Tuesday, March 13, 2012

Only me and Allah.

The name of Allah,Most Greatest,Most Merciful.


I was not faithful Muslim not too long time a go. I'm too busy to have life and didn't care about Allah at all. Until one day, everything I ever love, everything that always above my head turned their back to me, and I'm suddenly alone. I got depressed, etc, but suddenly I found my way to Allah.

I cried every night (until today). I didn't read any special surrah, only tried to communicate with Allah in my own language. Cried my heart out while prostrating and asked nothing but the ease in my heart, because it is what I feel burdened the most, pain in the heart. I spent time by read and read and read, Al-Qur'an and any Islamic books I can found. I involved myself to many Islamic site and learned from people there. I do dzikir everywhere and everytime, leaving all materialistic life. No television, no movies, no romantic books, no world things, it is only me and Allah, and my searched to His place.

Alhamdullilah, Allah has answered my prayers. Allah made my pain erased, made my heart getting stronger everyday, and my personality changing very much. I become more patient, always smile and not easy to get angry, alhamdullilah.

I can't say all my problems already solved now, because it seem when one problem solved, new problem already waiting in the corner. But I'm strong now and I know who I am. I am belong to Allah. All I have is His and He only lend it to me, so no matter what I have to face, I should not worry too much, because Allah will company me in every steps I take in my life, InshaAllah :)
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Thursday, December 22, 2011

RESULT PMR 2011

Assalamualaikum sahabat..
segala puji bagi Allah yang patut disembah,yang patut diperbesarkan,yang patut ditaati.Allah Maha Besar yang menciptakan langit dan bumi.Tiada serupa selain Allah.Allah berada diatas Arasy.
Alhamdulillah,tadi saya pergi sekolah ambil result.taklah dapat byk sangat 5A3B1C.sedih dan kecewa turut ada dalam hati.nak buat macam mana,Allah S.W.T dah takdirkan begitu.tapi takpa Spm ade lagi.SPM tu la yang kena buat lebih elok.InsyaAllah.Saya akan belajar lebih lagi untuk menghadapi SPM 2013.:))
mungkin Allah S.W.T merancang lebih baik dari itu.InsyaAllah.
Aku berpegang kalimah Lailahaillallah...teruskan usaha dalam agama.Dakwah dan Tabligh.
Allahuakbar!
(Ayah,angah dapat 5A jer).:((
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, December 9, 2011

LUAHAN DAKU 39: HARI-HARI KERJA


Assalamualaikum sahabat..
bersyukur ke hadrat Allah kerana Allah telah memberikan kita nikmat iman dan islam.segala puji bagi Allah yang patut disembah,diperbesarkan ditaati.bukannya raja nak disembah.yang boleh bagi kita ketenangan,yang boleh bagi kita kejayaan,kesenangan,kebahagian hanya Allah S.W.T.sesiapa yang mintak sesuatu selain dari Allah dia takkan dapat apa-apa.Ingat,Allah S.W.T yang telah memberikan kita rezeki yang turunnya dari langit dan dikeluarkan dari bumi.Maha suci Allah yang Berkuasa dan Berkehendak.

InsyaAllah tuan-tuan,hari-hari rasa penat jer.bukak kedai pakaian macam bukak kedai makan.tapi daripada tak buat ape-ape baik buat kerja kan.minggu ni tak balik K.L,rasa rindu kat semua.bukan ape,lame tak keluar,tak jumpe kawan-kawan.rasa pelik pulak.kat sekolah hari-hari jumpa kawan,rasa boring jugak sebab selalu kena bahan,kalau tak jumpa rasa rindu pula.lumrah manusia kan.tentu ada hikmahnya disebalik semua ni.tinggal kat johor rase berlainan tinggal kat K.L.penduduk kat K.l lebih tinggi taraf daripada duduk kampung ini.apepun,bersyukur sebab ade jugak tempat tinggal daripada orang kat India,Bangladesh yang ekonominya rendah.lagi-lagi saudara kita di Gaza.bilalah Allah nak turunkan bala kat israel tu.
minggu depan hari sabtu insyaAllah aku akan pulang ketempat asalku..hehe..dan ahad aku akan menghadapi final exam untuk tahfiz..setelah 3 tahun belaja kat situ takkan takleh skor kot..cume ambil 2 subjek je,Tajwid dan Hafazan.
doakan ye..

