Friday, April 27, 2012

Luahan Hati 48 : Cinta Rabbul Izzati. :)




YA ALLAH YA ILAHI
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin ya Rabbal'alamin

The Name of Allah
Assalamualaikum..:D

CINTA..
karya indah Sang Pencipta..
Dimulakan di Syurga..
Dirasukkan dalam jiwa Adam dan Hawa..
Lalu dianak-pinakkan ke setiap jiwa..
Dengan kadar yang berbeza..
Cinta sebenarnya tidak buta..
Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan..
Yang buta adalah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan..
Menyintai atau dicintai itu adalah lumrah sifat kejadian manusia..
Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri..
Pilihan adalah terpulang kepada kita..
Jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati..
Dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan..
Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya..
Sebab keelokan paras dapat menyesatkan..
Jangan pula tertarik kepada kekayaannya..
Kerana kekayaan dapat musnah..
Tapi tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum..
Kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi ceria! :)

Tolong sampaikan kepada si dia,


kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
-Allah Maha Mengetahui-

Ya Allah, kurniakanlah kami seorang pasangan yang solehah…
yang menjaga dirinya…
yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya…
yang senantiasa memperbaiki dirinya…
yang senantiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah…
yang baik akhlaknya…
yang menerima kami apa adanya…
yang akan membawa kami menuju Jannah Mu Ya Rabb…
Amin ya Rabbal'alamin..=D

"Cinta sejati hanyalah pada Rabbul Izzati. Cinta yang takkan bertepuk sebelah tangan. Namun Allah tidak egois mendominasi cinta hamba-Nya. Dia berikan kita cinta kepada anak, istri, suami, orang tua, kaum muslimin"





Jazakallahu Khairan Khatira:)

Luahan Hati 47 : Siapa Wanita Cantik?

The Name of Allah.

 Assalamualaikum.:)
 Alhamdulillah,Siapa Wanita cantik?

 Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah
 2.Tersenyum saat tertekan
 3.Tertawa saat hati sedang menangis
 4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
 6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

 1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH. seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

 2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

 3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

 4)TABAH DI SAAT TERHINA setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA. 

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

 6)MENGASIHI TANPA BALASAN kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

 7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.
 Wa'allahualam.='D
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, April 13, 2012

Luahan Hati 46 : Sahabat Sejati..=')



Ya Allah,jadikanlah aku selembut Saidina Abu Bakar As-Sidiq,
Sebijaksana Saidina Umar Al-Khattab,
Sedermawan Saidina Uthman bin A'fan,
Semulia Saidina Ali Karamullahu Wajhah,
Dan Setabah Saidina Bilal bin Rabah dan Sumaiyah binti Yasir.:)

The Name Of Allah.

Assalamualaikum =)

Sahabat yang baik:

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.:)

Mencari sahabat pada waktu susah:

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.
Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.:(


Sukarnya mencari sahabat sejati:

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.=='

Sahabat sejati pada waktu susah:

Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.

Aku kini ingin menyanyangi sahabat-sahabatku seperti aku menyayangi diriku sendiri...insyaAllah...
Apa yg berlaku baru-baru ini telah mengajar aku erti "SAHABAT SEJATI"
Aku terkilan dan kecewa dengan sikap kalian...
Mungkin aku yg bersalah tapi tak perlulah aku dilayan sebegitu rupa, manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan...Moga apa yg berlaku dijadikan pengajaran...
No matter what kalian semua tetap sahabat aku...uhibbuka :)

Ya Allah berilah pertolongan kepada hamba untuk selalu mengingatiMu, mensyukuriMu dan beribadah dengan baik kepadaMu, Ya Allah bisikkan selalu di hatiku BAHAWA SESUNGGUHNYA ENGKAULAH CINTA AGUNGKU... ='D
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Sunday, April 1, 2012

Luahan Hati 45 : Allah The Best Planner,,=)


The Name Of Allah.
Assalamualaikum.:)

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan..;)

memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah
supaya kita dapat menjadi penilai yg baik...

memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah
supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk
yg sentiasa mengharapkan pertolongan Allah...

memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah
supaya kita dapat kasih sayang yg terbaik,
khas untuk diri kita...

memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah
supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang
kerana mengingatkan kita
bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita
dan kehidupan kita pada masa depan...

memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah
supaya kita dapat mengutip pengalaman
yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya...

memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah
supaya kita jadi manusia yg hebat jiwanya...

memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah
supaya kita lebih faham bahawa cinta yg terbaik hanya ada bersama Allah...

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah
supaya kita lebih mengenali kehidupan tak selamanya kekal!

