Saturday, June 2, 2012

Luahan Hati 58 : Forgive me Ya Rabb..



The Name of Allah.

Assalamualaikum~

Aku kata "astaghfirullah" tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata "wa atubu ilaih" tapi jasad masih melakukan dosa sama.
Aku kata "wa nadimna ya Allah" tapi kesilapan lalu masih ku ulangi.

Aku kata "subhanallah" tapi aku tidak mampu menghayatinya.
Aku kata "alhamdulillah" tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurnianNya.
Aku kata "Allahuakbar" tapi cintaku lebih kepada dunia.

Aku kata "ma fi qalbi ghairullah" tapi masih ada ruang hatiku untuk insan yang tidak halal.
Aku kata "aku tidak layak ke syurga,tapi aku tak sanggup ke neraka" namu aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk merasa pedih api neraka.

Aku kata ingin mendekatiMu,
Namun amalku tidak seiring dengan kata-kataku.

Aku malu dengan sepasang mata dengan kurniaanMu ini,
kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.
aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
kerana aku insan yang dinodai dosa...
sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.

Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar DIA ada dihatiku.Aku belum sampai ke tahap MENCINTAINYA,tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk MENCINTAINYA.

Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, June 1, 2012

Luahan Hati 57 : Ingatlah Muslimah Sejati..

The Name of Allah
Assalamualaikum.

Muslimah Sejati tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,
tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuh badannya yang mempersona itu.

Muslimah Sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya,
tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah Sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya,
tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Muslimah Sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,
tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.

Ketahuilah Muslimah Sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand,
tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah Sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang ditepi jalanan,
tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.

Muslimah Sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani,
tetapi dilihat dari sejauh mana menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.

Dan Ingatlah Muslimah Sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul ,
tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul..=')

Jazakallahu Khairan Khatira:)

Wednesday, May 30, 2012

Luahan Hati 56:Ketika Hati Seorang MUslimah Terluka..


The Name of Allah.

Assalamualaikum.

Ketika Hati seorang Muslimah itu terluka,
Dia akan menghapuskan air matanya dengan imannya.

Ketika hati seorang muslimah itu terluka,
Dia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hari-harinya akan dia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya.

ketika hati seorang muslimah terluka,
Dia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia,

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya akan berasa terlanjut dan berasa tegar.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesedarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan orang sekelilingnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku-liku hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar.

ketika hati seorang muslimah terluka,
ia dan dirinya tetap menjadi muslimah..=')

Tabahkanlah HATIMU duhai disaat dirimu TERLUKA,..Angaplah ujian ini sebagai ANUGERAH TERINDAH dariNYA kerana DIA ingin senantiasa dekat denganmu..♥



Jazakallahu Khairan Khatira:)

Monday, May 28, 2012

Luahan Hati 55 : Meraih Syurga-Nya..



Ketika jatuh cinta.pastikan ianya hadir kerana cinta kita kepada Allah.Kerana tiada kemanisan tanpa cinta kita terlebih dahulu kpd Allah ♥

The name of Allah.

Assalamualaikum readers~

Mungkin laut terbentang luas,
Mungkin Awan menutupi langit,
Mungkin hujan mencurah-curah,
tapi sedarkah kita,siapa yang menciptanya?siapa yang mentadbirkannya?
Itulah Allah SWT.Allah Sang Maha Pencipta.Allah Sang Maha Berkuasa.Allah Penentu Segalanya.

Kita Hanya hamba,yang mampu berfikir,yang mengagumi kekuasaan Allah,
yang sentiasa mencari dan menggapai redha Allah,
supaya kita meraih bahagia dan meraih SyurgaNya.

Syurga Allah sangat cantik,sangat indah,sangat tenang.
melainkan di dunia,yang hanya cantik di mata,tetapi tidak kekal selamanya.
Oh Allah,put My Left Hand the Dunya and My Akhirah in Right Hand.=')



Ya Allah,
Jika Aku jatuh cinta,
Cintakanlah Aku pada Seseorang
Yang turut melabuhkan cintanya padaMu
Agar bertambah kekuatanku untuk MencintaiMu.

Ya Allah,
Jika Aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang,
yang hatinya tertaut pada pada-Mu
Agar tidak aku jatuh Cinta pada jurang yang batil.

Ya Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada Cinta Hakiki
Dan rindu abadi hanya Kepada-Mu.
Sesungguhnya,Engkaulah Cinta pertamaku.:')



Jazakallahu Khairan Khatira:)

Sunday, May 27, 2012

Awak jangan buat saya jatuh cinta...










Source : dirikudrcinta.blogspot.com..


Jazakallahu Khairan Khatira:)

Luahan Hati 53 : Jangan Merajuk Sayang..