Assalamualaikum..:))
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Thursday, December 8, 2011

LUAHAN DAKU 38 :: TAKUT,,


Assalamualaikum,,indah sungguh ciptaan Allah,tiada pencipta selain dariNya.moga-moga kita ditempatkan dalam syurga kelak..AMIN..
faiz takut,bukan ape,result PMR nak keluar.lagi 2 minggu jer,,bolehke faiz buktikan yang faiz dapat stringht A? saya target 7A jer,saya tau kelemahan saya,Ya Allah,Engkau tunjukkanlah kekuasaanMu kepada resultku,faiz nak dapat yang terbaik dalam result ni,faiz nak buktikan yang faiz boleh,faiz nak banggakan ibu dan Arwah ayah,
Angah minta maaf ayah,,tapi angah berjanji angah dapat yang terbaik masa PMR ni,:((
nak dapat yang cemerlang memang susah,tpi angah buktikan..angah rindu ayah sangat-2,angah doakan supaya ayah aman disana..
Ya Rabbi,izinkanlah aku kembali padaMU..bila lah aku dapat jumpe ayah lagi,mungkin mase di syurga nanti,walaupun susah nak menerimanya,aku akan terima seadanya.,dah 3 tahun ayah meninggalkan aku..

Sedih sangat,,nanti faiz update lagi..Doakan untuk result yang akan keluar ya sahabat!!
Assalamualaikum..
Jazakallahu Khairan Khatira:)

LUAHAN DAKU 37 : INI JOHOR


Assalamualaikum sahabat semua,,sihat ??
Alhamdulillah,,lame tak update blog nih ehh,dah bersawang doh,,InsyaAllah,tak byk cerita yang nak dikongsikan,sekadar nak release tension,huh!pening..maklumlah,tengah bekerja ni.
faiz kerja sekejap jadi kashier kedai kain@busana muslimah kat Simpang Renggam,Johor.kampung pakcik ni,apepun rase sangat gembira sebelum nak pergi sebab tinggal kat rmh pakcik yang besar ni,lagi2 ade abang sedara yang tinggi ilmu bab Usuluddin dan perbandingan agama,best belaja ngan dia..tau nak bezakan agama-agama.tapi dia tu suka buli faiz lahh~bertuah betul..tapi takpee,dah biasa..:))
keje kat sini banyak cabaran,asyik kena marah ngan pakcik jerr..salah sikit kena marah,biasalah first time berniaga,,hehe,,susah nak berniaga tau,ingat senang ker,sanggup tanggung risiko.kalau untung bagus,Alhamdulillah..penat jugak kerja ni,hari-hari kena kerja,nasib baik ada time untuk tidor..haha,apapun enjoy jer,,kalau boring,pandai2 cari pasal..:D
InsyaAllah,setakat ni jer aku nak cerita,nanti aku cerita lagi yer..:d
Assalamualaikum..:))
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Saturday, October 29, 2011

KEMBARA BERBASIKAL KE PENGHUJUNG BENUA ASIA


ASsalamualaikum tuan-tuan,,,
Alhamdulillah,,saya masih hidup lagi..
dah lame aku tak update blog,,sebelum raya sampai sekarang,,mungkin banyak cerita aku nak kongsikan..Insyaallah..
22-26 oktober merupakan hari bersejarah dalam hidup aku,,,sebab itu pertama kali aku mengayuh basikal sejauh 412KM dari SMK segambut Jaya ke TG.piai,pontian,johor..aduh,,terasa penat jugak,namun kekuasaan Allah,aku dapat mengayuh dengan baik tanpa tercedera pun ..Alhamdulillah..

22 OKTOBER 2011

bermula di Sejaya pada pukul 7:30 pagi berkayuh hingga pukul 12:30 di IKTBN sepang,,dan mkn tengahari seterusnya solat disitu,,bersama Arash Mohd..
Alhamdulillah,seterusnya meneruskan perjalanan terakhir pada hari itu dan berhenti pada pukul 5 petang di SMK Yam Tuan Radin,Port Dickson,negeri 9..dan menginap di situ.

