Saturday, March 17, 2012

Luahan hati 42 : Sanah Helwah! ='D


The Name of Allah.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah,tepat 12:00 midnite,umur aku masuk 16:)) syukran Ya Allah.Moga Allah S.W.T memberikanku hidayah.InsyaAllah.
tadi,aku dan usrati pergi makan luar sempena hari lahirku.Alhamdulillah,pastu jalan-2 pergi rumah makcikku di jalan ipoh.aku tak sangka yang umur aku dah masuk 16.masa cepat berlalu.aku ingat lagi mase aku tingkatan 1.aku mula-2 masuk asrama,mula berdikari( berdikari la sangat) semuanya buat sendiri.hmm,pejam,celik dah tingkatan 4.huh,' kuasa Allah.siapa yang tahu.dan hari ini pulak merupakan hari terakhir cuti sekolah bulan 3.hehe,petang ni dah balik asrama.hmm,boring pulak.kena la tunggu cuti pertengahan tahun ni.esok aku akan mulakan hidup sebagai seorang pelajar.azam nak cemerlang.aku nak sentiasa rajin.InsyaAllah,buat kerja yang cikgu beri.:)
InsyaAllah,Moga-2 kita sentiasa berada dalam Nusrah Allah.:))
Syukran.Waallahu'alam.=D
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Luahan Hati 41 : Sebarkan Cinta-Mu. :)



The Name of Allah.
Assalamualaikum.

" Dunia ini penjara.Tebal jeriji yang mengurung minda.Terlalu banyak persoalan yang mengelirukan.Sebarkan Cinta-Mu cuba menyebarkan kejernihannya".=D

Alhamdulillah,bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T kerna masih dianugerahi Iman dan Islam.
yeay,Alhamdulillah,akhirnya dapat jugak aku beli novel Fatimah Syarha,Sebarkan Cinta-Mu kat KLCC di books Kinokuniya.=D ramai jugak tadi,panjang sangat beratur.berbaloi jugak.semalam pergi popular tapi dah habis stok:(. SubhanAllah,Allah beri peluang hari ini dapat jgk beli.fullstop.
Moga-2 Allah beri peluang supaya aku dapat kumpul novel yang bermanfaat ini..Syukran Ya Allah.:))
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Thursday, March 15, 2012

Luahan Hati 40 : Susahnya berubah,=(



The name of Allah.

Assalamualaikum.

segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan nikmat hidup seterusnya nikmat Iman dan Islam dan atas anugerahnya jua aku dapat menghirup udaranya yang nyaman ini.SubhanAllah.Moga-moga Allah redha.
Alhamdulillah,sebut pasal berubah.memang payah kan.dari jahat nak ke baik.berubah ni merupakan perkara yang ramai tidak suka.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah Ar-Ra’d: 11)
perkara pertama yang perlu diubah ialah menjaga pandangan,mulut,diri daripada perkara-2 mazmumah.kita menjaga mulut daripada mengumpat,menjaga pandangan daripada melihat ajnabi.dan seterusnya menjaga anggota badan daripada membuat perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T

kedua,kita mesti mengasingkan diri,ada seorang kawan saya ini dulunya seorang kaki shuffle,kaki fly,byk benda jahat dia pernah buat,tiba-2 dia berubah.dia kata " berubah ni memang perkara susah,seksa.aku dulu kne mengasing diri daripada kawan-2 berbulan lamanya dan terus berzikir kepada Allah,jauhi kawan-2 yang boleh mempengaruhi kita daripada buat perkara-2 tak elok.kita dekat dengan kawan-2 yang baik.selalu menjaga solat."..hmmm,kita fikir balik,aduhh' macam mane yeaa..

ketiga,berusaha mengikuti sunnah Rasulullah.tuan-2,ikut sunnah rasulullah ini memang susah,kita tengok orang ikut sunnah ni selekeh,tapi sunnah,dapat pahala,kita pertikai sunnah,tetapi orng yang minum arak,buang bayi rate-2 tak pertikai pulak.MasyaAllah,kita orang islam kena ikut cara islam,cara Nabi Muhammad S.A.W.jadi cara nabi ada 3 :
1)sarirah yakni penampilan nabi.nabi pakai jubah macam mne,isbalnya,nabi suka warna apa.InsyaAllah kita cuba sikit-2.
2)sirah yakni perjalanan nabi . adab makan minum,masuk madrasah,solat macam mane.dari nabi bangun hingga nabi tidur.
3)surah yakni fikir nabi.nabi fikir umatnya akhir zaman sehingga sebelum mati itu nabi sebut Ummati,Ummati,Ummati.sayangnya nabi pada umatnya.tapi kita,kataje sayang pada nabi,tapi kita tak ikut sunnahnya.SubhanAllah,moga-2 Allah redha.

sebab itu,tuan-2 kita pratikkan dalam diri kita benda baik kita ambil,benda jahat kita tinggalkan.Moga-2 Allah S.W.T beri taufik dan hidayah agar kita dapat meneruskan perjuangan Rasulullah ini.Apa yang baik datang dari Allah,dan apa yang kurang datang dari saya sendiri.
Waallahu'alam.
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Wednesday, March 14, 2012

Sesungguhnya..='D



The Name of Allah..