"janganlah kamu bimbang andai kamu belum berpasangan tetapi bimbanglah andai imanmu akan berkurangan..janganlah kamu bimbang andai kamu tak rupawan tetapi bimbanglah andai akhlakmu murahan...kejarlah dan carilah cinta ALLAH nescaya andai kamu perolehinya seluruh makhluk ALLAH akan menyayangimu".='D

" La Tahzan,Innallah Ma'ana" :))
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Luahan Hati 44 : Ketenangan Abadi...;'D



The Name of Allah,
Assalamualaikum.

Apabila hati dipaut rasa resah,
kepada siapa aku mahu berserah?
Apabila hati tidak rasa tenang,
dihimpit dugaan yang mendatang,
aku jadi buntu,resah memburu.
Akalku tidak menentu.
Tiada siapa yang mampu membantu..

Aku rupanya terlupa..
Ada Allah yang sangat menyayangiku,
Ada Allah yang Maha Mendengar,
segala gelodak jiwa dan mindaku.

Aku membelek buku keimanan,
sarat tersimpan sejuta kenangan.

Aku merenung,
pada hati yang gundah.
betapa aku menjauhi Allah.

Allah..sayangilah aku.
Allah..Engkau tetap pelindungku.
Allah..Engkau tempat aku mohon pelindungan.

Kupujuk jiwa yang resah.
ku belai hati yang gelisah.
Al-quran ku hayati..
Al-Quran ku aluni penuh kerendahan hati.
Aku kembali tenang dengan ujian-Nya.
Aku kembali redha menempuh kehidupanku.
agar aku boleh menjadi manusia tegar,
Didunia dan Akhirat.
InsyaAllah..;')

Allah SWT is testing me, and I’m smiling because it’s a sign that He pays attention to me. Alhamdulillah :)
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Luahan Hati 43 : Kamu yang "TERTINGGAL" di hatiku.=D



The Name of Allah,
Assalamualaikum ukhti wa akhi sekalian,
Syukran atas anugerahNya,kita dapat hidup udaranya yang segar,dengan atas nikmat hidup kita dapat menikmati nikmat Iman dan Islam seterusnya memperjuangkan syariat islam dan menegakkan Kalimah Thaiyyibah diatas muka bumi ini.InsyaAllah.:)
Cinta?
Tahukah wahai kamu yang tertinggal di hatiku? Hatiku sakit sewaktu berbicara bahawa tiada aku dalam kamus cintamu. Sememangnya sakit, sakit yang terasa begitu perit. Namun 1000 kali rasa itu lebih baik di saat aku mengerti bahawa senyum mu adalah sesuatu yang bererti bagiku dan aku mengerti bahawa aku harus mengalah.

Wahai kamu yang telah tinggal di hatiku, aku hanya mampu bermohon kepada Tuhan mu, Tuhan ku dan Tuhan semua manusia, kesudahan yang terbaik terhadap kisah kita. Ku pinta kepadaNya agar iman yang tipis ini mampu bertahan dan meminta kepadaNya agar tetap menetapkan malu ini pada tempatnya. Biarlah aku simpan dalam hati sambil berdoa semoga engkau yang Allah pilihkan sebagai Bidadariku kelak. InsyaAllah!

Sukar untuk mencari diri mu kerana diri mu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tapi, aku pasti jika nama mu yang tertulis di Luh Mahfuz untuk diri ku, nescaya rasa cinta itu akan Allah terbitkan dari dalam diri kita.

Tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri. :)

Aku ingin ke syurga bersama mu. Jika benar cinta kerana Allah, mestilah bercinta & sayang sampai syurga kan?

Since Jannah is a place no eye has ever seen, I make dua to Allah to reserve it for you ♥
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Saturday, March 17, 2012

Luahan hati 42 : Sanah Helwah! ='D


The Name of Allah.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah,tepat 12:00 midnite,umur aku masuk 16:)) syukran Ya Allah.Moga Allah S.W.T memberikanku hidayah.InsyaAllah.
tadi,aku dan usrati pergi makan luar sempena hari lahirku.Alhamdulillah,pastu jalan-2 pergi rumah makcikku di jalan ipoh.aku tak sangka yang umur aku dah masuk 16.masa cepat berlalu.aku ingat lagi mase aku tingkatan 1.aku mula-2 masuk asrama,mula berdikari( berdikari la sangat) semuanya buat sendiri.hmm,pejam,celik dah tingkatan 4.huh,' kuasa Allah.siapa yang tahu.dan hari ini pulak merupakan hari terakhir cuti sekolah bulan 3.hehe,petang ni dah balik asrama.hmm,boring pulak.kena la tunggu cuti pertengahan tahun ni.esok aku akan mulakan hidup sebagai seorang pelajar.azam nak cemerlang.aku nak sentiasa rajin.InsyaAllah,buat kerja yang cikgu beri.:)
InsyaAllah,Moga-2 kita sentiasa berada dalam Nusrah Allah.:))
Syukran.Waallahu'alam.=D
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Luahan Hati 41 : Sebarkan Cinta-Mu. :)



The Name of Allah.
Assalamualaikum.