23 OKTOBER 2011


Alhmdulillah,masih dikurniakan nikmat hidup oleh Allah,,selepas solat subuh,bersedia untuk memulakan kayuhan..pada pukul 7:15 pagi,kami memulakan kayuhan dan berhenti rehat untuk makan tenghari di Tg.Agas Melaka dan seterusnya di Kg.Paya Rumput Jaya..
seterusnya kami memulakan kayuhan dan berhenti di SMK telok Mas Melaka.sepanjang perjalanan itu,,aku sungguh rasa gembira menikmati panorama bandar Melaka..sungguh indah ..


24 OKTOBER 2011.

Seperti biasa selepas solat subuh,streching dan memulakan kayuhan di SMK Telok Mas,,sambutan sungguh hangat..dan kami berkayuh sehingga pukul 10pgi dan berhenti di SM sains Muar(SAMURA)....seterusnya kami ke SK Orangkaya Ali,,kami mendapat sambutan hangat daripada warga sekolah..terima kasih SK Orangkaya Ali.slps solat zuhur jama' qasar kami meneruskan perjalanan ke Kem Jubli Intan,Senggarang yakni destinasi terakhir perjalanan pada hari itu untuk menginap disitu..Alhamdulillah,,pada malam itu kami tidur diatas lantai..dah kata kem..memanglah..


25 OKTOBER 2011


Alhamdulillah,hari ini hari terakhir berkayuh untuk sampai ke destinasi dituju iaitu TANJUNG PIAI,..
kami memulakan kayuhan pada pukul 7:30 pagi,,dn berhenti di SMK Tun Sardon..untuk berhenti minum pagi..
sterusnya,kami berkayuh dan memasuki bandar pontian,,aduh!! lega rasanya kerana sikit lagi hendak sampai..seterusnya kami berhenti untuk makan tengahari di SK Bandar Pontian,,kami mendapat sambutan yang sangat panas..heehe..
selepas solat zuhur kami meneruskan kayuhan..
Alhamdulillah,,bersyukur ke hadrat ALLAH,,tepat pukul 4 petang,kami telah sampai ke destinasi yg dituju..TANJUNG PIAI,tempatnya sungguh indah,,pemandangan yang sangat cantik yang diciptakan oleh ALLAH AZZA WA JALLA...nampak Singapore dari situ,,kecik je singapore..
tapi itu bukan perkayuhan terakhir,,perkayuhan terakhir di Tama Negara Tanjung Piai,,yakni Penghujung benua asia..huh!sunggu hebadd!!..
kami bermalam di Tanjung Piai Resort..


26 OKTOBER 2011


Alhamdulilah,,masih hidup lagi,,seperti biasa kami memulakan kayuhan pada pukul 8 pagi,,ke taman negara,,taklah jauh sangat ke taman negara tu,,sejauh 3 KM je...di situ kami berphotography..bersama tugu disitu..ini telah manandakan kami sampai di penghujung benua asia..tepat jam 11pagi,kami telah bertolak ke resort untuk majlis penutup..
Majlis penutup dirasmikan oleh Dato'wijet kot...
seterusnya kami menikmati jamuan makan..makan kambing panggang kot.tapi liat..
pada pukul 1 tengahari kami bertolak pulang ke K.Lumpur menaiki bas SMAKL..sampai-2 dah pukul 9 malam..lama sgt,byk berhenti di RNR...pasti kami dibenarkan pulang...;D



Alhamdulillah...kami merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan program

" KEMBARA BERBASIKAL KE HUJUNG BENUA ASIA"
"TANJUNG PIAI,PONTIAN,JOHOR"

ALLAHUAKBAR~!!

Aku telah banyak mempelajari sesuatu daripada program ini...banyak sungguh manfaat diperoleh daripada program ini dan kenangan manis yang tak dapat aku lupakan seumur hidup aku..semoga program ini akan diadakan pada tahun depan Insyaallah..;))
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, August 19, 2011

LUAHAN DAKU 35 : RUMAH


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
salam sejahtera,ape khabar semua??
Alhamdulillah,Allah telah mengurniakan kita nikmat iman dan islam,iman ni sangat penting bagi kita,kalau tak de iman,bukan setakat setakat syurga,bau syurga pun tak dapat..sebab itu kita ni hari kena mempebaharui iman.dengan apa? dengan kalimah Thayyibah Lailahaillallah....
kongsi ilmu sedikit,,
kita ni umat nabi Muhammad S.A.W..jadi kita kena ikut cara Nabi Muhammad dan para sahabat la,kalau tak nak ikut cara sapa lagi , Obama,Akon ke? Masyaallah,,
kita nak ikut cara nabi ni,ada 3 cara,
1.Surah(penampilan)
2.Sirah(perjalanan hidup nabi)
3.Sarirah(fikir nabi0

pertama surah,yakni penampilan nabi,,
nabi pakai serban,jubah,gamis,pakai seluar atas buku lali,insyaallah,kita boleh ikut sedikit-2 walaupun susah.