Assalamualaikum.
Alhamdulillah,syukran kepada Allah atas anugerah aku masih dihadiahi nikmat iman dan islam dan dengan nikmat inilah aku dapat meneruskan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W hingga akhir hayatku.InsyaALLAH.

Ya Allah,sesungguhnya aku berharap kepadaMu agar aku dapat meneruskan perjuangan ini. Jadikanlah aku orang yang bertaqwa dan sentiasa mendapat keimanan dan cahayaMu.
Aku hanya insan biasa yang tak kenal apa erti hidup.Allah sahaja yang dapat memberi petunjuk kepadaku.

Ya Allah Ya ilahi,
Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
Sebijaksana Umar bin Khattab,
Sedermawan Uthman bin Affan,
Sepintar Ali bin Abi Talib,
Sesederhana Bilal dan setegar Khalid bin Walid Radillahu'anhum.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Waallahu'alam.
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Tuesday, March 13, 2012

Only me and Allah.

The name of Allah,Most Greatest,Most Merciful.


I was not faithful Muslim not too long time a go. I'm too busy to have life and didn't care about Allah at all. Until one day, everything I ever love, everything that always above my head turned their back to me, and I'm suddenly alone. I got depressed, etc, but suddenly I found my way to Allah.

I cried every night (until today). I didn't read any special surrah, only tried to communicate with Allah in my own language. Cried my heart out while prostrating and asked nothing but the ease in my heart, because it is what I feel burdened the most, pain in the heart. I spent time by read and read and read, Al-Qur'an and any Islamic books I can found. I involved myself to many Islamic site and learned from people there. I do dzikir everywhere and everytime, leaving all materialistic life. No television, no movies, no romantic books, no world things, it is only me and Allah, and my searched to His place.

Alhamdullilah, Allah has answered my prayers. Allah made my pain erased, made my heart getting stronger everyday, and my personality changing very much. I become more patient, always smile and not easy to get angry, alhamdullilah.

I can't say all my problems already solved now, because it seem when one problem solved, new problem already waiting in the corner. But I'm strong now and I know who I am. I am belong to Allah. All I have is His and He only lend it to me, so no matter what I have to face, I should not worry too much, because Allah will company me in every steps I take in my life, InshaAllah :)
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Thursday, December 22, 2011

RESULT PMR 2011

Assalamualaikum sahabat..
segala puji bagi Allah yang patut disembah,yang patut diperbesarkan,yang patut ditaati.Allah Maha Besar yang menciptakan langit dan bumi.Tiada serupa selain Allah.Allah berada diatas Arasy.
Alhamdulillah,tadi saya pergi sekolah ambil result.taklah dapat byk sangat 5A3B1C.sedih dan kecewa turut ada dalam hati.nak buat macam mana,Allah S.W.T dah takdirkan begitu.tapi takpa Spm ade lagi.SPM tu la yang kena buat lebih elok.InsyaAllah.Saya akan belajar lebih lagi untuk menghadapi SPM 2013.:))
mungkin Allah S.W.T merancang lebih baik dari itu.InsyaAllah.
Aku berpegang kalimah Lailahaillallah...teruskan usaha dalam agama.Dakwah dan Tabligh.
Allahuakbar!
(Ayah,angah dapat 5A jer).:((
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, December 9, 2011

LUAHAN DAKU 39: HARI-HARI KERJA


Assalamualaikum sahabat..
bersyukur ke hadrat Allah kerana Allah telah memberikan kita nikmat iman dan islam.segala puji bagi Allah yang patut disembah,diperbesarkan ditaati.bukannya raja nak disembah.yang boleh bagi kita ketenangan,yang boleh bagi kita kejayaan,kesenangan,kebahagian hanya Allah S.W.T.sesiapa yang mintak sesuatu selain dari Allah dia takkan dapat apa-apa.Ingat,Allah S.W.T yang telah memberikan kita rezeki yang turunnya dari langit dan dikeluarkan dari bumi.Maha suci Allah yang Berkuasa dan Berkehendak.