Ya Allah,Ya Illahi,
Jadikanlah kami selembut Saidina Abu Bakar As-Sidiq,
Sebijaksana Saidina Umar Al-Khattab
Sedermawan Saidina Uthman A'ffan
Sepintar Saidina Ali Karamullah Wajhah,
dan Setabah Saidina Bilal bi Rabah.

The Name of Allah,


Assalamualaikum readers~
Allah SWT merupakan Tuhan Maha Esa. Allah SWT telah menciptakan kita hanyalah untuk beribadah.jadi,semua perbuatan yang kta buat mesti ada hikmahnya.kalau dengan manusia kita boleh khusnuzhon,takkan dengan Allah tak boleh?Sedangkan kita tahu bahwa Allah Maha Mendengar dan malu untuk menolak permintaan Hamba-Hambanya.Semestinya kita harus memahami sesuatu perkara,



Apabila Allah mengabulkan doamu,maka Dia menyayangimu

Firman Allah SWT " Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenaiKu,maka(beritahu mereka);Aku perkenankan permohonan orang yang berdoaku kepadaKu.Maka hendaklah mereka menyahut seruanku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik dan betul" (Al-Baqarah,186)


Apabila Allah SWT lambat memakbulkan doamu,maka ketahuilah Dia sedang mengujimu.


Menurut Al-Khatibi:" Jika Allah tidak menjawab doa seseorang,Dia akan memberinya ketenangan dan kelepangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecekelakaan atau menggantikan dengan pahala."


Apabila Dia tidak memakbulkan doamu,maka Dia merancang sesuatu yang jauh lebih baik dari itu.


Firman Allah SWT maksudnya: " Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia lebih baik bagimu dan boleh jadi ia baik bagi kamu padahal ia buruk bagimu.Dan(ingatlah) Allah yang Mengetahui semua itu,sedangkan Kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)


Kita harus benar memahami perancangan Allah SWT.kita merancang dan Allah jualah yang menentukan..

Bila kita fikir,Allah tidak mengabulkan doa kita,cepat-cepat kita merajuk.cepat-cepat berpaling tadah.Sedangkan kita punyai secebis kepercayaan kepada Dia sebagai penyusun takdir.Kita terlupa kita merupakan hamba yang layak diuji olehNYA. Apa yang kita lihat baik,tidak semestinya baik.Apa yang kita lihat buruk,tidak semestinya buruk untuk diri kita.Kita tahu hakikat ini tapi kita susah Yakini.

Saudaraku!! Ingatlah,Allah sentiasa sayang kepda kita.Dia tidak menzalimi kita walaupun sedikit.Dia cuma hendak menguji kita sebagai HambaNya yang layak diuji.Janganlah kita merajuk dengan Allah bahkan berdendam denganNya.

Allah sayang kita..terlalu sayang..

Yakinlah dengan hikmah Allah.Yakinlah dengan semua janji-janjiNya.Yakinlah Allah SWT penentu takdir.Jangan bersedih Wahai Muslimin.engkau sentiasa disayangi...Allahurabbi=')

Wallahu'alam.






Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, May 25, 2012

Luahan Hati 52 : Saya tidak kisah..

YA ALLAH YA ILAHI,
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

The Name of Allah.



Assalamualaikum readers~

"Pada saya,
biar dia salah sangka,
biar dia salah anggap,
biar dia salah duga,
biar dia tahu yang mana buruk,
supaya dia tahu yang mana baik.
Kalau dia ikhlas,
dia akan menerima kekurangan yang ada,
dari mengharap kebaikan dan kesempurnaan.
Kalau dia ikhlas,
dia tidak lihat pada paras rupa,
dia akan lihat pada hati,amalan dan jiwa.
Apa guna kalau menghabiskan masa hidupnya dengan kebaikan,
jika kekurangan dan kelemahan dia tidak terima.

Biar dia tahu,saya kurang yang itu.biar dia tahu,saya kurang yang ini.
Biar dia tahu,saya tidak dapat memenuhi kehendaknya yang tinggi menggunung itu,
biar dia tahu,saya pernah melalui masa lalu,dan saya mempunyai masa hadapan.


" kalau sukakan seseorang,jangan bagitahu si dia.Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya dan Allah takkan bagi.Sebaliknya,luahkanlah pada Allah,beritahulah Allah.Allah Maha Tahu siapa jodoh kita"-Trust Him as He know best for us-=')



P/S : Alhamdulillah, baru habis Mid Exam selama 3 minggu.11 subjek.Doakan supaya result dpt cemerlang yeaa.Esok balik kampung.Selamat Bercuti!! Barakallahu feek.:')


Jazakallahu Khairan Khatira:)

Saturday, May 19, 2012

Luahan Hati 51 : Pray to Allah=)

The Name of Allah.

