah yang paling sesuai?

A: rumah ke rumahla. Yang tu je boleh buat
B: itulah yang aku ingin katakan. Orang akan cari dan cari dakwah yang paling sesuai dengan dirinya. Sedangkan Nabi telah ajar caranya. Buat ape susah2 cari kaedah lain. Kalau cara Nabi tak releven buat masa moden ni. Nabi takkan tunjuk cara dakwah ni. Tapi kerana ianya melampaui zaman. Nabi ajarkan satu2.

A: so maksud kau. Berdosakah kalu aku tak guna cara Nabi ni?
B: bukan berdosa tapi rugi yang amat kerana suatu masa nanti, kau akan ubah cara dakwah kau mengikut keselesaian kau. Bukan mengikut cara sunnah lakukan. Dalam sunnah ada kejayaan percayalah.

A: (telan air liur)
B: dakwah cara moden. Tinggalkan kopiah tinggalkan jubah tinggalkan pakaian2 nabi tinggalkan cara sunnah2 nabi semata2 untuk berdakwah. Aku rase macam perli sunnah pun ada. Dan declare. Saya tak pakai kopiah sebab nak mudah dakwah orang. Kalu pakai kopiah nanti orang lari. Nafsu2. Gunakan nafsu fikiran untuk melawan sunnah. Tah ape2.

A: (telan air liur lagi. Gurlp)
B: untuk dunia sanggup bercakap lama2, tapi akhirat. Tak leh lama2, panas katanya.
Untuk dunia sanggup tinggalkan isteri 3 hari, 40 hari, 4 bulan. Tapi untuk akhirat tak sanggup tinggalkan isteri untuk 2,3 hari, 39,40 hari, 3,4 bulan.
Untuk dunia sanggup bazirkan wang ke jalan yang tak de faedah. Tapi untuk akhirat tak sanggup masuk tabung masjid walaupun seringgit seminggu di waktu tabung sedang digerakkan ketika khutbah sedang di baca.
Untuk dunia sanggup tinggalkan sunnah semata2 untuk akhirat. TAPI UNTUK AKHIRAT SANGGUP TINGGALKAN SUNNAH SEMATA2 UNTUK DUNIA.Wa'allahu'alam.:')


Jazakallahu Khairan Khatira:)

Wednesday, November 21, 2012

Luahan Hati 73 : Berlari Pulang kepada Allah:)



In The Name of Allah.

Assalamualaikum.

Allah Azza Wajalla telah berfirman : "Sesungguhnya orang-orang beriman itu hanyalah mereka yang yang apabila disebut nama Allah , gementarlah hati mereka ; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya ,bertambahlah iman mereka(keranaNya).Kepada Tuhanlah mereka bertawakal.(al-Anfal:2)

Orang mukmin merupakan orang yang sentiasa taqwa dan taat kepada Allah SWT dan tidak mendustakanNya.Menurut Syed Qutb ,ayat ini mengisahkan getaran perasaan seseorang mukmin apabila disebut Nama Allah dalam sesuatu perintah atau larangan.ia merasa tutup dengan keagunganNya,meluap rasa takutnya kepadaNya dan terbayang olehnya kekuasaan Allah dan keagunganNya.=')

Orang yang dekat denganNya mesti selalu berdoa.Doa penting dalam kehidupan.,Banyak kesusahan yang kita tempuhi dengan doa  dan kita dapat menempuhnya.Berdoalah kita dengan rendah diri dan tawaddu' kepada Allah,bukan bersyair ataupun bernasyid.dan paling penting kita berdoa supaya Allah memberikan hidayah untuk kita.Hidayah milik Allah sebab itu kita kena mintak,macam syurga Firdaus.Syurga Firdaus milik Allah,kita pun kena minta.Memang kita tak layak untuk syurga Firdaus ttapi Nabi SAW suruh kita minta.dengan rahmat Allah kita boleh masuk Syurga.Moga Allah redha:)

Ya Allah,
Jika aku berlaku dosa ampunilah aku,
dan masukkanlah aku kesyurga FirdausMu,

Jika aku beramal dengan kurang ikhlas
Ampunilah aku serta masukkan aku kedalam SyurgaMu.

Jika Aku beramal untuk mengejar pahalaMu,
maka terimalah aku serta masukkan aku kedalam Syurga Firdaus.

Jika aku terlalu banyak buat dosa,
Ampunilah daku dan masukkan aku kedalam Syurga Firdaus.

Ya Allah,
Engkau berilah pertolongan kepada HambaMu di Palestin 
yang sedang tenat itu.
Hancurkanlah Zionis Laknatullah yang kejam itu.

Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Allahumma Ameen.:')



Jazakallahu Khairan Khatira:)

Tuesday, November 20, 2012

Luahan Hati 72 : Palestin, aku Datang :')



Assalamualaikum,

In the name of Allah.

Alhamdulillah,setelah beberapa bulan tidak meng'update' blog ni rasa macam tak biase pulak taip-menaip ni.
Sedih aku rasa bila Palestin diserang bertubi-tubi.mereka ini tidak ada hati perut ke?tak ada belas kasihan ke?

UNTUK ISRAEL :

Jangan kau merasa bangga dengan adanya bom ditangan,senjata yang lengkap,tentera yang kuat , engkau boleh mengalahkan Gaza dan menawannya.Engkau perlu ingat bahawa Gaza bukan keseorangan tetapi dia mempunyai Allah,tuhan sekalian Alam.Walaupun Jurucakap Tentera zionis telah menegaskan bahawa Gaza tidak akan tenang dan aman tetapi Allah menegaskan bahwa jika Dia menolong sesuatu,tiada siapa dapat mengalahkannya.(3:160).Sampai bila engkau mahu menyerang Gaza? ingat,bila-bila masa sahaja engkau dapat dikalahkan oleh Islam.engkau boleh bunuh Gaza,tetapi engkau tidak boleh bunuh Islam.Suatu hari nanti,InsyaAllah engkau, Israel akan dikalahkan oleh Islam jua.Tunggulah saatnya!!!

UNTUK GAZA/PALESTIN :

Bersabarlah Wahai Saudaraku yang mulia,engkau adalah manusia yang dipilih oleh Allah untuk syahid di jalanNya.Bersabarlah,bukankah Allah telah memberikan kekuatan untuk engkau mengharungi perjuangan ini.Allah juga tidak mengujimu melainkan kesanggupanmu.maknanya Allah tahu engkau boleh menempuhnya.jadi teruskan perjuanganmu.Kami disini sentiasa berdoa kepada Rabbul Izzati agar engkau dapat bertahan dan engkau akan dibantu oleh tentera islam lain.Kerana engkau,Gaza milik Islam dan kami juga islam.jadi kami akan membantu mempertahankanmu dengan doa.Palestin,InsyaAllah engkau akan bebas jua.Tunggulah penghujungnya,! :')

P/S : kita sebgai umat islam perlulah mendoakan perjuangan saudara kita dan kita perlu membantu mereka dengan harta atau apa sahaja demi meringankan bebannya.Berkobanlah hartamu demi Islam yang tercinta.=')



Jazakallahu Khairan Khatira:)