kedua sirah,yakni perjalanan hidup nabi,
macam mana adab-2 nabi ,adab-2 makan,minum,bercakap,dan perjalanan nabi bangun hingga nabi tidur balik,

ketiga Sarirah,yakni fikir nabi,mcm mane nabi fikir umatnya,,
insyaallah,kita boleh ikut cara-2 nabi,bererti kita ikut sunnah,kalau kita ikut sunnah,kita dah dapat pahala,Subhanallah..
tapi zaman sekarang ni wajib pun tak buat lagilah sunnah,sebab tu diadakan usaha dakwah ini,untuk menegakkan agama Allah,untuk mengikut sunnah Rasulullah..

_____________________________________________________________________________________

Alhamdulilah,akhirnya aku sampai jugak kat rumah,tepat jam 4 petang,rasa bahagia pun ada..hari ini aku berbuka puasa di rumah,best nyer,,selalu berbuka puasa kat asrama..
insyaallah,minggu depan merupakan minggu terakhir sekolah sebelum balik raya aidilfitri,,bestnyer..
dan selepas aidilfitri ni,ade ujian trial PMR ke-2...tu yang tak best tu,,raya tahun ni dengan buku la jawabnya...:((
tapi takpe untuk persedian PMR ini,aku akan buat sungguh-2..harap-2 trial kali ini mendapat result yang tinggi sikit sebelum PMR..
result trial jabatan aku dapat 1A je..sedihnya..tapi takpe,aku kena berjuang lagi..untuk PMR ini..harap-2 dapat yang terbaik lah..doakan ye sahabat-2..
wallahu'alam,setakat sini saja jari ini dapat menaip,insyaallah,akan di postkan entry seterusnya pada minggu depan..Assalamualaikum!!..;;D


Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, August 12, 2011

LUAHAN DAKU 34: TRIAL TAMAT.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
kaifahalukum??
Alhamdulillah,bersykur ke hadrat Ilahi dengan kekuasaanya,dapat juga aku menikmati nikmat iman dan amal..bukan senang nak dapat nikmat macam ini.ramai yang islam tpi tak beriman,,Subhanallah..
Alhamdulillah,tepat 10/8/2011,jam 1.10 ptg..ARAB.trial PMR akhirnya tamat.umpama hilangnya satu beban yang berat di bahu pelajar PMR tingkatan 3 ,,tetapi kami masih sedar yang kami ada beban yang berat yang kami tanggung,
iaitu PMR..
bagi sesetengah orang ade yang sudah bebas,tapi bagi aku belum lagi..sebab aku ni masih byk yang perlu dipelajari,sbb aku ni tak pandai sgt dlm kelas tu..
tapi papehal,
aku bersyukur,lepas ni aku boleh fokus terus untuk PMR..Insyaallah,aku akan buat yang terbaik,aku nak belajar sungguh-2,impian aku nak masuk SBP taun dpn,,,insyallah boleh,..
sekarang ni genaplah 12 hari berpuasa,aku tak tinggal lagi puasa tau..syukur-2..
sebenarnya,takde pape aku nak bagi tau..malas story la..
Wallahu'alam..Insyallah,nanti post lagi
Assalamualaikum..;D
_____________________________________________________________________________________

cuak ,tunggu result keluar..

Jazakallahu Khairan Khatira:)

Friday, August 5, 2011

LUAHAN DAKU 33 : TADI..