InsyaAllah tuan-tuan,hari-hari rasa penat jer.bukak kedai pakaian macam bukak kedai makan.tapi daripada tak buat ape-ape baik buat kerja kan.minggu ni tak balik K.L,rasa rindu kat semua.bukan ape,lame tak keluar,tak jumpe kawan-kawan.rasa pelik pulak.kat sekolah hari-hari jumpa kawan,rasa boring jugak sebab selalu kena bahan,kalau tak jumpa rasa rindu pula.lumrah manusia kan.tentu ada hikmahnya disebalik semua ni.tinggal kat johor rase berlainan tinggal kat K.L.penduduk kat K.l lebih tinggi taraf daripada duduk kampung ini.apepun,bersyukur sebab ade jugak tempat tinggal daripada orang kat India,Bangladesh yang ekonominya rendah.lagi-lagi saudara kita di Gaza.bilalah Allah nak turunkan bala kat israel tu.
minggu depan hari sabtu insyaAllah aku akan pulang ketempat asalku..hehe..dan ahad aku akan menghadapi final exam untuk tahfiz..setelah 3 tahun belaja kat situ takkan takleh skor kot..cume ambil 2 subjek je,Tajwid dan Hafazan.
doakan ye..

Assalamualaikum..:))
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Thursday, December 8, 2011

LUAHAN DAKU 38 :: TAKUT,,


Assalamualaikum,,indah sungguh ciptaan Allah,tiada pencipta selain dariNya.moga-moga kita ditempatkan dalam syurga kelak..AMIN..
faiz takut,bukan ape,result PMR nak keluar.lagi 2 minggu jer,,bolehke faiz buktikan yang faiz dapat stringht A? saya target 7A jer,saya tau kelemahan saya,Ya Allah,Engkau tunjukkanlah kekuasaanMu kepada resultku,faiz nak dapat yang terbaik dalam result ni,faiz nak buktikan yang faiz boleh,faiz nak banggakan ibu dan Arwah ayah,
Angah minta maaf ayah,,tapi angah berjanji angah dapat yang terbaik masa PMR ni,:((
nak dapat yang cemerlang memang susah,tpi angah buktikan..angah rindu ayah sangat-2,angah doakan supaya ayah aman disana..
Ya Rabbi,izinkanlah aku kembali padaMU..bila lah aku dapat jumpe ayah lagi,mungkin mase di syurga nanti,walaupun susah nak menerimanya,aku akan terima seadanya.,dah 3 tahun ayah meninggalkan aku..

Sedih sangat,,nanti faiz update lagi..Doakan untuk result yang akan keluar ya sahabat!!
Assalamualaikum..
Jazakallahu Khairan Khatira:)

LUAHAN DAKU 37 : INI JOHOR


Assalamualaikum sahabat semua,,sihat ??
Alhamdulillah,,lame tak update blog nih ehh,dah bersawang doh,,InsyaAllah,tak byk cerita yang nak dikongsikan,sekadar nak release tension,huh!pening..maklumlah,tengah bekerja ni.
faiz kerja sekejap jadi kashier kedai kain@busana muslimah kat Simpang Renggam,Johor.kampung pakcik ni,apepun rase sangat gembira sebelum nak pergi sebab tinggal kat rmh pakcik yang besar ni,lagi2 ade abang sedara yang tinggi ilmu bab Usuluddin dan perbandingan agama,best belaja ngan dia..tau nak bezakan agama-agama.tapi dia tu suka buli faiz lahh~bertuah betul..tapi takpee,dah biasa..:))
keje kat sini banyak cabaran,asyik kena marah ngan pakcik jerr..salah sikit kena marah,biasalah first time berniaga,,hehe,,susah nak berniaga tau,ingat senang ker,sanggup tanggung risiko.kalau untung bagus,Alhamdulillah..penat jugak kerja ni,hari-hari kena kerja,nasib baik ada time untuk tidor..haha,apapun enjoy jer,,kalau boring,pandai2 cari pasal..:D
InsyaAllah,setakat ni jer aku nak cerita,nanti aku cerita lagi yer..:d
Assalamualaikum..:))
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Saturday, October 29, 2011

KEMBARA BERBASIKAL KE PENGHUJUNG BENUA ASIA


ASsalamualaikum tuan-tuan,,,
Alhamdulillah,,saya masih hidup lagi..
dah lame aku tak update blog,,sebelum raya sampai sekarang,,mungkin banyak cerita aku nak kongsikan..Insyaallah..
22-26 oktober merupakan hari bersejarah dalam hidup aku,,,sebab itu pertama kali aku mengayuh basikal sejauh 412KM dari SMK segambut Jaya ke TG.piai,pontian,johor..aduh,,terasa penat jugak,namun kekuasaan Allah,aku dapat mengayuh dengan baik tanpa tercedera pun ..Alhamdulillah..