Assalamualaikum:)

I asked for strength and
Allah SWT gave me difficulties to make me strongs.
I asked for wisdom and
Allah SWT gave me problems to solve.
I asked prosperity and
Allah SWT gave me brawn and brains to work
I asked for courage and
Allah SWT gave me danger to overcomes
I asked for patience and 
Allah SWT place me in situations
Where I was force to wait.
I asked for love and
Allah SWT gave me troubled people to help
I asked for favors and
Allah SWT  gave me oppurnities.
I recieve nothing i wanted
I recieve anythings i needed.
My prayers all have been answered.
ALHAMDULILLAH.:=)

Happines keep you sweet,
sorrow keep you human,
learn from it.
Life keep you Humble.
think before you act or said.
Succes keeps you glowing,
Remember the Poor,..
and
Have faith with Qada' and Qadar,
Allah SWT..
Will keep you goings,,
INSYA-ALLAH..=')


Jazakallahu Khairan Khatira:)

Saturday, May 12, 2012

Luahan Hati 50 : Dalam Lamunan Aku Berimaginasi..;)

The Name of Allah.

Assalamualaikum.,=)


Sedang sibuk leka baring atas katil,



Terdengar suara azan berkumandang. Sebelum melakukan perkara yang diwajibkan, sempat untuk aku berimiginasi. Aku pun tak sangka sampai macam gini aku berfikir.


Aku terbayang. Alhamdulillah sekarang Malaysia masih lagi menyahut seruan azan, masih mampu lagi mendengar azan.
Aku terbayang, macam mana nanti one day, suara lain yang memanggil. Suara dari ciptaan barang tekonologi sendiri. Contoh, sesuatu nada yang begitu lantang di pasangkan untuk melawan suara azan yang dipasang.
Satu nada yang dicipta khas oleh orang yahudi untuk melawan bunyian azan.
Untuk umat-umat islam, tidak mendengar langsung seruan azan.
Tidak langsung mendengar.
Ya Allah, selamatkan lah dunia, politik dan manusia-manusia di dalam dunia ini. Amin. :)


Aku terbayang . Satu hari nanti, tiba-2 Allah turunkan bala atas Malaysia.gempa bumi or anything,pada masa itu ade lagi tak orang berbuat maksiat.Aku bersyukur kerana Malaysia terlindung daripada semua itu.Sebab ade Acheh . kalau tak mungkin Malaysia kena.Ramai remaja terus bermaksiat.tak tahu ertinya dosa.aku takut.akan ditimpa bencana.
Moga Allah beri taufik dan Hidayah kepada kita semua.InsyaAllah.=)








Bila beralah dianggap lemah.
Bila lawan dianggap biadap.
Bila menangis dianggap lembik.
Bila berdiam, dianggap takut.
Bila berseorangandianggap tiada orang disekeliling yang menyukainya.
Bila menutup aurat, pakai tudung labuh-labuh. Dianggap kuno.
Bila menasihati dianggap kolot.
Bila susah, kononnya baru nak dicari. padahal memang ada benda yang penting yang nak diberitahu.
Bila diminta tolong sikit, dianggap menyusahkan.
Bila tak tahu perkembangan terbaru, dianggap ketinggalan.
Bila ingin menyerlahkan bakat, dianggap menunjuk.
Bila dipuji, dianggap berlagak.
Bila ditindas, masing-masing seronok.


Haha. Kehidupan. Memang macam ni kan..


Mohon Petunjuk Allah Yang Maha Esa.=)
Wa'llahua'lam.:)

Jazakallahu Khairan Khatira:)

Saturday, April 28, 2012

Luahan Hati 49 : Jika Semuanya semudah itu..




YA ALLAH YA ILAHI
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin ya Rabbal'alamin


The Name of Allah.

Assalamualaikum..:) 

Jika semua yang kita kehendaki terus dapat kita miliki,
dari mana kita dapat tahu erti keikhlasan.

Jika semua yang kita termimpi menjadi nyata,
dari mana dapat kita belajar erti kesabaran.

Jika doa yang dipanjat terus dikabulkan,
bagaimana kita dapat belajar,berusaha dan berikhtiar.

Jika setiap detik ini terisi dengan kebahagian,
bagaimana dapat kita bertaqarrub,mengenal lebih dekat kuasa tuhan.

Yakinlah,setiap ketentuanNya adalah yang terbaik,
daripada pelajaran keikhlasan,taqarrub,ikhtiar,kesabaran kepada Allah itulah yang mengajar kita erti kehidupan.

Apa erti hidup ini,dari mana kita datang,tujuan kita didatangkan serta di mana kita dikembalikan..

Jangan sesekali berputus asa kerana Allah itu sentiasa dekat dengan kita..

Kerana Allah Lebih Mengetahui apa yang terlafaz,tersimpan dan dirahsiakan.
Wa'allahu a'lam.=D

Jazakallahu Khairan Khatira:)