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah..
Allah masih mengurniakan saya nikmat hidup,nikmat iman dan Islam..yang mana,bukan semua orang dapat nikmat seperti ini.Masyallah...
ehh,lame jugak saya tak mengupdate blog yg terchenta ini,,huhu..mungkin bizi kot...ha,skunk ni sya tgh exam Trial PMR,,cuak siot..mula hari Rabu lepas,,tdi(Jumaat) exam mathematics,Subjek kegemaran...Kertas 2 punyela senang,tapi kertas 1,emm..Allah je yang tahu betapa susahnya...mcm nk pecah kepala pun ade jugak.dok pikir tntg soalan tu..1 soalan pikir smpai 5-6 minit..kalau dpt jwpn tape,ni tak dpt..aduh,,buang mase saje..
hari ini,Jumaat minggu balik,tpi kne balik malam sebab ade Majlis berbuka puasa asrama peringkat negeri,dan majlis pelancaran wakaf tabung surau SEJAYA..rmai tetamu yang datang..ada 13 buah sekolah asrama kat wilayah ini..salah satu sekolah lame saya,SMK Petaling,..Senior-2 lepas dtg jugak..
emm,,nak citer ape pulak ha..tak de idea ni..nak bgi tazkirah,tak byk ilmu sgt...Para sahabat tu ilmu tingggi menggunung,mereka belajar drpd Rasullullah bkn sbb nk tmbah ilmu,tpi nak jadikan ilmu tu sbgai cara hidup mereka..kata-2 ulamak pulak,ilmu ni tnye tntg soalan kt kubur je..yg lain tu bkn ilmu...huh,,pelik jugak..;)
Bulan puase ni ,setiap minggu balik rumah,jadi kne blaja kt rmh lha,,bkn boleh blaja sgt..tido je lebih,hee.biasela budakk asrama...;))
ok lah..mls nak taip,dah ta'de idea ni,,mata pun nak tutup,jadi kne minta maaf kalau ade terkasar bhasa ye..hee..;DD
Insyaallah,moga02 Allah beri taufik dan hidayat kpada kita..insyallah..;))
Wallahu'alam.Assalamualaikum..!
_____________________________________________________________________________________

p/s: besok hari sabtu,kena wat kerja lah,trial ta abis lagi ni..;D
Jazakallahu Khairan Khatira:)

Saturday, July 30, 2011

LUAHAN DAKU 32: SELAMAT BERPUASA


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah,kita bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana kita masih hidup diatas bumi yang barakah ini dengan menghirup udaraNya tanpa membayar sesen pun..MasyaAllah..dan kita masih dikurniakan Nikmat yang paling besar iaitu Nikmat Iman dan Amal..SubhanAllah..
InsyaAllah,esok akan bermulanya Bulan Ramadhan yakni umat islam akan berpuasa..Aku kena balk Asrama petang ni..Adoi..itulah rutin harian sebagai pelajar asrama..dan yang paling dahsyat lagi,Rabu ni bermulanya Trial PMR..hmm,,InsyaAllah aku akan buat yang terbaik kerana result Trial ni la yang akan aku mohon ke SBP InsyaAllah..
esok bermulanya Puasa,moga-2 kita perbanyakkan amalan semasa di bulan puasa ini,kerana kita beribadah pada bulan puasa ini tak sama dengan bulan yang lain..Pahalanya berlipat kali ganda,dan pada bulan puasa ni la ade malam yang teristimewa yakni malam Lailatul Qadar..SubhanAllah..yang mana malam lailatul qadar ni lebih baik daripada malam 1000 bulan jika kita beribadah pada malam itu.Nak kata 1000 bulan ini bersamaan 83 tahun.MasyaAllah,cuba tuan-2 byangkan betapa lamanya 83 tahun kita beribadah walhal umur kita tak sampai 60 tahun dah out..sebab itu pada bulan Ramadha ini kita mesti meningkatkan Ibadah kita,Selalu solat malam,Bykkan baca Al-quran dan bersedekah.Hadith mengatakan “Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang dinamakan ‘pintu Rayyan’, ertinya; orang yang sudah kenyang kerana minum, iaitu pintu yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat nanti…”..MasyAllah..hebat bukan ganjaran bagi orang berpuasa ini..
Sampai setakat ini sahaja yang sya sampaikan..InsyaAllah moga-2 Allah beri taufik dan hidayat kepada kita..InsyAllah..
hmm,,tuan-2,tolong doakan saya dalam peperiksaan percubaan PMR pada hari rabu ini,supaya saya mndapat result yg cemerlang..InsyAllah...

_________________________________________________________________________________

P/S : Selamat berpuasa bagi seluruh Umat Islam diatas muka bumi Allah ini..InsyAllah..;D
Jazakallahu Khairan Khatira:)