22 OKTOBER 2011

bermula di Sejaya pada pukul 7:30 pagi berkayuh hingga pukul 12:30 di IKTBN sepang,,dan mkn tengahari seterusnya solat disitu,,bersama Arash Mohd..
Alhamdulillah,seterusnya meneruskan perjalanan terakhir pada hari itu dan berhenti pada pukul 5 petang di SMK Yam Tuan Radin,Port Dickson,negeri 9..dan menginap di situ.

23 OKTOBER 2011


Alhmdulillah,masih dikurniakan nikmat hidup oleh Allah,,selepas solat subuh,bersedia untuk memulakan kayuhan..pada pukul 7:15 pagi,kami memulakan kayuhan dan berhenti rehat untuk makan tenghari di Tg.Agas Melaka dan seterusnya di Kg.Paya Rumput Jaya..
seterusnya kami memulakan kayuhan dan berhenti di SMK telok Mas Melaka.sepanjang perjalanan itu,,aku sungguh rasa gembira menikmati panorama bandar Melaka..sungguh indah ..


24 OKTOBER 2011.

Seperti biasa selepas solat subuh,streching dan memulakan kayuhan di SMK Telok Mas,,sambutan sungguh hangat..dan kami berkayuh sehingga pukul 10pgi dan berhenti di SM sains Muar(SAMURA)....seterusnya kami ke SK Orangkaya Ali,,kami mendapat sambutan hangat daripada warga sekolah..terima kasih SK Orangkaya Ali.slps solat zuhur jama' qasar kami meneruskan perjalanan ke Kem Jubli Intan,Senggarang yakni destinasi terakhir perjalanan pada hari itu untuk menginap disitu..Alhamdulillah,,pada malam itu kami tidur diatas lantai..dah kata kem..memanglah..


25 OKTOBER 2011


Alhamdulillah,hari ini hari terakhir berkayuh untuk sampai ke destinasi dituju iaitu TANJUNG PIAI,..
kami memulakan kayuhan pada pukul 7:30 pagi,,dn berhenti di SMK Tun Sardon..untuk berhenti minum pagi..
sterusnya,kami berkayuh dan memasuki bandar pontian,,aduh!! lega rasanya kerana sikit lagi hendak sampai..seterusnya kami berhenti untuk makan tengahari di SK Bandar Pontian,,kami mendapat sambutan yang sangat panas..heehe..
selepas solat zuhur kami meneruskan kayuhan..
Alhamdulillah,,bersyukur ke hadrat ALLAH,,tepat pukul 4 petang,kami telah sampai ke destinasi yg dituju..TANJUNG PIAI,tempatnya sungguh indah,,pemandangan yang sangat cantik yang diciptakan oleh ALLAH AZZA WA JALLA...nampak Singapore dari situ,,kecik je singapore..
tapi itu bukan perkayuhan terakhir,,perkayuhan terakhir di Tama Negara Tanjung Piai,,yakni Penghujung benua asia..huh!sunggu hebadd!!..
kami bermalam di Tanjung Piai Resort..


26 OKTOBER 2011


Alhamdulilah,,masih hidup lagi,,seperti biasa kami memulakan kayuhan pada pukul 8 pagi,,ke taman negara,,taklah jauh sangat ke taman negara tu,,sejauh 3 KM je...di situ kami berphotography..bersama tugu disitu..ini telah manandakan kami sampai di penghujung benua asia..tepat jam 11pagi,kami telah bertolak ke resort untuk majlis penutup..
Majlis penutup dirasmikan oleh Dato'wijet kot...
seterusnya kami menikmati jamuan makan..makan kambing panggang kot.tapi liat..
pada pukul 1 tengahari kami bertolak pulang ke K.Lumpur menaiki bas SMAKL..sampai-2 dah pukul 9 malam..lama sgt,byk berhenti di RNR...pasti kami dibenarkan pulang...;D



Alhamdulillah...kami merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan program

" KEMBARA BERBASIKAL KE HUJUNG BENUA ASIA"
"TANJUNG PIAI,PONTIAN,JOHOR"

ALLAHUAKBAR~!!

Aku telah banyak mempelajari sesuatu daripada program ini...banyak sungguh manfaat diperoleh daripada program ini dan kenangan manis yang tak dapat aku lupakan seumur hidup aku..semoga program ini akan diadakan pada tahun depan Insyaallah..;))
Jazakallahu Khairan Khatira:)