" Dunia ini penjara.Tebal jeriji yang mengurung minda.Terlalu banyak persoalan yang mengelirukan.Sebarkan Cinta-Mu cuba menyebarkan kejernihannya".=D

Alhamdulillah,bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T kerna masih dianugerahi Iman dan Islam.
yeay,Alhamdulillah,akhirnya dapat jugak aku beli novel Fatimah Syarha,Sebarkan Cinta-Mu kat KLCC di books Kinokuniya.=D ramai jugak tadi,panjang sangat beratur.berbaloi jugak.semalam pergi popular tapi dah habis stok:(. SubhanAllah,Allah beri peluang hari ini dapat jgk beli.fullstop.
Moga-2 Allah beri peluang supaya aku dapat kumpul novel yang bermanfaat ini..Syukran Ya Allah.:))
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Thursday, March 15, 2012

Luahan Hati 40 : Susahnya berubah,=(



The name of Allah.

Assalamualaikum.

segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan nikmat hidup seterusnya nikmat Iman dan Islam dan atas anugerahnya jua aku dapat menghirup udaranya yang nyaman ini.SubhanAllah.Moga-moga Allah redha.
Alhamdulillah,sebut pasal berubah.memang payah kan.dari jahat nak ke baik.berubah ni merupakan perkara yang ramai tidak suka.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah Ar-Ra’d: 11)
perkara pertama yang perlu diubah ialah menjaga pandangan,mulut,diri daripada perkara-2 mazmumah.kita menjaga mulut daripada mengumpat,menjaga pandangan daripada melihat ajnabi.dan seterusnya menjaga anggota badan daripada membuat perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T

kedua,kita mesti mengasingkan diri,ada seorang kawan saya ini dulunya seorang kaki shuffle,kaki fly,byk benda jahat dia pernah buat,tiba-2 dia berubah.dia kata " berubah ni memang perkara susah,seksa.aku dulu kne mengasing diri daripada kawan-2 berbulan lamanya dan terus berzikir kepada Allah,jauhi kawan-2 yang boleh mempengaruhi kita daripada buat perkara-2 tak elok.kita dekat dengan kawan-2 yang baik.selalu menjaga solat."..hmmm,kita fikir balik,aduhh' macam mane yeaa..

ketiga,berusaha mengikuti sunnah Rasulullah.tuan-2,ikut sunnah rasulullah ini memang susah,kita tengok orang ikut sunnah ni selekeh,tapi sunnah,dapat pahala,kita pertikai sunnah,tetapi orng yang minum arak,buang bayi rate-2 tak pertikai pulak.MasyaAllah,kita orang islam kena ikut cara islam,cara Nabi Muhammad S.A.W.jadi cara nabi ada 3 :
1)sarirah yakni penampilan nabi.nabi pakai jubah macam mne,isbalnya,nabi suka warna apa.InsyaAllah kita cuba sikit-2.
2)sirah yakni perjalanan nabi . adab makan minum,masuk madrasah,solat macam mane.dari nabi bangun hingga nabi tidur.
3)surah yakni fikir nabi.nabi fikir umatnya akhir zaman sehingga sebelum mati itu nabi sebut Ummati,Ummati,Ummati.sayangnya nabi pada umatnya.tapi kita,kataje sayang pada nabi,tapi kita tak ikut sunnahnya.SubhanAllah,moga-2 Allah redha.

sebab itu,tuan-2 kita pratikkan dalam diri kita benda baik kita ambil,benda jahat kita tinggalkan.Moga-2 Allah S.W.T beri taufik dan hidayah agar kita dapat meneruskan perjuangan Rasulullah ini.Apa yang baik datang dari Allah,dan apa yang kurang datang dari saya sendiri.
Waallahu'alam.
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Wednesday, March 14, 2012

Sesungguhnya..='D



The Name of Allah..

Assalamualaikum.
Alhamdulillah,syukran kepada Allah atas anugerah aku masih dihadiahi nikmat iman dan islam dan dengan nikmat inilah aku dapat meneruskan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W hingga akhir hayatku.InsyaALLAH.

Ya Allah,sesungguhnya aku berharap kepadaMu agar aku dapat meneruskan perjuangan ini. Jadikanlah aku orang yang bertaqwa dan sentiasa mendapat keimanan dan cahayaMu.
Aku hanya insan biasa yang tak kenal apa erti hidup.Allah sahaja yang dapat memberi petunjuk kepadaku.

Ya Allah Ya ilahi,
Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
Sebijaksana Umar bin Khattab,
Sedermawan Uthman bin Affan,
Sepintar Ali bin Abi Talib,
Sesederhana Bilal dan setegar Khalid bin Walid Radillahu'anhum.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Waallahu'alam.
Jazakallahu Khairan Khatira:)